Kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dengan Seekor Kucing

8:46 am , 8 Comments




Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terluput waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya. Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.

Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu. Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat?

Beliau pun bertanya: "Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh?"

Kucing itu menjawab: "Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, baiklah aku akan jelaskan kepadamu.”

Lalu kucing tersebut menyambung: “Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu ke atasmu, kamu akan melakukan seratus raka’at solat lagi sebagai penebusan, jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala daripada mengerjakan solat yang dua raka'at sahaja."

Wallahua’lam.


8 comments:

syafiqah said...

Part yg akhir tu masejnya...

tinggal 1 solat fardu, ganti dengan BERATUS solat sebagai penebusan...

Allahuakbar...

kita ni macam mana agaknya??
tertinggal solat fardu nak ganti pun liat... Jauhnya beza... kalau dengan ulama` dah jauh, dengan rasulullah dan allah x payah cakap la... Lagi la jauhnya...

Bersama kita tingkatkan amalan kita...dan yang paling penting, ISTIQOMAH... Semoga Allah permudahkan...
Ameen...

hAmBA hiNA said...

aduss!! terasenye..~,~

platinumz said...

Kita sebagai hamba yang hina dan kecil di sisi Allah perlulah sentiasa mempersiapkan diri mencari redha Illahi..

Istiqamahlah dlm melakukan ibadah agar kejayaan di dunia dan di akhirat milik kita bersama.

InsyaAllah~

hAmBA hiNA said...

amiiin..

syafiqah said...

buat hAmBA hiNa:

asif kalau terasa dengan ana... apa yg ana tulis tu lebih untuk menegur diri ana sendiri...

bersama kita baiki diri... =)

platinumz said...

Bersama kita baiki diri kita...
Tegur-menegur sesama kita andai ada yang tersalah...

Jangan rasa kecundang atau rasa hina sekiranya ada orang menegur kita... Sebaliknya ambillah ia sebagai sebuah cabaran dan batu pelonjak untuk kita terus berjaya di masa hadapan dan dapat memperbaiki diri kita...

InsyaAllah~

hAmBA hiNA said...

insyaALLAH..

Dx said...

salam,

sebagai umat islam kita mestilah

1) memahamkan diri mengenai ibadah Islam

2) membantu kawan lain mengenai ibadah dalam Islam