Peribahasa Perosak Bahasa

12:19 am 11 Comments

Sempena bulan peperiksaan yang mengtensionkan ini, apa kata kita relaks2 sekejap dengan peribahasa-peribahasa merapu ni. So, please don't try this at home! =) Selamat berhibur!

  1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
  2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
  3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
  4. Biar lambat asalkan tak cepat
  5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
  6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
  7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
  8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
  9. Secupak takkan jadi 18 cupak
  10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
  11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
  12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
  13. Alang-alang mandi biar guna sabun
  14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
  15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
  16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
  17. Hidup segan mati ditanam
  18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
  19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
  20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis le...
  21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
  22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
  23. Membujur lalu melintang pukang
  24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
  25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
  26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
  27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

11 comments:

pEngGeMaR PriBaHasA said...

kukikuki...suke yang last tuhh!!

Anonymous said...

hahahahahahahaha!^^

Anonymous said...

kelakar2....
(^-^)

Anonymous said...

lawak2...(gelak dlm hati)

pEngGeMaR PriBaHasA said...

gelak sakan dale hati ye,,
~bibir tersengeh hati teriak..~

halaqah k19 said...

salam.,en/cik penggemar pribahasa,..
apakah yg dapat nda katakan mngenai~bibir tersengeh hati teriak..~?????
hahahahahah.=)

pEngGeMaR PriBaHasA said...

waalaikumussalam en/cik halaqah k19 ,..
xde ape yang nak dikatakan..cume tukar versi je..~~~

platinumz said...

hahaha...bibir tersengeh,,hati teriak!!! maksudnye sgt2 kelakar sehingga seluruh jasad dan luruh turut same kelakar..hohoho..(gelak dlm hati)

pEngGeMaR PriBaHasA said...

dahsatnya en/cik platinumz+uraniumz,,
jgan sampai tergelak dalam kidney sudaa..^____________^

platinumz said...

gelak dlm kidney??? hahaha,..mcm knl je ayt tu..ayt yg digunakan oleh cik........................hohohoh...(gelak dlm hati)

pEngGeMaR PriBaHasA said...

en/cik platinumz+uraniumz: XP