Realiti Universiti dan 'Primitifnya' IPG
Wujud sesuatu yang merunsingkan apabila dua sarjana tempatan 'menulis' tentang 'kompetensi' universiti di Malaysia baru-baru ini. Pertamanya adalah Prof. A. Murad Merican (Profesor Ilmu Kemanusiaan) Universiti Teknologi Petronas melalui artikel bertajuk 'Universiti kita ketandusan idea' tersiar di Utusan Malaysia (4 Oktober 2010); seterusnya disambut pula oleh Prof. Dr. Dzulkifli Abd. Razak (Naib Canselor) USM sendiri, juga di Utusan Malaysia (12 Oktober 2010) dengan tajuk 'Pendidikan: mencari kebenaran'.
Kedua tulisan di atas kemudiannya dikomen oleh saudara Amin Ahmad melalui nota Facebook-nya bertarikh 15 Oktober 2010. Tulisan ini juga adalah respon terhadap ketiga-tiga tulisan tersebut yang menurut saya, perlu dibaca bersama dengan entri dibawah.
Universiti dan IPG
Sebagai seorang graduan sulung IPG (Institut Pendidikan Guru) Malaysia yang kini berjumlah 27 buah semuanya seluruh negara, wujud keperluan yang mendesak untuk saya menjelaskan betapa perlunya 'kilang' yang memproduksikan jaringan guru-guru Malaysia ini untuk berubah dari sisi intelektual dan budaya pemikiran mereka.
Betapa kami dulunya menyambut baik usaha kerajaan menaiktaraf maktab-maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang kemudiannya mampu mengeluarkan graduan sendiri dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (sebelumnya di peringkat Diploma sahaja). Namun yang demikian kerapkali saya nyatakan proses penaiktarafan ini jangan hanya bersifat artifisial yakni di peringkat dasar dan penjenamaan semula sahaja.
Yang lebih besar dari itu, penaiktarafan tersebut haruslah disertai keinginan dan iltizam Kementerian Pelajaran untuk menyediakan kesemua IPG sekurang-kurangnya berada hampir dengan status universiti di negara ini. Maka timbulnya persoalan; status universiti yang bagaimanakah perlu menjadi penanda aras (benchmark) kepada IPG tersebut?
Sehingga lahirnya graduan sulung (majlis konvokesyen sekitar Mac 2010), perubahan besar yang dilalui oleh IPG kebanyakannya hanyalah bersifat fizikal dan terlalu artifisial. Penjenamaan semula ini tidak menggalakkan perubahan budaya kerja warga kampus IPG dan sikap administrasinya. Mahasiswanya jarang 'peka' dengan isu setempat, lagikan pula untuk kita mendengar mereka sensitif dengan isu luar negara; sikap mereka terhadap Palestin misalnya.
Berbelas tahun digeluti budaya pembelajaran gaya 'diploma', warga pendidik dan staf administrasinya juga gagal keluar dari 'kepompong selesa' - 'playsafe'. Pernah sekali saya ditegur kerana mengkritik 'Jawatankuasa Perwakilan Pelajar' kerana gagal menjadi sentral dalam menangani isu atau sekurangnya 'independen', jawapan yang saya terima dari pihak berwajib iaitu Hal Ehwal Pelajar adalah; "ini maktab, bukan universiti...".
Melihat hanya dari sisi 'gerakan mahasiswanya' yang lemah sahaja sudah cukup untuk kita nilai di sini bahawa; wujud jurang yang sangat jauh di antara 'kilang' guru yakni, pusat pengeluaran guru terbesar di negara ini dengan status universiti tempatan. Adalah sangat menyedihkan melihat perkara ini berlaku kerana IPG sepatutnya menjadi tulang belakang bidang pendidikan, menjadi ruang kepada para pensyarah menjuarai teori pedagogi mahupun penyelidikan dan yang lebih penting sebagaimana menurut Prof. Dr. Dzulkifli, universiti seharusnya menjadi tempat mencari kebenaran!
Boleh bawa kenderaan atau tidak?
Adalah sesuatu yang sukar saya fahami apabila timbulnya isu seorang pelajar IPG Kampus Ipoh menulis di sebuah akhbar tabloid mengenai kesusah-payahannya kerana tidak dibenarkan membawa kenderaan. Maka hebohlah di laman sosial 'Facebook' abang-abang 'senior' yang mengecam pelajar berkenaan kerana didakwa telah memalukan IPG tersebut.
Permasalahan utama yang sukar saya fahami adalah mengapa perlu wujud tindakan bersifat 'kecaman' terhadap pelajar berkenaan? Soalnya remeh, ya saya juga faham di mana-mana universiti sekalipun di dunia ini kebanyakannya tidak membenarkan 'freshies' membawa kenderaan.
Sebaliknya fungsi utama sesebuah institusi pendidikan iaitu 'mencari kebenaran' sudah ditenggelami budaya 'jangan-soal'! Para pelajar sudah tidak dibenarkan untuk menyoal jika gagal menemui kebenaran yang dikehendakinya! Kalaupun insiden ini terpencil atau kecil impaknya, sudah cukup membuktikan bahawa larangan 'speak-out' bukan sahaja dianuti oleh staf administrasi tetapi juga menjadi pegangan para pelajarnya sendiri!
'Freedom of speech' yang menjadi kebanggan mahasiswa mana-mana universiti sekalipun tidak dibudayakan di IPG! Maka kerunsingan yang jauh lebih besar sepatutnya dihalakan oleh para sarjana tempatan terhadap 'status' IPG itu sendiri sebagai medium pembentuk para guru di negara ini!
Jabatan Falsafah dan Mencari Kebenaran
Perkara yang paling menarik dalam tulisan Prof. A. Murad adalah kerisauannya terhadap ketiadaan Jabatan Falsafah di universiti tempatan. Menurutnya sepuluh universiti terbaik di dunia, semuanya mempunyai Jabatan atau Fakulti Falsafah yang mantap!
Selari dengan perkara tersebut, Prof. Dr Dzulkifli kemudiannya menekankan fungsi utama sesebuah universiti adalah mencari kebenaran. Ini dikomen saudara Amin kemudian menambah, Prof. Awang Had Salleh 15 tahun yang lalu pernah menyuarakan dua fungsi klasik universiti iaitu mencari kebenaran serta mempersoal kembali kebenaran yang sudah mantap.
Sebab itu apabila memperkatakan tentang falsafah (philein - menyintai; sophos - hikmah; 'menyintai hikmah' dalam bahasa Greek) atau menurut Plato ialah 'kajian terhadap sesuatu yang benar' atau menurut Aristotle; anak murid Plato ialah 'kajian tentang zat sesuatu (being as being) serta penyebab utama (first principles)', dapatlah kita simpulkan betapa pentingnya kaitan mempunyai sebuah 'asas' atau 'foundation' iaitu sebuah Jabatan atau Fakulti yang dapat membimbing (guide) para pelajarnya untuk 'mencari kebenaran'.
Malangnya apa yang terjadi di Malaysia, sebaliknya. Selain sistem pendidikan yang sejak dari kecil diorientasikan kepada pencapaian (exam oriented); budaya ini dilegasikan dengan bangga oleh warga universiti melalui KPI (Key Perfomance Index) yang kononnya perlu dipenuhi oleh mereka! Maka wujudlah sebuah kilang yang operatornya (para pensyarah) sibuk memenuhi piawai KPI yang telah disusun atur oleh mandur (Ketua Jabatan); bertentangan dengan fungsi sebuah institusi pendidikan iaitu memberi bimbingan (guidance) kepada para pelajar untuk mencari kebenaran!
Kemahiran 'mencari kebenaran' inilah yang tidak diajarkan kepada para pelajar di negara kita. Tidak hairan jika mahasiswa tempatan tidak kenal dengan 'Thus Spoke Zarasthura' Nietzche, atau 'Fenomenologi-Hermeneutik' Heidegger, atau 'Deconstruction' Derrida, jauh lagi mengenal 'Discourse' Foucoult dan 'Le Morele' Descartes.
Sedangkan penubuhan universiti di Eropah terilham akibat kebanjiran ilmu dari Islam seperti kata Guillaume; "Sarjana dari Eropah melawat Sepanyol Islam untuk mempelajari falsafah, matematik, astronomi dan perubatan. Universiti tertua Eropah banyak berhutang kepada ilmu pengetahuan dari universiti di Arab".
Tetapi sebagai sebuah negara Islam,kita bukan sahaja anti-gerakan mencari kebenaran, sebaliknya menggunapakai teori-teori Barat yang sudah tentu berasal dari ilmu Islam tanpa usul periksa - sudahlah tidak berusaha mencari kebenaran, tidak pula berusaha untuk mempersoal kebenaran yang sudah dianggap benar!
Budaya Imitasi dan Sindrom Minda Tertawan
Betapa kroniknya sistem pendidikan kita; oleh kerana tidak dibenarkan (digalakkan) bersoal jawab untuk mencari kebenaran atau mempersoal kebenaran, semakin ke hadapan golongan mahasiswa dan ahli akademik universiti akhirnya menghidap penyakit 'Minda Tertawan' (captive mind) sebagaimana yang digelar Prof A. Murad.
Saya lebih suka menggunapakai perkataan 'ignorance state', iaitu keadaan di mana mahasiswa kita mahupun ahli akademik tidak lagi peduli kepada tujuan utama pendidikan iaitu untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dan memperbaiki masalah masyarakat, sebaliknya bermazhabkan teori 'untung-rugi' ekonomi.
Krisis pemikiran ini menurut Taha Jabir al-Alwani menjadikan kaum Muslimin tidak lebih dari sebuah ternakan (lembu) yang diawasi tuannya (Barat). Mahasiswa sehingga dipersoal jika mengemukakan pendapat sendiri; 'siapa kamu jika ingin berpendapat sedemikian?' di dalam tesisnya, malah kajiannya dianggap 'jahat' jika tidak disandarkan kepada rujukan sebelumnya. Sedangkan sebuah pengkajian sifatnya bukan harus bersifat deskriptif semata, sebaliknya analisa kritikal juga memainkan peranan yang penting.
Maka apa yang terjadi kini adalah budaya 'imitasi'; mahasiswa lebih cenderung 'meniru' dari 'mempersoal', 'mengambil apa yang ada' daripada 'mencari' serta 'menurut' daripada 'bertanya'.
Di penghujungnya, mahasiswa terkurung dan terperuk dengan 'ke-superior-an' korpus ilmu Barat yang diterapkan kepadanya, larangan bertanya serta kelemahan dirinya sendiri untuk mencari kebenaran mengakibatkan mindanya tertawan!
Ignorance State
Kita runsing apabila membaca dua artikel sarjana di atas. Ya, universiti kita sudahlah tidak tersenarai sebagai 200 universiti terbaik, jauh dari itu budayanya juga lansung tidak lansung menggambarkan sebagai sebuah institusi pendidikan yang ikhlas untuk mendidik fungsinya.
Tetapi lebih dahsyat dari itu, IPG - sebuah institusi rekaan kerajaan yang kononnya ala-universiti; tempat merekrut para guru dan pendidik yang fungsinya nanti sebagai 'frontline' sistem pendidikan, jauh lebih primitif dari sisi budaya ilmu, penyelidikan dan pemikirannya.
Kita akan berdepan krisis modal insan (human capital) tidak lama lagi jika tidak berbincang secara serius tentang masalah ini sekarang. Atau sebagaimana yang saya nyatakan di atas, kita memang sudah dijangkiti penyakit 'ignorance'?
Penulis adalah graduan Bachelor of Teachership (Pendidikan Jasmani) dari IPG Kampus Ipoh (2009).
Sumber: school of thoughts
p/s: apa pendapat anda?
18 comments:
mmg brani btol la post kali ni.. syaja'ah.. keep it up..
like3~~
wow.. dasat post nih,, nk respon lah.. err..nk jd pmbgkang ke pncadang yekk.. ermm..let me bangkak this post:
jangan berani menentang..! kita ada hak.. tapi pentadbir juga ada hak. kita sama2 menunaikan hak masing2..kan harmoni cmtu..xperlu ada provokasi yang mengecam tindakan pntadbir pon.. lagi satu, kita di institut latihan.. totally tak sama ngn universiti, so, please.. buang tanggapan nk mnyamakan antara 2 IPT ni..klw nk bandingkan jugak.. bndingkan dgn kolej sains kesihatan bersekutu (kolej perubatan), pusat latihan polis..dan seangkatan. tempat2 nih yang sama ngn IPG.. tujuannya: melahirkan generasi baru mgikut bidang masing2..
sambungan;
jgn samakan kita dengan universiti yang lain...
kita tak samaaaa...!
p/s boleh jadi pmbangkang tak aku..?
satu pandangan yang berani...
akak setuju sebab akak tahu situasinya..
lama mana kita nk berada di takuk lama?
hnya org yang mengetahui situasi akan tahu hal yg sebenarnya...
wallahualam...
