10 Jenis Tangisan

12:34 am 0 Comments

Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangisan

 1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Firman Allah S.W.T,“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43) 

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Rasulullah saw bersabda :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.
Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam A.S: Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit  kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah beliau lakukan. Beliau bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!.”

Air mata yang tidak dituntut:
  1. Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
  2. Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .
  4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu, simpanlah air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi diri atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa titik-titik hitam yang telah menghitamkan hati sehingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi
dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat keampunan-Nya jua.

Junjungan Mulia bersabda,  

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabilillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda: Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahinya berpeluh.
2) Air matanya berlinangan.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
 

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mati. (riwayat dari Salman al Farisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Zat yang Memilikimu.”


Sumber: Jebat Derhaka

0 comments: