Berapa Harga Wanita? Subhanallah…

9:05 am 4 Comments


Pada abad ketiga hijrah, Musa bin Ishak, seorang hakim dari daerah Riyi dan Ahwaz, sedang bersidang untuk memutuskan perkara-perkara yang sedang diajukan kepadanya. Di antara perkara yang dibicarakan ialah tentang seorang wanita yang telah mendakwa suaminya, berhutang sebanyak 500 dinar sebagai maskahwin yang belum dilunaskan lagi. Si suami menolak dakwaan itu, seraya menyatakan bahawa dia tidak berhutang apapun kepada isterinya. Berkata hakim kepada si suami, “Bawalah saksi-saksi anda,” Jawab si suami, “Saya ada saksi.” Maka Tuan Hakim pun memanggil salah seorang saksi tersebut seraya berkata kepadanya, “Sekarang lihatlah wajah isteri orang itu untuk membuktikan dalam penyaksianmu nanti.”

Si saksi pun pergilah kepada isteri orang itu, seraya berkata kepadanya, “Marilah ke sini, aku hendak melihat wajahmu.” Sang suami berkata, “Apa yang kau hendak daripada isteriku itu?” Hakim berkata, “Si saksi ini mesti melihat wajah isterimu yang bertutup muka ini supaya dia kenal wajahnya.” Rupa-rupanya si suami tidak mahu isterinya dibukakan mukanya untuk dilihat oleh para saksi di hadapan orang ramai. Dia lalu bangun dan bersuara kepada hakim, “Biarlahlah saya mengaku berhutang maskahwin yang dituntut oleh isteriku itu asalkan dia tidak membuka wajahnya di hadapan orang ramai.”

Apabila si isteri mendengar kata-kata suaminya yang tidak redha wajahnya dilihat oleh para saksi dan suaminya mengambil berat tentang dirinya, dia berasa amat terharu seraya berkata kepada hakim, “Wahai Tuan Hakim! Saksikanlah bahawa saya telah maafkan maskahwin itu dari suamiku, dan saya bebaskannya dari membayar maskahwin itu dunia dan akhirat.”

p/s : “Catatkanlah peristiwa ini di dalam ingatan kamu mengenai budi pekerti yang luhur. Kasih sayang itu sangat berharga. Carilah kasih sayang yang kekal abadi yang boleh mendorong kita memperoleh kasih sayang yang lain. Sayangilah Allah, Rasulullah dan Ibu Bapa kamu sebelum kamu mengasihi orang lain yang belum pasti lagi menjadi milik kamu."

4 comments:

hAmBA hiNA said...

subhanALLAH!! alhamdulILLAH!! ALLAHuakbar!!
~kagum dengan si suami~

Anonymous said...

tingginya harga seorang wanita...
Wanita tidak dijadikan dari kepala untuk dijunjung, tidak juga dujadikan dari kaki untuk di pijak...tetapi ia dijadikan dari tulang rusuk si Adam untuk dikasihi, didampingi dan menjadi sayap kiri dalam perjuangan suami demi menggapai redho ilahi...

Justeru, peliharalah harga dirimu duhai wanita2 sekalian... Jadilah seperti mawar yang berduri... harum dan cantik, tetapi sukar untuk didekati kerana ketajaman durinya...

~teringin nak suami suami yang macam tu...tapi layakkah diri ni???~

Anonymous said...

Allahuakbar!!!

'Abdullah said...

wanita yg baik untuk lelaki yg baik
lelaki yg baik untuk wanita yg baik
InsyaAllah..