Koleksi Kelakar 3

4:55 am 6 Comments

Cerita 1

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku


Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Katanya : kalu nak mkn saya malas nak masak

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita 2

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba-tiba duit 50 sennya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..."

Lalu orang itupun menjawab...

"Alah, setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu".

Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata...

"Eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"

Selepas itu, orang di sebelahnya pula bersuara

" Yang kau bercakap tu aper ?"

Dan yang di sebelahnya pula

"Fuh, nasib baik aku tak bercakap..."

Sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Q1. Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Answer: Rumah terbakar

Q2. Apa yang mahal pada BMW
Answer: Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Q3. Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Q4. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Q5. Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah...

Q6. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

Q7. Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan

Q8. Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Q9. Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Q10. Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

6 comments:

Anonymous said...

best!!;)

okeh , lampi soalan no2 .
pe yg mahal ?

Anonymous said...

x clap bmx 2 jenama bcycle..
kira murah lar..
bmw kan keta loaded
soalan versi cta p ramleela ni..
dlam cta njum pak blalang 2,..

Muttaqin said...

bmx mmg beskal pon~

betol gak
lupe plak

besh2..haha