Ada Apa dengan Kucing?

12:56 am , 1 Comments

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia

2. Kucing memiliki 230 tulang, iaitu 24 buah lebih banyak dari manusia

3. Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga membolehkannya masuk melalui celah selebar kepalanya

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Limit pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia 20 khz

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh)

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan refleksi cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang masuk retina

8. Keluasan pandangan kucing ialah 185 darjah

9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan seminit (jika anda ingin melakukan pemeriksaan denyut nadi lakukan di paha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali setiap minit

12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu sejam

14. Kucing memiliki system saraf yang sangat sensitif

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

16. Setiap kucing memiliki nosepad yang sangat khas, sehingga tidak akan pernah ada dua kucing yang memiliki nosepad hidung yang sama

17. Kucing memberi respon kepada panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki, mungkin kerana suara wanita memiliki puncak yang lebih tinggi

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

19. Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengelus-elus kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

20. Rataan umur kucing 15-16 tahun

21. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh: Jika kucing anda berumur 4 tahun berarti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun, iaitu setara dengan umur 32 tahun pada orang



 sahabat Rasulullah yang sayangkan kucing: Abu Hurairah =)

1 comments:

Biodata Imam Syafie

1:11 am 0 Comments

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 hanya. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna". Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

0 comments:

الغبي واقع

8:45 am 1 Comments

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jika selalunya kita membaca petikan-petikan yang mempunyai unsur humor dalam sudut refleksi dalam Bahasa Melayu, di sini ana ingin kongsikan satu petikan yang mempunyai unsur humor tetapi dalam Bahasa Arab bagi memantapkan lagi Bahasa Arab kita. Selamat membaca!

الغبي واقع
( orang bodoh berdiri )

قال المدرس للطلاب في الفصل وهو يمازحهم
seorang guru berkata kepada pelajar-pelajarnya didalam kelas dengan bergurau

" من يظن انه غبي فليقف "
"siapa yang rasa dirinya bodoh,sila berdiri"

: وبعد قليل وقف طالب في اخر الفصل فساله المدرس مستغربا
tidak lama kemudian,seorang pelajar dari akhir kelas berdiri. Guru itu bertanya :

"هل تظن انك غبي يا حمد؟ "
"kau rasa kau bodoh Hamad?"


: فقال طالب
Pelajar itu pun berkata:

"في حقيقة انا لا احب ان اراك واقفا وحدك يا أستاذ "
"sebenarnya, sya tidak sampai hati melihat cikgu seorang sahaja yang berdiri!"


sumber : belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa oleh Wan Rusli Wan Ahmab

Cukup setakat di sini. Insya Allah ana akan kongsi lagi di lain waktu...

1 comments:

Salam Aidilfitri 1431H

8:01 pm 1 Comments






1 comments:

Khatamun Nubuwwah

7:00 am , 1 Comments



 



Keistimewaan Khatamun Nubuwwah

Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam at-Tarmizi R.A. katanya, "Sesiapa melihat Khatamun Nubuwwah dalam keadaan berwudhuk,
  1. Pada waktu Subuh nescaya Allah akan memeliharanya hingga ke petang.
  2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
  3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
  4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman, Insya Allah."
Keistimewaan Nabi Muhammad

Cop Khatamun Nubuwwah pada diri Rasulullah menunjukkan baginda adalah penyudah segala Nabi dan Rasul, manakala cop tersebut pada belakang dan hadapan kerana apabila baginda keluar daripada rumahnya, maka cop tersebut dikunjungi oleh para malaikat.

Hikmat cop tersebut kepada kita amat banyak. Antaranya sesiapa yang menjadikan cop Nubuwwah Nabi itu perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan dipelihara Allah daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali di dalam Kitab Mahatnainiah, yang bermaksud, "Sesiapa yang menjadikan lukisan Khatamun Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun Nubuwwah aku di dalamnya, maka dipelihara oleh Allah daripada kebakaran dan kecurian dan daripada tiap-tiap musuh dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

Contoh Khatamun Nubuwwah yang diletakkan di dalam rumah:





1 comments:

Projek Khas Sempena Kemerdekaan

3:18 pm 1 Comments


Sempena dengan bulan kemerdekaan yang telah dilancarkan di IPG Ipoh baru-baru ini, pebagai pertandingan yang melibatkan penyertaan setiap unit K telah diadakan. Justeru, kerjasama warga K19 dipohon bagi melicinkan urusan menghantar penyertaan kita. Seperti yang telah ana beritahu tempoh hari, muslimin terlibat dalam menyiapkan poster kemerdekaan manakala muslimat pula bertanggungjawab menyiapkan sajak bertemakan kemerdekaan. Untuk makluman semua, draf atau lakaran awal untuk poster berkenaan telah ana siapkan, hanya mewarnanya sahaja yang tinggal. Antunna bolehlah melihat hasil yang dipamerkan di sini. Untuk penambahbaikan tentang konsep, lakaran, penggunaan warna dan sebagainya bolehlah menghubungi ana terus. Oleh itu, jasa baik dari pihak muslimat juga dipinta untuk menyiapkan sajak kemerdekaan berkenaan. Harap maklum~














Tema: Kemerdekaan 53 tahun dan 1Malaysia
Halangan: Kekurangan sumber, bahan, dan melukis tanpa mempamerkan tema secara tersurat (harus menggunakan bahasa simbolik, dan penceritaan gambar)
Medium: 
  • colour pencil
  • drawing pencil
  • chinese ink
  • inking pen (uni pen)
  • magic colour
  • brushes
Penceritaan tema:
  • 6 Perdana Menteri sebagai pemacu kegemilangan, menunjukkan Perdana Menteri yang silih berganti setelah 53 tahun mencapai kemerdekaan (Tema Kemerdekaan)
  • Tugu Negara sebagai menghargai jasa perajurit-perajurit tanah air dalam mencapai kemerdekaan (Tema Kemerdekaan)
  • Gambar askar berkawad (tema sama seperti di atas)
  • Gambar Jalur Gemilang di bahagian belakang (tema tambahan: cintakan negara)
  • Gambar 3 orang gadis dari 3 kaum utama: Melayu, Cina dan India (Tema 1Malaysia)
  • Gambar 3 orang kanak-kanak, kemesraan jelas kelihatan, dengan mengangkat satu jari (Tema 1Malaysia)
  • Gambar Putrajaya & Petronas Twin Tower (tema tambahan: kecemerlangan Malaysia= selepas kemerdekaan 53 tahun)
Dalam perancangan:
  • Gambar perayaan-perayaan kaum utama di Malaysia (Tema 1Malaysia)
  • Khat Nasakh & Thuluts (tema tambahan: warisan Islam dan Melayu, bersesuaian dengan unit K19)
  • Ayat al-Quran tentang perpaduan dan taa'ruf (Tema 1Malaysia, dan menonjolkan lagi unit K19 sebagai unit Pendidikan Islam)

p/s: dalam kertas suruh lukis di atas kertas berukuran 3' x 2' (soft board atau elephant card), masalahnya ana xjumpa saiz sebesar 2h. silap tulis ke? saiz yang teramat besar, assignment xsentuh lagi, wat mende ni, apa nk jadi?? :P

1 comments:

APA YANG PENTING??? KERJASAMA!!!

6:43 am 1 Comments

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bermula pada 31 Ogos 2010 sehingga 3 september 2010 pelatih guru unit K19 telah berganding bahu dalam menghias dan menceriakan kelas kami sempena menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi...Muslimat menganyam ketupat,muslimin menggantungnya...Kad raya juga ditandatangani untuk di hadiahkan buat pensyarah yang mengajar kami sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan...Kerjasama yang diterima daripada semua pihak amatlah memuaskan...Segala kerjasama yang antum berikan ana dahulukan dengan ucapaan juataan terima kasih...tanpa bantuan daripada antum,bilik Kuliah 71 pasti tidak seceria itu...

Disini ana sertakan beberapa keping gambar yang sempat ana rakamkan sebagai kenang-kenangan...Terima kasih ana hamparkan buat semua atas segala jasa baik antum...Selamat bercuti dan selamat menyiapkan assignment...


Seronok dapat main belon...


Belon ciptaan Asri dan Akmal...




Membetulkan pam belon yang rosak...



Frust,pam belon x dapat dibaiki...



K.U menandatangani....Kad raya...
sebagai ingatan daripada kami buat pensyarah sempena lebaran



Proses penggantungan ketupat...



Muslimin menggantung ketupat...



"Hah,bawah lagi...eh,atas sikit...OOOOOpppppssss..."



Keadaan kelas tersayang setelah ketupat digantung....

"Apa yang penting???"
"KERJASAMA!!!"
P/S: Tanpa kerjasama,kita tidak mampu menjadikan kelas semeriah ini...meriah dengan
hiasan dan juga meriah dengan gelak ketawa semasa proses mencantikkan lagi kelas ni.
Sesiapa yang ingin mendapatkan gambar2 semasa hari kejadian boleh menghubungi
ana..








1 comments: