Showing posts with label ulama'. Show all posts

Ustaz Fadzil Nor


Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. 

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah. 

Pendidikan 

Sejarah awal pendidikan Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962. 

Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. 

Perkahwinan 

Dato' Hj Fadzil Mohd. Noor telah mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Datin Hajjah Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Setar, Kedah. Kemudian setelah berkahwin turut bersama melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar bersama suaminya. 

Hasil perkahwinan beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna'izzah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. 

Bakat Kepimpinan 

Sememangnya diakui bahawa beliau memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Bakat kepimpinan beliau mula terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya ketika menuntut di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. 

Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). 

Perkhidmatan 

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah bahagian pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. 

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. 

Walau bagaimanapun, pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau telah meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS. 

Aktiviti Kemasyarakatan 

Selain aktif dalam politik, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Negeri Kedah. 

Beliau pernah menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan memegang jawatan Setiausaha Penerangan Pertubuhan itu tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden Abim apabila Presiden ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA. 

Sepanjang penglibatan dalam Abim, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974. 

Penglibatan dalam Politik 

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai Exco PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah meyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983. 

Tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS tahun 1989 sehingga sekarang dengan gelaran Presiden PAS. 

Pembabitan awal Dato' Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. 

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN kawasan tersebut. 

Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan raya Umum 1995. 

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd. Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Hj. Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. 

Dan yang terbaru ialah dalam pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, beliau berjaya mengalahkan calon BN, Dato' Othman Abdul di Parlimen Pendang dengan majoriti 19,474. Dan di DUN Anak Bukit dengan majoriti 1,480 dengan mengalahkan calon BN. Dato' Hasbullah Hasnan Kamaruddin. Kemenangan beliau buat pertama kalinya di kawasan Parlimen telah disusuli oleh 26 lagi wakil PAS. 

Dan beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Manakala di DUN Kedah pula telah disusuli oleh 11 lagi wakil menjadikan wakil PAS di SUN Kedah seramai 12 orang sebelum kemenangan calon KeADILan, Saifudin Nasution Ismail di DUN Lunas dalam pilihanraya kecil akhir tahun 2000 yang lalu. Dengan kemenagan calon BA di DUN Lunas itu menjadikan wakil BA di DUN Kedah seramai 13 orang. Dan kerajaan negeri Kedah kehilangan suara 2/3 di dalam DUN Kedah. 

Jasa 

Dengan pengalaman dan jasanya yang banyak kepada rakyat, beliau telah dianugerahkan pingat Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), oleh Sultan Kedah pada tahun 1997, yang membawa gelaran Dato'. Hingga sekarang Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor masih lagi menerajui kepimpinan PAS dan diamanahkan sebagai Presiden parti. 

Penghormatan Terakhir Kepada Ustaz Fadzil

Catatan Kronologi 20 & 21 Jun 2002 

Hari ini adalah hari sedih buat pendokong BA serta para pejuang Islam di Malaysia serta Dunia dengan pemergian seorang mujahid Islam menemui Allah swt. 

Allahyarham Datuk Hj. Fadhil Nor telah kembali kerahmatullah untuk selamanya. Dari Seorang anak desa, Allahyarham telah berjaya menjadi pemimpin ISLAM yang digeruni di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Kini semuanya meninggalkan kenangan pahit dan manis sepanjang hayat beliau. Kini kita semua kehilangan seorang pemimpin perjuangan ISLAM di Alaf Baru ini tapi percayalah ada hikmah disebalik berita sedih buat kita semua.

10.30 malam - berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima. 
1.30 pagi - keadaan Allahyarham dapat distabilkan. 
7.00 pagi - berita Allahyarham sedang nazak telah diterima. 
10.30 pagi - berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM. 
11.30 pagi - jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM. 
12.30 petang - jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya. 
12.45 petang - jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya. 
1.45 petang - rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya. 
2.30 petang - jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang. 
2.55 petang - jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang. 
3.15 petang - maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh. 
4.40 petang - memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas. 
6.00 petang -jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena. 
7.00 petang - dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. 
7.45 malam - selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham. 
8.30 malam - maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut. 
9.15 malam - jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum. 
9.30 malam - jenazah selamat dikebumikan. 
10.00 malam - upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum. 
10.30 malam - rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham. 
11.00 malam - kami keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada kami melalui jalan lain. 


100,000 ziarahi jenazah Presiden PAS di Darul Ulum

ALOR SETAR, 24 Jun (Hrkh) - Lebih 100,000 membanjiri kawasan Muassasah Darul Ulum Pokok Sena bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden PAS Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor malam tadi.

Orang ramai yang datang dari seluruh pelusuk negara mula membanjiri Muassasah Darul Ulum pada jam 12 tengahari sebaik sahaja mendapat berita yang menyedihkan itu dan jalan yang menuju ke Muassasah dari Alor Setar mula sesak pada jam 3 petang. Selepas itu jalan duahala sejauh kira-kira 20 km itu penuh sesak dengan kenderaan yang menuju ke situ dan beribu-ribu kenderaan terkandas sehingga jam 11 malam malam. 
Menurut penduduk sekitar Pokok Sena, inilah kali pertama berlaku dalam sejarah jalanraya menuju ke pekan itu sesak.

Akibat dari kesesakan itu beberapa pimpinan PAS termasuk Mussyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Dato’ Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Ustaz Nasaruddin Md. Isa terpaksa dibawa dengan motosikal sejauh kira-kira 6 km ke Muassasah Darul Ulum.

Sementara itu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas kira-kira lima ribu orang telah mula menunggu ketibaan jenazah Ustaz Fadzil sejak jam 1 tengahari.

Pemimpin PAS yang menunggu ketibaan jenazah beliau di sini ialah Timbalan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Awang dan Ustaz Idris Omar yang tiba pada jam 4.30 petang dengan pesawat MAS, Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Tuan Haji Mustafa Long, Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Haji Mohd. Muslim Othman, Ketua Penerangan Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Azmin Ali.

Manakala antara pemimpin Umno yang turut berada di situ ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Zainal Abidjn Zain, Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Shahidan Kasim dan Exco Kedah Rosnah Majid. 
Jenazah Ustaz Fadzil yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia tiba bersama pimpinan PAS pada jam kira-kira 5.30 dan terus dibawa ke Muassah Darul Ulum dengan ambulan milik Pusat Khidmat Wakil Rakyat PAS Kawasan Pendang.

Jenazah beliau yang diiringi kereta peronda polis telah tiba di Muassasah di bawa ke rumah beliau untuk tatapan terakhir ahli keluarga sebelum di usung ke dalam musolla yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Di dalam musolla tersebut, jenazahnya di tempatkan ditengah-tengah musolla untuk memberi peluang kepada ribuan ahli dan penyokong PAS menziarahi pemimpin PAS itu.

Pada jam 9.00 malam jenazah beliau telah disembahyangkan dengan diimamkan oleh Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan bacaan talkin disempurnakan oleh Sheikh Mohammad Abdullah 

Cacatan perjalanan: 100 ribu rakyat mengiringi perjalanan terakhir pejuang agama. 
Oleh Helme Hanafi 

Seorang sahabat memberitahu keadaan Datuk Fadzil Nor tenat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) malam Sabtu 22 Jun lalu. Saya terasa getar pada suaranya yang seolah-olah memberitahu supaya segera ke HUKM. Tanpa lengah saya menghubungi Naib Ketua Pemuda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan memaklumkan keadaan terkini Datuk Fadzil. 

Beliau ketika itu sedang menikmati makan malam di Bangsar bergegas menyemput saya dan seorang lagi sahabat di Bukit Melawati. Bertiga kami pergi ke HUKM dan sebaik tiba terserempak dengan Dr Mohd Nur Manuty yang berjalan keluar dari hospital diringgi oleh Datuk Dr Hassan Ali serta keluarga. Kami bersalaman dan bertanya khabar terkini Datuk Fadzil dan diberitahu keadaan beliau ketika itu stabil. "Tadi lepas Maghrib kuman masuk dalam darah jadi keadaan kritikal sikit tapi sekarang Alhamdulilah kembali stabil,"kata Dr Mohd Nur dan diakui oleh Dr Hassan Ali. 

Selepas berbual seketika, kami minta diri untuk masuk ke HUKM. Kemudian kami bertembung pula dengan bekas Presiden ABIM pertama, Dr Razali Nawawi yang diiringgi oleh beberapa orang keluar dari HUKM. Selepas bertanya khabar, berpelukan kami melangkah masuk mencari bilik rawatan Datuk Fadzil. Kedatangan kami disambut oleh Setiausaha Agung PAS, Ust Nasaruddin Mat Isa dan Setiausaha Politik kepada Datuk Fadzil, Dr Hatta Ramli. 

Di balkoni sebelum masuk ke bilik rawatan terdapat juga anak lelaki Datuk Fadzil yang kelihatan tenang memberitahu ayahnya telah kembali stabil selain beberapa lain kenalan rapat Presiden PAS tersebut. Kerana kedatangan saya pada malam itu bukan diatas arahan atau tugas mencari berita, jadi saya hanya berbual-bual dengan Dr Hatta dan mendengar cerita dari Ust Nasaruddin. 

Cerita perletakan jawatan Dr Mahathir yang kemudian ditarik balik menjadi bahan berlucu kami malam itu. Kami pulang ke rumah masing-masing setelah jam menunjukkan pukul 3 pagi. Pukul 10.50 pagi 23 Jun lalu, Shamsul orang pertama menelifon saya memberitahu bahawa Datuk Fadzil Nor telah kembali ke Rahmatullah. Dalam keadaan terkejut saya menghubungi seorang sahabat dan beliau menyuruh saya bersiap untuk ke HUKM. 

Dari jauh saya perhatikan perkarangan HUKM telah dipenuhi oleh orang ramai. Sebaik tiba saya lihat Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar memberitahu orang ramai bahawa jenazah akan dikebumikan di Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. "Sesiapa yang hendak ke Kedah boleh bertolak sekarang kerana jenazah akan diterbangkan terus ke Alor Setar,"kata Mahfuz kepada orang ramai. Pemimpin PAS, Keadilan, Umno, dan orang ramai bercampur baur. 

Di celah-celah orang ramai itu saya terpandang 'boss' saya, Pak Khalid Jaafar dan peguam muda Yusmadi Yusuf. Saya pergi bertemu beliau dan diberitahu supaya bersiap untuk menghadiri upacara perkebumian Datuk Fadzil Nor di Muasasah Darul Ulum, Kedah. Ketika kereta kami memasuki pekan Alor Setar jam menunjukkan pukul 5.40 petang. Kami sememangnya menjangkakan kesesakan lalu lintas tapi yang memeranjatkan adalah kesesakan tersebut bermula kira-kira 11 Kilometar dari Muasasah. 

Kereta bergerak perlahan dengan di kiri-kanan jalan penunggang motosikal asyik mencelah mencari ruang kosong. Selepas 3 kilometar bersesak-sesak, kami benar-benar terperangkap akhirnya setelah melihat beberapa pemimpin mula berjalan kaki, kami mengambil keputusan untuk berjalan sama. 

Ribuan orang dengan kenderaan terperangkap dan hanya penunggang motorsikal sahaja yang bergerak. Saya lihat Pak Khalid menahan seorang penunggang motorsikal, bercakap seketika dan membonceng motorsikal tersebut diikuti oleh YB Azmin Ali dan beberapa orang lagi. Ketika itu saya diberitahu jarak Muasasah Darul Ulum dengan tempat kami berjalan kira-kira 7 kilometar. 

Setelah berjalan lebih satu kilometer saya lihat bekas Yang diPertuan Persatuam Ulama Malaysia, Ust Ahmad Awang turut terperangkap dalam kereta yang dinaikinya. Ketika itu, ada sebuah motorsikal berhenti dan bertanya samada saya ingin menumpang beliau. Lelaki lewat 50 an yang masih gagah itu bercerita bahawa beliau adalah orang kampung Pokok Sena. Katanya inilah kali pertama beliau lihat orang seramai ini. 

"Ceramah besar selalu ada, tapi ini kali pertama pak cik tengok orang terlalu ramai,"katanya yang bercerita bahawa pada petang itu beliau berulang-alik berkali-kali untuk menumpangkan orang ke muasasah. "Ust Fadzil orang yang baik hati, dia jumpa kita kat mana pun angkat tangan, tak pernah sombong,"katanya dengan lohgat kedah yang pekat. 

"Ust Fadzil minta kalau dia meninggal tanam kat sini (muasasah), dulu Pokok Sena ini orang tak mai, tempat jin bertendang, tapi Ust Fadzil beli tanah berpuluh ekar, buat muasasah, buat tempat ceramah,"katanya penuh dalam remang-remang senja petang itu. "Anak pak cik mengaji kat muasasah tu, lepas nie boleh sambung pi Mesir, Al-Azhar. 

Ust Fadzil la yang suruh buat muasasah tu dulu. Kami orang kampung terhutang budi dengan Ustaz (Fadzil) kalau tak sebab dia mana ada orang Kuala Lumpur sampai kat Jabi (nama kampung), mana ada orang nak peduli dengan kami,"kata beliau yang sanggub berulang-alik dengan motorsikal 'uzur' yang menghantar orang ramai ke muasasah. 

Saya tiba di muasasah tapi tidak boleh masuk untuk melihat jenazah kerana orang terlalu ramai. Ketika itu saya terbayang betapa Datuk Fadzil Nor disayangi oleh rakyat Malaysia dan orang Kedah terutamanya. Saya lihat surau besar di muasasah dipenuhi dengan orang yang membaca Al-Quran, bertahlil dan berzikir. Puluhan ribu lagi di luar terperangkap dalam kesesakan luar biasa di Pokok Sena. 

Ketika Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berucap, beliau berkata, PAS telah kehilangan ramai pimpinan. Di seluruh Malaysia tapi inilah kali pertama dia melihat bagaimana ratusan ribu orang hadir ke majlis perkebumian seorang pemimpin PAS. "Ini membuktikan perjuangan beliau telah berjaya menyakinkan orang ramai. Orang ramai terhutang budi dengan pemimpin berjiwa besar seperti beliau,"kata Tuan Guru Nik Aziz sebelum mengimamkan jenazah Allahyarham Ust Datuk Fadzil Nor. 

Allahyarham sepanjang hayatnya adalah pejuang yang gigih, sabar, komited dan sederhana. Demi kepentingan perjuangan Datuk Fadzil Nor akan bersahabat dengan sesiapa sahaja walaupun orang itu dulu adalah lawan beliau. Sifat tidak berdendam menjadikan beliau dihormati oleh kawan dan segani oleh lawan. Semoga Rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Pilot Bawa Jenazah Allahyarham Peluk Islam:

Bediuzzaman Said Nursi


Seorang tokoh islam yang terkenal dengan penulisan Risale-i Nur. Satu hasil penulisan yang penting sekaligus memberikan impak yang besar kepada sesiapa sahaja yang mengkajinya. Beliau dilahirkan dalam tahun 1877 di Nurs, sebuah kawasan di Tenggara Anatolia. Kemampuan beliau dalam menelaah sungguh menakjubkan sehingga pada umur 16 tahun, beliau sudah diberikan gelaran Bediuzzaman yang bermaksud Keunggulan Zaman. Ini kerana beliau sudah mampu menewaskan ulama-ulama yang ada ketika itu dalam perbahasan-perbahasan yang diadakan. Dalam proses pembelajaran beliau, beliau telah mempelajari akan perlunya satu sistem pendidikan yang menyeluruh dibentuk di Turki menggantikan sistem pendidikan sedia ada

Pada 1900, kesedaran timbul dalam hatinya untuk memperjuangkan islam sepenuhnya kesan daripada parlimen british yang mengangkat al-Quran semasa persidangan, bersumpah menjauhkan umat islam daripada al-Quran. Beliau kemudian mengusulkannya kepada Sultan Abdul Hamid namun ia membawa kepada pemenjaraan beliau kerana penggunaan bahasa yang kasar semasa perjumpaan itu. Di mahkamah beliau sekali lagi bersikap sedemikian dan dihantar oleh para hakim ke pusat rawatan mental. Namun apa yang dikatakan oleh doktor yang menjalankan diagnosis bahwa jika Syed Nursi tidak siuman, maka tidak ada seorang pun yang siuman di dunia ini.

Namun, perjuangannya di tika awal ini menimbulkan penentangan terhadapnya dari pemerintah ketika itu. Beliau memperjuangkan kemerdekaan dan constituitonalism yang dilihatnya perlu mengikut hukum syariah islam. Dalam bulan-bulan seterusnya pada 1908, beliau memberikan ceramah umum berkenaan kemerdekaan, legality, pendidikan dan kesatuan di dalam artikel-artikel surat khabar dan juga di dalam kehidupan sehariannya. Beliau bergerak aktif di dalam pergerakan Ittihad-I Muhammedi(Kesatuan Muhammadan atau Persatuan Muslim Bersatu), yang mana tesk nya membawa kepada insiden 31 Mac 1909 di Turki. Ia menjadi alasan penangkapannya namun beliau dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Beliau kemudiannya mengembara ke seluruh Istanbul untuk menjelaskan perihal kepentingan konstitusi dan pembentukan semula sistem pendidikan untuk membolehkan sistem islam diterapkan dan membawa kepada pembangunan asas dan perpaduan dunia islam.

