Aplikasi Internet Download Manager

12:00 pm 0 Comments

Pada peringkat permulaan ini, ana akan kongsikan satu aplikasi yang harus dimiliki oleh setiap pengguna komputer, iaitu internet download manager. Aplikasi ini amat penting kerana penggunaan aplikasi ini akan memudahkan proses memuat turun fail, dokumen, aplikasi dan program-program lain. Bagi pelajar-pelajar dan mahasiswa pula, aplikasi ini begitu popular bagi mereka yang digelar 'kaki download' filem dan lain-lain kerana aplikasi ini mempercepat proses memuat turun (mengikut kelajuan capaian internet). Berbeza dengan torrent, aplikasi ini diketahui sebagai yang terpantas dan termudah untuk proses muat turun. Antara hostings terkenal yang sering diakses untuk menggunakan aplikasi ini bagi tujuan memuat turun antaranya ialah mediafire, megaupload, rapidshare, hotfile, dan sebagainya. Aplikasi ini boleh didapati bersama patch di sini. Pakej All-In-One turut disertakan bagi memudahkan proses lain, dan ana akan terangkan dengan lebih lanjut nanti.

Menginstall Aplikasi

Setelah memuat turun aplikasi berkenaan, klik dua kali dan teruskan dengan proses peng'installation' seperti biasa. Sebelum anda menekan butang finish, klik dua kali pada patch (crack) dan klik butang patch. Mudah bukan? Selepas itu anda bolehlah menggunakan aplikasi ini setelah diintegratekan ke dalam browser mozilla firefox. Perlu diingatkan, aplikasi ini berfungsi dengan sebaik mungkin menggunakan browser mozilla firefox

Jenis-jenis Fail

Untuk memuat turun fail-fail atau apa sahaja di laman web menggunakan aplikasi ini, anda perlulah tahu format fail ataupun program berkenaan seperti .doc, .mp3, .001, .jpeg dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan, anda, buka aplikasi berkenaan di sistem tray, klik option > file types, dan isikan sahaja semua ini untuk file types




3GP 7Z A0* A1* AAC ACE AIF ARJ ASF AVI BIN BZ2 EXE GZ GZIP IMG ISO LZH M4A M4V MOV MP3 MP4 MPA MPE MPEG MPG MSI MSU OGG PDF PLJ PPS PPT QT R0* R1* RA RAR RM SEA SIT SITX TAR TIF TIFF WAV WMA WMV Z ZIP DOC 001 002 003 004 005 MKV FLV THEMEPACK SSA

Untuk tambahan, anda bolehlah mengisi sendiri jenis format yang anda ingin muat turun tersebut.

Melajukan Kelajuan Muat Turun

Untuk melajukan lagi kelajuan memuat turun anda (bergantung juga kepada kelajuan capaian internet), buka aplikasi berkenaan, klik option > connection, dan isi maklumat seperti yang tertera, dan klik ok:




Selamat mencuba!

0 comments: