Blog Baru

12:27 pm 9 Comments

Assalamualaikum.

Apa khabar iman? Semoga semua dilimpahi rahmat dan inayah-Nya. Berhubung dengan penambahbaikan blog ini, saya merasa terpanggil untuk berkongsi cadangan yang baru saya terfikirkan baru-baru ini. Insya Allah, jika semua setuju dan menyokong, saya ingin menerbitkan satu lagi blog, iaitu sub blog di bawah blog kelas ini. Justeru, apa isi kandungannya? Insya Allah daam blog berkenaan, saya hanya akan mengumpulkan links blog-blog menarik, download, tutorial komputer, photoshop, graphic designs dan juga 1001 links yang saya rasakan amat menarik untuk dikongsikan bersama. Sila tunggu juga satu lagi blog yang akan saya terbitkan untuk anda mengikuti perkembangan blog kelas, dan sebagai preview template baru blog kelas. Oleh itu, memandangkan button like tidak dimasukkan dalam blog kelas ini, sila like di bahagian comment dan juga utarakan pendapat anda untuk info tambahan. Siapa setuju, sila angkat tangan macam saya~


hm... apa lagi ya?

juga sekadar hiasan. saja nak bagi post ni nampak kiut miut


p/s: teruja dengan wifi ipg yang dapat mengakses kesemua laman web tanpa sekatan. ada yang nak link donwload drama dan movie? =)

9 comments:

syafiqah said...

wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah... satu cadangan yang menarik...

cadangan tambahan daripada ana, kalau boleh, bolehlah ditambah ruangan forum dalam blog yang akan berwajah baru sebagai sudut untuk kita bermunaqosyah dan melontarkan buah fikiran masing2... dan kalau boleh,mungkin boleh ditambah dengan ruangan2 tertentu yang padat dengan ilmu seperti sudut hadis, fakta sains yang terbaru, sudut bahasa (arab, english, mandrin, bahasa isyarat mungkin dan bahasa2 lain,), ruangan doa(ayat2 atau doa pilihan), isu semasa dan sebagainya... semoga dengan terhasilnya blog ini mampu memberi input yang bukan sahaja padat dengan ilmu agama, tetapi ilmu2 lain juga kepada pembacanya...

Majulah asatizah untuk agama, bangsa dan negara....

syafiqah said...

terlupa...

ummi syafiqah like this...

Anonymous said...

like juge.teruskan perjuangan kami sentiasa memberikan sokongan..-from jejaka Manis -

syabab dakwah said...

saya setuju!setuju juga cadangan tambahan syafiqah =)

nadia said...

like3...byk mnfaat utk smua...^_^

amar said...

err..nak like jugak..! might be useful for me!

zaim said...

teruskan....like3x until infinity~~

syakir said...

teruskan~bleh tambah ilmu~

Unknown said...

bagus2....=)