How to Solve Rubic Cube

6:39 pm 1 Comments



Cubalah! =)


1 comments:

Pengumuman Penting

11:09 pm 2 Comments

Assalamualaikum.

Pesanan penting dari saya. Esok, 15 April 2011 insya Allah akan diadakan sesi servis laptop dan kelas literasi komputer, merangkumi tips untuk assignment, penjagaan laptop dan penambahbaikan. Ini adalah kali terakhir saya akan mengadakan kelas sedemikian, memandangkan sebelum ini telah diadakan, dan hanya dihadiri oleh warga kelas K18. Sebarang servis laptop, dan khidmat pertanyaan berkaitan hal yang akan saya kongsikan selepas esok TIDAK AKAN saya layan lagi, memandangkan anda dari kelas K19. Kepada yang hendak format laptop, sila backup siap-siap. Saya berkongsi, terpulang pada anda untuk mendapatkannya. Memandangkan ada yang menghantar laptop dan sesuka hati menetapkan dateline, membuat sesuatu tanpa bertanya dan bila rosak baru nak bising-bising kepada saya serta sebagainya, hal tersebut sangat-sangat mendatangkan kesukaran kepada saya. Harap maklum. Terima kasih.

2 comments:

Karnival Bahasa Arab

12:37 pm 0 Comments

Pengumuman...

Pada 25 APril 2011, Unit Bahasa Arab akan menganjurkan Karnival Bahasa Arab... Semua pelatih, para pensyarah dan staf IPGKI dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut... Segala maklumat mengenai program tersebut adalah seperti dibawah...





Jom sama-sama kita memeriahkan lagi karnival Bahasa Arab........

0 comments:

Ponteng Sekolah

5:03 pm 0 Comments

Gambar ini hanyalah hiasan semata-mata ^^





Al Kisah di suatu subuh yang bening.... Dalam sebuah rumah banglo..


Aminnnnnnnnn! Jerit seorang ibu tua dari dapur..


Anak tunggal kesayangan tidak menjwab.. ia masih nyenyak tidur dibuai mimpi (mungkin).


Aminnn bangun! Hari dah nak pagi! Nanti lewat ke sekolah.. ulang ibu tua itu lagi...(Kali ini nadanya lebih kuat lagi, agar anaknya cepat bangun).


Namun Amin masih tidak bangun.


Sebenarnya Amin sudah lama sedar, dia sudah lama menunai solat subuh. Tetapi dia tidur balik, ia merasa hilang keinginan ke sekolah. Sebelum ini Amin tidak pernah perasaan seperti itu. Dia memang dedikasi dan tegas.


Ibu Amin merasa risau atas perubahan sikap Amin yang sudah tidak suka ke sekolah, lalu dia ke bilik Amin sambil memujuk untuk Amin ke Sekolah.


"Amin! Kenapa tak bangun lagi?" kata ibu sambil menggoyangkan kaki anak kesayangannya. "Nanti lewat ke sekolah" ulang ibu.


"Amin tak nak ke sekolah la ibu" Balas Amin sambil memeluk bantal dengan erat lagi.


"Kenapa" Tanya ibu.


"Di sekolah semua pelajar takut pada Amin dan tidak mahu berkawan dengan Amin. Cikgu-cikgu kat sekolah Amin pula sering mengelak diri bila bertembung dengan Amin. Amin tak suka" Jawab Amin dengan jujur. Amin sememang anak yang baik dan tidak pernah berbohong terhadap ibunya. Bagi Amin berbohong pada ibu seperti berbohong pada diri sendiri.


"Amin, Amin" kata ibu sambil tersenyum.


"kenapa ibu? Tanya Amin. Amin merasa risau jugak, mana tahu kalau-kalau ibunya marah nanti.


"Aminkan dah besar umur pun dah 50 tahun, lagi pun Aminkan pengetua sekolah memang la cikgu dan pelajar takut" Jawab ibu.


Tanpa berfikir panjang lagi Amin terus menyiapkan diri untuk ke sekolah...

0 comments: