The Evolution of Computer

3:37 pm 3 Comments

3 comments:

Happy Holiday

8:55 am 3 Comments



3 comments:

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Yatim al-Taqwa

10:51 am 4 Comments

Assalamualaikum. Tiada apa yang dapat diluahkan melainkan sebak dihati setiap kali membaca kisah tragedi tahan runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Tiada apa yang boleh kita banggakan harta benda dan pangkat tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya. Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia?


Kerja menyelamat mangsa Tanah Runtuh - Bharian.com.my
Terkini Tragedi Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa sambungan dari entri “Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat“

1. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat – Bharian.com.my

2. Mangsa yang maut terdiri daripada 16 kanak-kanak dan seorang dewasa dikenali sebagai Azrel, Nael, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman, Riz, Fahad, Aiman, Hazim, Mustakim dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an – Utusan.com.my

3. Mangsa yang terselamat terdiri daripada 9 kanak-kanak dan dewasa dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Akmal, Aizat, Alaudin, Irwan, Din dan Syafiq berusia empat tahun hingga 30-an – Bharian.com.my

4. Dua dari sembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital Ampang dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan hari ini. Enam mangsa yang cedera ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang – Bharian.com.my

5. TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera dan pengebumian mangsa yang meninggal juga akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan – Utusan.com.my

6. Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini. Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang. Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.

sumber: Denai Hati



p/s: warga k19 amat mengambil berat akan insiden yang menyayat hati yang membabitkan saudara kita semua. takziah untuk keluarga mereka. semoga roh mereka ditempatkan di sisi Allah SWT. 
Al-Fatihah~

4 comments:

The Greatest Human Love

11:32 am 4 Comments


klik dan zoom pada gambar untuk besarkan

Komik sempena tragedi gempa bumi Sichuan di Cina

4 comments:

Online Storage for K19

1:22 pm , 3 Comments

Assalamualaikum.

Memandangkan kelas kita amat memerlukan satu medium untuk berkongsi files dan sebagainya, saya telah mencari pelbagai alternatif untuk memudahkan perkongsian files antara kita, buat sementara waktu ini, yang mana wifi IPG masih tidak membuat sekatan. Jika selepas ini sekatan telah dibuat semula, saya akan beritahu aternatif yang lain pula, Insya Allah. Sehubungan itu, berikut merupakan beberapa laman web untuk storan percuma dalam talian dan kegunaannya, untuk kebaikan kita bersama.


Gumuu: Menarik, produk tempatan. Akaun kelas sudah saya hasilkan. Anda juga boleh muatnaik video dan muzik, tanpa sekatan daripada wifi IPG. Kelemahan yang agak ketara ialah berserabut, memandangkan fungsi folder dan subfolder tidak ada.

Yahoo Group K19: Seperti pembelajaran English oleh Puan Zalilah. Ringkas, ada fungsi folder dan subfolder. User boleh muatnaik dan muat turun. Cuma kelemahannya ialah saiz documen yang boleh dimuatnaik amat-amatlah terbatas. Akaun kelas sudah saya hasilkan, namun file tidak dapat dimuatnaik kerana saiz yang amat kecil sahaja diperlukan, sekitar 500kb.

Opendrive: Baru saya temui tadi. Ringkas, elegan dan menarik. Sama seperti laman-laman di atas, mungkin terbatas untuk muatnaik video sahaja. Dengan storan berkapasiti 5Gb, tiada masalah untuk berkongsi files. Mungkin memerlukan talian internet yang agak laju memandangkan penggunaan shockwave script dan java diperlukan untuk muatnaik file, sememangnya opendrive adalah pilihan terbaik buat masa sekarang. Akaun telah saya hasilkan, dengan username muttaqin, dan password (sila minta dari saya). Nota-nota untuk subjek-subjek semester 2 telah saya muatnaik.

Mydrive: Juga sama fungsi seperti opendrive, namun storan yang lebih kecil, 2Gb. Masih dalam peringkat percubaan buat saya, dan saya masih menghadapi masalah java untuk muatnaik, mungkin disebabkan talian internet yang agak lembab sekarang. Insya Allah, nota-nota untuk semester 2 ini akan saya selesai muatnaik hari ini juga.


p/s: siap sedia untuk kemaskini fail-fail dari dahulu sehingga sem depan untuk kegunaan ijazah yang memerlukan audit, insya Allah. sediakan payung sebelum hujan.

3 comments:

Nota

8:50 am 1 Comments

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wbt...

Buat warga K19 yang dikasihi sekalian, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan nota-nota atau slide-slide pembentangan bagi subjek-subjek tertentu, bolehlah rujuk pada gumuu kerana ana telah upload beberapa nota dan slide yang ada dalam simpanan ana disana... bagi mereka yang lupa kata laluan dan password, boleh rujuk pada mereka yang tahu... semoga nota-nota tersebut membantu....

sekian, terima kasih....

1 comments:

Silibus Usul Tafsir & Ulum Al-Quran sem 2

5:58 pm , 2 Comments

Bismillahirrohmanirrohim...

Dibawah ana sertakan silibus bagi usul tafsir...

  1. pengenalan ilmu usul tafsir - definisi, objektif karya2 utama dalam usul tafsir, syarat dan adab mufassir.
  2. sejarah pengajian usul tafsir- zaman rasulullah saw, sahabat, tabi`in dan selepas tabi`in.
  3. tafsir bi al-ma`thur- definisi/pengenalan, syarat penafsiran, sumber & karya.
  4. tafsir bi al-ra`yi- definisi/pengenalan, syarat penafsiran, sumber, kedudukan & karya.
  5. tafsir al-isyari- definisi, kedudukan, syarat penerimaan & karya...

p/s: silibus sebagai checklist tajuk yang perlu dibaca.... moga membantu...


bagi yang belum mendapat silibus ulum Al-Quran, ini silibusnya...


TAJUK

JAM INTERAKSI (SEMINGGU)

CATATAN

Pengenalan Ulum al-Quran

Definisi/Pengenalan al-Quran/Nama-nama lain bagi al-Quran/Dalil-dalil

2


Pengenalan Ulum al-Quran

Perbandingan al-Quran dengan kitab samawi yang lain

2


Penurunan al-Quran

Cara-cara al-Quran diturunkan

Hikmah diturunkan al-Quran secara beransur-ansur

2


Ayat-ayat Makki & Madani

Ciri-ciri ayat Makki

Ciri-ciri ayat Madani

2


Ayat-ayat Makki & Madani

Implikasi ayat makki dan Madani terhadap perintah Allah

2


Pengumpulan al-Quran

Sejarah pengumpulan & Pembukuan al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w. & Sahabat

2


CUTI TAHUN BARU CINA

Pengumpulan al-Quran

Sejarah pengumpulan al-Quran di zaman Tabi;in & Tabi’ Tabi’in

2


Nasakh & Mansukh

Pengertian Nasakh & Mansukh

Bahagian Nasakh

-Nasakh ayat dengan Ayat

-Nasakh ayat dengan Hadis

2


Nasakh & Mansukh

Nasakh ayat dan hokum

Nasakh hukum sahaja

Nasakh ayat hukum sahaja

2


CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

I’jaz al-Quran

Kepentingan I’jaz al-Quran

Ciri-ciri I’jaz al-Quran

Keajaiban pengkaji al-Quran

2


I’jaz al-Quran

Tidak jemu membaca/Tidak mampu dicipta/Hukumnya lengkap/Interaksi Allahj kepada manusia/Bahasa yang mengandungi unsur estatika

2


Asbabun Nuzul

Kepentingan Asbabun Nuzul

2


Asbabun Nuzul

Contoh Asbabun Nuzul

2


Dhabtul Quran

Definisi/Sejarah Dhabtul Quran & Kelebihannya

2


Dhabtul Quran

Jenis-jenis Dhabtul Quran

2

1 Mei (Jumaat) Cuti Hari Pekerja



2 comments: