Projek Khas Sempena Kemerdekaan

3:18 pm 1 Comments


Sempena dengan bulan kemerdekaan yang telah dilancarkan di IPG Ipoh baru-baru ini, pebagai pertandingan yang melibatkan penyertaan setiap unit K telah diadakan. Justeru, kerjasama warga K19 dipohon bagi melicinkan urusan menghantar penyertaan kita. Seperti yang telah ana beritahu tempoh hari, muslimin terlibat dalam menyiapkan poster kemerdekaan manakala muslimat pula bertanggungjawab menyiapkan sajak bertemakan kemerdekaan. Untuk makluman semua, draf atau lakaran awal untuk poster berkenaan telah ana siapkan, hanya mewarnanya sahaja yang tinggal. Antunna bolehlah melihat hasil yang dipamerkan di sini. Untuk penambahbaikan tentang konsep, lakaran, penggunaan warna dan sebagainya bolehlah menghubungi ana terus. Oleh itu, jasa baik dari pihak muslimat juga dipinta untuk menyiapkan sajak kemerdekaan berkenaan. Harap maklum~














Tema: Kemerdekaan 53 tahun dan 1Malaysia
Halangan: Kekurangan sumber, bahan, dan melukis tanpa mempamerkan tema secara tersurat (harus menggunakan bahasa simbolik, dan penceritaan gambar)
Medium: 
  • colour pencil
  • drawing pencil
  • chinese ink
  • inking pen (uni pen)
  • magic colour
  • brushes
Penceritaan tema:
  • 6 Perdana Menteri sebagai pemacu kegemilangan, menunjukkan Perdana Menteri yang silih berganti setelah 53 tahun mencapai kemerdekaan (Tema Kemerdekaan)
  • Tugu Negara sebagai menghargai jasa perajurit-perajurit tanah air dalam mencapai kemerdekaan (Tema Kemerdekaan)
  • Gambar askar berkawad (tema sama seperti di atas)
  • Gambar Jalur Gemilang di bahagian belakang (tema tambahan: cintakan negara)
  • Gambar 3 orang gadis dari 3 kaum utama: Melayu, Cina dan India (Tema 1Malaysia)
  • Gambar 3 orang kanak-kanak, kemesraan jelas kelihatan, dengan mengangkat satu jari (Tema 1Malaysia)
  • Gambar Putrajaya & Petronas Twin Tower (tema tambahan: kecemerlangan Malaysia= selepas kemerdekaan 53 tahun)
Dalam perancangan:
  • Gambar perayaan-perayaan kaum utama di Malaysia (Tema 1Malaysia)
  • Khat Nasakh & Thuluts (tema tambahan: warisan Islam dan Melayu, bersesuaian dengan unit K19)
  • Ayat al-Quran tentang perpaduan dan taa'ruf (Tema 1Malaysia, dan menonjolkan lagi unit K19 sebagai unit Pendidikan Islam)

p/s: dalam kertas suruh lukis di atas kertas berukuran 3' x 2' (soft board atau elephant card), masalahnya ana xjumpa saiz sebesar 2h. silap tulis ke? saiz yang teramat besar, assignment xsentuh lagi, wat mende ni, apa nk jadi?? :P

1 comments:

penduduk TANAH MELAYU said...

CUN3!!
TERUSKAN!!GOOD2!!