أهلا وسهلا يا رمضان
Assalamualaikum.Maaf kerana lambat mengemaskinikan blog kita ini. Al-maklumlah, kita semakin sibuk dengan tugasan yang bergunung ganang banyaknya itu. Walau apa pun, seperti kata ustazah Asiah Abol, "take it all positively". Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jika ada masalah, kita sama-sama berbincang dan selesaikannya. Kita ibarat satu keluarga, yang mana untuk tempoh 5 tahun yang mendatang ini banyak lagi yang akan kita tempuhi. Tak dilupa juga, salam ramadhan ana ucapkan kepada semua warga k19, muslimin: abu, hamdi, faiz, zaim, akmal, fadli, fazuan, asrie, fahmi, ajwad dan anas, muslimat: huda, ezzah, ummi, maziah, munirah, adillah, saffawati, dan nadia, para pensyarah IPG Kampus Ipoh. Semoga kedatangan penghulu segala bulan ini menjanjikan kebaikan dan kerahmatan kepada kita semua, Insya Allah. Sama-samalah kita berusaha meningkatkan amalan kebaikan kita, moga-moga syurga Ar-Rayyan menanti kita di sana. Insya Allah, saudara-saudariku! =)
p/s: kalo dah penat 2h shutdown skit2 xpa ye, besa la, smua letih. pndai2la cover, jgn kantoi udah. slmt beramal!
-admin
-admin
1 comments:
shutdown..tapi akhir2 ni ramai ja yang dah terkantoi..;)
Post a Comment