Pengajian Bahasa Melayu

1:25 am 5 Comments


Memandangkan subjek Bahasa Melayu dipelajari dalam semester ini, berikut saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan Bahasa Melayu. Selamat belajar!

Tatabahasa Baharu
  1. Acaram - cincin bertunang atau cincin tanda. Pada majlis pertunangan tersebut, ibu Syahir menyarungkan acaram ke jari Syahirah.
  2. Mengaco - mengigau. Sejak berpindah ke rumah baru di Kampung Tualang, adik selalu mengaco pada waktu malam.
  3. Mengacum - menghasut supaya bermusuhan. Dicarinya akal untuk mengacum adik beradik keluarga Pak Samad itu supaya bermusuhan.
  4. Akademikus - orang yang berpendidikan dari pusat pengajian tinggi (lepasan universiti). Para akademikus dari Universiti Tokyo di Jepun itu kebanyakannya dari Osaka.
  5. Akas - pantas/pandai/tangkas. Jihan akas menari di atas pentas.
  6. Akhirulkalam - sebagai penutup. Akhirulkalam, saya menyeru agar kita semua dapat bersatu padu sebagai rakyat Malaysia yang harmoni.
  7. Teraku - diakui. Mazhab Hanafi merupakan salah satu daripada empat mazhab yang teraku dalam agama Islam.
  8. Berabarkan - mempunyai sesuatu sebagai dinding/penyekat/berdindingkan. Rumah itu berabarkan buluh.
  9. Abiasi - pembuangan tisu/organ tubuh secara pembedahan. Doktor Syahrizal melakukan abiasi kepada pesakitnya yang menghidap kanser hati tahap 1.
  10. Abdikasi - turun dari takhta kerajaan dengan kehendak (kerelaan) sesorang raja itu sendiri. Raja Maulud abdikasi daripada pemerintahannya selama 12 tahun dan menyerahkan takhtanya kepada Raja Malik.

Contoh-contoh Ayat Bombastik
  • mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
  • mendukung kebenaran yang kita sepakati
  • mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
  • mengambil langkah sederap
  • menghirup udara hasil kemerdekaan
  • mengundang kontroversi
  • menjadi cerucuk utama pembangunan 
  • menjulang negara ke puncak jagat
  • menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
  • menyambut gamitan menara impian
  • mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
  • milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
  • muafakat merupakan inti kepada perpaduan
  • negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
  • nilai keinsanan yang syumul
  • nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
  • pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
  • pelbagai cabaran yang menghambat
  • pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
  • pembentukan masyarakat sakinah
  • pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
  • pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
  • perlu dibaja kembali
  • perubahan yang diharap masih belum menjelma
  • petanda kehancuran generasi
  • masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
  • makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai-nilai kekeluargaan
  • mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
  • manifestasi kesanggupan bangsa
  • manusia bukanlah 'haiwan robotik' yang tidk mempunyai rasa dan jiwa
  • masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
  • masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
  • membina impian masa depan yang lebih gemilang
  • membongkar kepincangan
  • membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
  • mempengaruhi minda generasi muda
  • mempertahankan perasaan saling bersefahaman
  • mempertingkat dan memperteguh kefahaman
  • menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
  • menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

Sumber: RIMBUN, Edisi 3/Julai 2010, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh
Sekalung penghargaan kepada Ustazah Aisah Abol atas perkongsian naskhah

5 comments:

M. Fakhai MD said...

assalamualaikum...
satu maklumat yang menarik...

cuma, satu pembetulan..
kata yang sesuai untuk perkataan-perkataan baharu adalah kosa kata baharu atau perbendaharaan kata baharu...

tatabahasa hanyalah untuk struktur hukum dan nahu bahasa... sebab TATA adalah hukum atau peraturan..

walau bagaimanapun, tahniah kerana kalian begitu cakna dengan bahasa Melayu...

Anonymous said...

salahkan unit pengajian melayu. haha

M. Fakhai MD said...

perlulah...??

yang berbangga.. said...

syukran atas perkongsian..
SAYA BANGGA MENJADI ORANG MELAYU..!!
:D

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian...