Showing posts with label ICT. Show all posts

Shortcut Virus Remover

Selalunya pada musim-musim assignment ini, banyaklah masalah berkaitan laptop yang akan muncul. Kadang-kadang disebabkan virus, masalah perisian dan sebagainya. Pernahkah anda diserang virus shortcut? Munculnya shotcut yang pelik-pelik samada dalam komputer anda mahupun hard disk dan pendrive anda? Malah lebih menyakitkan hati kalau files anda dijangkiti sama, menyebabkannya terhidden dan sebagainya. Antivirus boleh scan, tetapi masih gagal membuangnya. Untuk mendapatkan kembali files berkenaan, saya menggunakan cara manual yang memakan masa. Anda boleh menggunakan perisian ini:



Perisian ini dibangunkan oleh anak muda tempatan dari UiTM selain menggunakan cara manual yang agak sukar. Sokonglah produk-produk anak muda Malaysia!

Software Updates

Perhatian. Berikut merupakan kemaskini perisian yang anda boleh lakukan secara percuma untuk perisian yang lebih stabil dan memudahkan tugasan anda.

Internet Download Manager: Versi terbaru 6.07 Build 7 August 01 2011 (menampilkan rupa dan options yang baru)

Google Chrome: Versi terbaru 13.0.782.107 (membawakan lebih 5200 semakan dan juga fungsi baru instant pages rendering, yang mana tetingkap akan load page terlebih dahulu tanpa anda perlu menekan enter, selain fungsi baru untuk anda mencetak dokumen berformatkan pdf)

Mozilla Firefox: Versi terbaru 5.0.1


Teruskan bersama untuk lebih info mengenai dunia teknologi anda.

p/s: akan datang - 10 ura-ura mengenai microsoft windows 8 yang akan menyebabkan apple gigit jari. nantikan pendedahannya...

Online Storage for K19

Assalamualaikum.

Memandangkan kelas kita amat memerlukan satu medium untuk berkongsi files dan sebagainya, saya telah mencari pelbagai alternatif untuk memudahkan perkongsian files antara kita, buat sementara waktu ini, yang mana wifi IPG masih tidak membuat sekatan. Jika selepas ini sekatan telah dibuat semula, saya akan beritahu aternatif yang lain pula, Insya Allah. Sehubungan itu, berikut merupakan beberapa laman web untuk storan percuma dalam talian dan kegunaannya, untuk kebaikan kita bersama.


Gumuu: Menarik, produk tempatan. Akaun kelas sudah saya hasilkan. Anda juga boleh muatnaik video dan muzik, tanpa sekatan daripada wifi IPG. Kelemahan yang agak ketara ialah berserabut, memandangkan fungsi folder dan subfolder tidak ada.

Yahoo Group K19: Seperti pembelajaran English oleh Puan Zalilah. Ringkas, ada fungsi folder dan subfolder. User boleh muatnaik dan muat turun. Cuma kelemahannya ialah saiz documen yang boleh dimuatnaik amat-amatlah terbatas. Akaun kelas sudah saya hasilkan, namun file tidak dapat dimuatnaik kerana saiz yang amat kecil sahaja diperlukan, sekitar 500kb.

Opendrive: Baru saya temui tadi. Ringkas, elegan dan menarik. Sama seperti laman-laman di atas, mungkin terbatas untuk muatnaik video sahaja. Dengan storan berkapasiti 5Gb, tiada masalah untuk berkongsi files. Mungkin memerlukan talian internet yang agak laju memandangkan penggunaan shockwave script dan java diperlukan untuk muatnaik file, sememangnya opendrive adalah pilihan terbaik buat masa sekarang. Akaun telah saya hasilkan, dengan username muttaqin, dan password (sila minta dari saya). Nota-nota untuk subjek-subjek semester 2 telah saya muatnaik.

Mydrive: Juga sama fungsi seperti opendrive, namun storan yang lebih kecil, 2Gb. Masih dalam peringkat percubaan buat saya, dan saya masih menghadapi masalah java untuk muatnaik, mungkin disebabkan talian internet yang agak lembab sekarang. Insya Allah, nota-nota untuk semester 2 ini akan saya selesai muatnaik hari ini juga.


p/s: siap sedia untuk kemaskini fail-fail dari dahulu sehingga sem depan untuk kegunaan ijazah yang memerlukan audit, insya Allah. sediakan payung sebelum hujan.

Pikom PC Fair



PIKOM PC Fair 2011
20-22 May 2011
Indera Mulia Stadium, Ipoh


click to enlarge


booth location

Register now for mystery gift during the event: http://cv2.com.my/pikom/Web/Web/php/Reg.php


Hardware Komputer



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

K19 dengan ini melangkah setapak lagi dengan penambahan iklan baharu. Di sini sukacita dimaklumkan bahawa anda boleh mendapatkan maklumat tentang hardware komputer seperti windows seven OEM, RAM, external hard disk, kaspersky internet security, dan lain-lain lagi serta boleh memesannya terus dari saya, insya Allah. Barang akan dihantarkan terus kepada anda, bergantung kepada permintaan dan stok yang ada. 

p/s: majulah asatizah untuk agama =)

Tips Penjagaan Laptop

Penggunaan komputer notebook menjadi sangat praktikal kerana keupayaannya untuk dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan tanpa memerlukan soket elektrik. Sesetengah komputer notebook yang terkini boleh bertahan selama hampir 4 jam dengan menggunakan bateri. Namun begitu, sekiranya anda perlu menggunakan komputer notebook untuk jangka masa yang panjang di satu-satu tempat di mana punca elektrik tidak didapati atau anda tertinggal adapter kuasa untuk komputer notebook anda, tips-tips berikut mungkin boleh membantu:

1. Penjagaan bateri dengan baik.

Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakansecara maksimum sebelum dicas semula. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyambungkan soket kuasa kepada komputer notebook hanya apabila amaran low battery diberikan walaupun soket kuasa boleh didapati di tempat kerja. Secara mudah, habiskan
kuasa bateri anda dahulu dan baru gunakan soket kuasa.

2. Lakukan defragmentation secara berkala.

Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ianya tersusun rapi dan berada dalam kedudukuan yang berhampiran di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga untuk hard disk dapat dikurangkan. Sebaiknya, lakukan
disk defragmenter pada kadar seminggu atau dua minggu sekali.

Untuk melakukannya, klik Start Menu – All Program – Accessories – System Tools – Disk Defragmenter, dan gunakan paparan yang disediakan.

3. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan komputer.

Kebiasaannya, pengguna komputer akan memilih untuk menggunakan pilihan Shut Down untuk memadamkan komputer. Selain daripada Shut Down, komputer juga sebenarnya boleh dipadamkan menggunakan pilihan Hibernate.

Shut Down berfungsi menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer sebelum memadamkan kuasanya. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, semua aplikasi yang perlu dijalankan oleh sesebuah komputer termasuk antivirus, rangkaian dan aplikasi pejabat dihidupkan semasa proses booting iaitu semasa komputer baru dihidupkan. Proses mengaktifkan kembali kesemua aplikasi yang diperlukan oleh komputer kadang kala mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

Hibernate pula berfungsi dengan menyimpan maklumat mengenai kedudukan terakhir aplikasi-aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum ianya dipadamkan. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak perlu memulakan semula semua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya sistem akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer
dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.

Analoginya, ia umpama kita menyimpan permainan komputer pada peringkat tertentu supaya apabila kita hendak bermain permainan tersebut pada keesokan harinya, kita tidak perlu bermain semula dari peringkat pertama sebaliknya kita boleh menyambung pada peringkat yang telah kita tamatkan. Ianya menjimatkan masa booting dan apabila menyentuh tentang penjimatan masa, ianya sudah pasti juga menjimatkan bateri.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa penggunaan Hibernate menggunakan sedikit ruang hard disk untuk menyimpan maklumat. Tidak banyak, lebih kurang 200 – 500MB sahaja berbanding jumlah minimum 80GB yang dipunyai oleh komputer baru yang paling asas di pasaran pada hari ini.

Memaksimumkan penggunaan bateri.

4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness).

Kecerahan skrin boleh mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan skrin, semakin tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

5. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.

Pada waktu yang memerlukan penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan lagu sebagai hiburan ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan untuk speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga penggunaan disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi memindahkan data ke dalam CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.

6. Laraskan Power Option.

Power Option boleh dilaraskan untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaik di saat-saat yang diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control Panel Bagi pengguna biasa, tetapkan Power Options kepada Laptop / Portable atau pilihan yang lebih baik. Sekiranya anda lebih mahir, laraskan tempoh yang optimum berdasarkan penggunaan anda untuk komputer memadamkan skrin, hard disk serta masuk ke mod standby dan hibernate.

7. Padamkan fungsi Wi-Fi.

Kebanyakan pengeluar komputer notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan setiap kali komputer dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga kerana kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan tenaga yang banyak.

8. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan.

Elakkan membuka banyak aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan tetapi dibiarkan aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan oleh sistem dan kadang kala menggunakan processor. Dalam keadaan ini, processor akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM yang terhad dan akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.

9. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB.

Peralatan tambahan seperti speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri telefon dan sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari komputer melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan-peralatan sedemikian perlu dielakkan sekiranya keutamaan pada satu-satu masa adalah untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

10. Gunakan fungsi sleep dan hibernate dengan betul.

Satu lagi fungsi yang boleh menjimatkan penggunaan bateri komputer ialah Sleep. Fungsi Sleep berfungsi dengan meletakkan komputer pada keadaan tidak berfungsi tetapi masih hidup bagi menjimatkan penggunaan bateri. Ianya sangat efektif sekiranya pengguna tidak menggunakan komputer untuk beberapa minit dan apabila fungsi Sleep diaktifkan, semua kelengkapan komputer notebook yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti skrin dan hard disk dipadamkan manakala processor diaktifkan pada kadar yang paling minimum.

Aplikasi Internet Download Manager

Pada peringkat permulaan ini, ana akan kongsikan satu aplikasi yang harus dimiliki oleh setiap pengguna komputer, iaitu internet download manager. Aplikasi ini amat penting kerana penggunaan aplikasi ini akan memudahkan proses memuat turun fail, dokumen, aplikasi dan program-program lain. Bagi pelajar-pelajar dan mahasiswa pula, aplikasi ini begitu popular bagi mereka yang digelar 'kaki download' filem dan lain-lain kerana aplikasi ini mempercepat proses memuat turun (mengikut kelajuan capaian internet). Berbeza dengan torrent, aplikasi ini diketahui sebagai yang terpantas dan termudah untuk proses muat turun. Antara hostings terkenal yang sering diakses untuk menggunakan aplikasi ini bagi tujuan memuat turun antaranya ialah mediafire, megaupload, rapidshare, hotfile, dan sebagainya. Aplikasi ini boleh didapati bersama patch di sini. Pakej All-In-One turut disertakan bagi memudahkan proses lain, dan ana akan terangkan dengan lebih lanjut nanti.

Menginstall Aplikasi

Setelah memuat turun aplikasi berkenaan, klik dua kali dan teruskan dengan proses peng'installation' seperti biasa. Sebelum anda menekan butang finish, klik dua kali pada patch (crack) dan klik butang patch. Mudah bukan? Selepas itu anda bolehlah menggunakan aplikasi ini setelah diintegratekan ke dalam browser mozilla firefox. Perlu diingatkan, aplikasi ini berfungsi dengan sebaik mungkin menggunakan browser mozilla firefox

Jenis-jenis Fail

Untuk memuat turun fail-fail atau apa sahaja di laman web menggunakan aplikasi ini, anda perlulah tahu format fail ataupun program berkenaan seperti .doc, .mp3, .001, .jpeg dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan, anda, buka aplikasi berkenaan di sistem tray, klik option > file types, dan isikan sahaja semua ini untuk file types: 




3GP 7Z A0* A1* AAC ACE AIF ARJ ASF AVI BIN BZ2 EXE GZ GZIP IMG ISO LZH M4A M4V MOV MP3 MP4 MPA MPE MPEG MPG MSI MSU OGG PDF PLJ PPS PPT QT R0* R1* RA RAR RM SEA SIT SITX TAR TIF TIFF WAV WMA WMV Z ZIP DOC 001 002 003 004 005 MKV FLV THEMEPACK SSA

Untuk tambahan, anda bolehlah mengisi sendiri jenis format yang anda ingin muat turun tersebut.

Melajukan Kelajuan Muat Turun

Untuk melajukan lagi kelajuan memuat turun anda (bergantung juga kepada kelajuan capaian internet), buka aplikasi berkenaan, klik option > connection, dan isi maklumat seperti yang tertera, dan klik ok:




Selamat mencuba!