3: 1 mar... haha...
tujuannya: melahirkan generasi baru mgikut bidang masing2...
awat? lain ka lpasan guru ngan lepasan u? guru = robot, u = not so bebas.. gitu?
provokasi dan diskusi adalah dua menatang berbeza mar. provokasi ap ang maksudkan? ada ka plajar bwk senjata p berdemo? menyuarakan pndapat dan ikut tanpa kerelaan adalah dua terma berbeza
plajar kna ikut peraturan, pntadbir pon kna dgr suara depa tnpa trlalu mengekang..
=)
totally not the same lah lepasan guru ngn lepasan u ofcoz..! [asal len macam lak bahasa aku nih, wteva!]
1.mksud aku ikut bidang masing2, klw IPG jadi cikgu - didik anak bngsa.. PULAPOL- jadi polis - jaga keselamatan negara
Kolej Perubatan- jadi MA - kje kat spital, tolong org sakit..
golongan nih memerlukan latihan.. dan tak perlu lah nk kecoh2 klw ada sebrang tindakan atw arahn y kita kena ikut dr pntadbir... aggap ianya ialah satu latihan... [patriotik giler aku, yes!!]
2.cara penulisan post nih, seolah2 memprovoke orang y tak tahu, tak kenal , tak faham situasi sebenar di IPG.. ko endiri setuju plajar kena ikut peraturan, ape lagi maslahnya..? pentadbir mengekang? aku tak pernah rasa pon kekangan tuh...! [hihi..] kita masih di bawah 1 bumbung y sama... klw ada y boleh hidup dengan 'okey jer'.. kenapa tak kau..? haha... [lagi sekali, yess!]
nota dr pmbngkang.. woha!
1. penulisan asal ni ada bias ke mana2 ka? bc smpai abes bro... katanya mindset yg dilahirkan.. suka hati dia la. xkisah la kau dr mana pon, PULAPOL ke, IPG ke, katanya dr segi 'krisis modal insan' bukan masalah kau polis ke plajar u!! LEBIH2 lg guru sbg pengajar..
2. anggap sbg latihan la sgt.. ang xrasa kekangan 2h lantak ang la, ang p masuk pndapat peribadi ang lantak ang la, wateva! post ini skdr menyatakan pndapat2 manusia, ak xprnah mnx ang stuju or bangkang pon, kalo ang pilih mana2 ak duli apa. suara ang suara ang. suara pndapat kira provoke, suara pndapat provoke... byk cantik ang. perlu ke dia hidup dlm kalangan untuk beri pndapat, pastu kalo stuju dgn ang provoke? abes 2h golongan2 pemerhati politik luar negara xtggal kt malaysia pon xleh bg pndapat la akan situasi politik malaysia? kalo ahli ekonomi luar negara pon xleh bg pndapat la masalah ekonomi dlm negara kita, krn apa > dia xtinggal sebumbung. nonsense! ak stuju pd peraturan yg melibatkan kebaikan semua setelah smua stuju, bukannya main hntam sbelah pihak menyusahkan pihak lain. ada paham?
ang paham xpaham wateva!
=)
aku dah try baca ngn nada y lebih sopan.. tak boleh!! nada komen tu sesuai dibaca dlm keadaan tgh lapa dan baru bgun tido..haaa..
weh,hg jgn marah kat aku lak..susah la jadi pembangkang topik nih wei.. memng takleh nk bangkang dah.. habes point dah aku nk tolong bekap IPG..woha! hahaha..
undur pmbngkang 1~ [dipersilakan pmbngkan kedua dr pihak pmbngkang utk mmbgkang]
maraa? xdak la.. xleh marah nanti kna jual.
biasa la brdebat. msti la srius kan. ngeee~
post mcm ni pon ak bc sambil makan kurma.. er, maksud ak malam.. tp bukan makan kek birthday la +D
hapanya pembangkang ngan pyokong. kita penganalisa ja. ehe.
(xaci la line laju, pya la payah ak taip takut xleh post.)
lah..nk berdebat kena la ada pmbgkng ngn pnyokong...baru masing2 ada stand..hahaha..
satu je la aku nk tmbh..
life kat IPG memang best! woha!
[nk line laju, g mintak kat pntadbir..hahaha]
"life kat IPG memang best! woha!"
siraman yg menyegarkan.
kalo xbest xdak la ak trperangkap kt pra lagi. hehe.
"nk line laju, g mintak kat pntadbir"
i like it!
Bismillahirrohmanirrohim...
dah lama nak komen, baru ari ni jari2 ni menari2 atas keyboard menulis pendapat yang berlegar diminda...
cuba renung ayat kat bawah ni yang ana amek direct dari teks...
"Tetapi lebih dahsyat dari itu, IPG - sebuah institusi rekaan kerajaan yang kononnya ala-universiti; tempat merekrut para guru dan pendidik yang fungsinya nanti sebagai 'frontline' sistem pendidikan, jauh lebih primitif dari sisi budaya ilmu, penyelidikan dan pemikirannya.
Kita akan berdepan krisis modal insan (human capital) tidak lama lagi jika tidak berbincang secara serius tentang masalah ini sekarang. Atau sebagaimana yang saya nyatakan di atas, kita memang sudah dijangkiti penyakit 'ignorance'?"
ana suka nak highlight yang guru adalah frontline dalam sistem pendidikan... kita lihat budaya dan sistem yang ada di IPG... content sangat kurang... yang diemphasisekan cara nak mengajar.. memang la kita punya degree ialah pendidikan... tapi x guna tau cara nak ajar, tapi ilmu x dak... nak ajar ape kat student..?? bile mende tu jadi, macam mana nak lahirkan modal insan yang sering dicanang2kan...
pastu, ape akan jadi pada generasi akan datang? adakah akan lahirnya satu genersi yang kurang ilmunya dan cetek akhlaknya? situasi yang ada sekarang sangat3x menakutkan... oh tidak......
IPG sangat BERBEZA dengan U... yes, thats true... terlalu banyak beza...
kalau kita tengok, brapa banyak RnD yang diconduct melibatkan pelatih sendiri dengan bimbingan pensyarah? boleh dikatakan, kita blaja mende yg sama... pusing2 kot tu jugak... kalau ada pon stakat memenuhi syarat ja... too little of invention.. kalau ada pon bleh bilang... ni yg stakat ni yg ana nampak... kalau salah tolong betulkan...
for me, pihak management perlu dengar suara PELATIH IPG... dengar x bermakna manjakan pelatih dengan beri apa yg depa nak, tapi bukak ruang untuk mendengar suara mahasiswa...be more open! coz kite yang nak blajar dan mengajar... cabaran pon x sama macam org dulu... so, cara pon kene berubah... please la... berpijak dibumi yang nyata... dunia dah berubah...
p/s: "didiklah anak2mu mengikut zamannya"....
like komen syfqah di ats..!
SYABASSS........
saya cadangkan kita wujudkan SUARA MAHASISWA IPGM untuk membincangkan hala tuju pendidikan di IPG... =)
Artikel ini dah lama di tulis. Syabas.
Tetapi.. sehingga kini 2014. Penulis kononnya pelajar perguruan tidak berjaya membawa atau menggugahkan JPP di IPG menjadi JPP yang berani dan positif bersuara.
Utk pngetahuan.. dahulu Maktab lebih hebat. Suara Persatuan Guru Pelatihnya sehebat halilintar. Bukan shaja dlm maktab tetapi turut dihormati oleh MPP universiti. Malah kalau berbengkel atau berseminar.. pelajar maktab tidak pernah ketinggalan dari menjadi pencetus yang dihormati.
Pelajar maktab dahulu memang lantag bersuara.. yang bagusnya mereka mereka bersuara di laluan yang betul. Tidak bersorak merata2 mencari publisiti. Salah maktab kah.. sedangkan maktab dahulu lebih daif dari sekarang.
Maka.. pikio pikio kan lah.
Post a Comment