Beliau juga menerangkan idea-ideanya tentang reformasi pendidikan yang disarankan di dalam universiti yang dirancangnya. Perdebatan dan perbincangan yang beliau hadapi semasa pembentangan idea-ideanya itu dibukukan dalam dua bahagian, satu untuk para ulama yang bertajuk Munakahat(1911) dan Munazarat(1913) buat masyarakat umum.

Perjalanan beliau kemudiannya beralih ke Damsyik dimana khutbah beliau yang sangat terkenal telah disampaikan iaitu Khutbah Damsyik. Isi khutbah tersebut termasuk ramalan beliau dengan dalil bahwa islam punyai masa depan yang jelas dengan penerimaan terhadapnya yang meluas dan al-Quran diterima pakai oleh setiap insan. Selain itu beliau juga menyentuh tentang ‘ubat’ bagi penyakit hati yan hanya boleh didapati daripada al-Quran.

Cita-cita beliau untuk mendirikan Medrasatu-Zehra di Van tercapai apabila menerima biayaan daripada Istanbul untuk membinanya namun ia tidak siap kerana Perang Dunia Pertama meletus. Biayaan ini hanya diperolehinya setelah usul-usul dibuat kepada Sultan Abdul Hamid II dan kepada Sulatan Mehmed Resad. Namun usahanya yang tidka pernah padam membuahkan hasil walau cita-cita utamanya tidak tercapai.

Semasa PD1 berlaku, Bediuzzaman mengetuai pasukan tentera yang digelar ‘Tentera Bertopi Bulu’. Beliau diberi posisi Komando Regimen oleh Enver Pasya yang merupakan Ketua Komando ketika itu untuk membentuk dan mengetuai pasukannya di bahagian timur Turki. Pasukan ini digeruni oleh pihak Rusia yang mana teras pasukannya dibentuk oleh pelajar-pelajarnya yang bersemangat tinggi. Semasa peperangan sedang berjalan, beliau tidak pernah menghentikan proses pengajarannya kepada murid-muridnya. Kerana kekuatan pasukannya, mereka dijadikan pasukan tambahan semasa mempertahankan Pasinler ketika pencerobohan Rusia pada January 1916. Ketika di barisan hadapan inilah, Bediuzzaman Said Nursi menulis komentar atau tafsirannya terhadap al-Quran yang bertajuk Isharat al-’Ijaz. Pasukannya telah terlibat dalam tugas-tugas evakuasi orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak Armenian, mengumpul artileri berat dan beberapa gerakan serbuan yang diakhir peperangan membuahkan medal peperangan atas jasa-jasanya.
Pada 1918, beliau ditahan oleh pihak Rusia setelah kejatuhan Bitlis dan diletakkan di kem tahanan perang di Kosturma di Volga. Beliau berjaya melarikan diri pada musim bunga tahun yang sama dan menuju ke Istanbul. Dalam perjalanan ke Istanbul, beliau telah melawat Switzerland kerana ingin mengetahui perihal adanya kesatuan yang dibentuk di atas satu kefahaman di kalangan rakyat Switzerland. Namun apa yang ditemuinya adalah satu kesatuan yang lemah yang tidak berasaskan aqidah yang sama, tetapi hanya satu kefahaman yang sama yang berasaskan akal fikiran. Dalam perjalanan beliau ke Istanbul, beliau melalui Laut Hitam dan Tiflis, Georgia. Setibanya beliau di Istanbul pada 20 Jun 1918, tanpa pengetahuan beliau, beliau ditugaskan untuk memantau Daru’l-Hikmeti’l-Islamiye yang merupakan sebuah institusi yang mencari penyelesaian di kalangan orang-orang berpengetahuan dalam masalah-masalah berkaitan islam dan akhlak masyarakat. Namun beliau menerima tugas tersebut kerana ia mencakupi bidang akademik semata. Ketika period tersebut, beliau menulis pelbagai buku dalam menelaskan topik-topik utama agama, menerangkan kedudukan al-Quran dalam ketamadunan ketika itu, penulisan menentang penjajahan. Antara lain usaha beliau adalah menubuhkan Hilal-i Ahdar Cemiyeti (Bulan Sabit Hijau) yang menentang dan berusaha menghentikan pengagihan alkohol dan bahan ketagihan lain.

Pada 1920, Said Nursi mengalami perubahan mental dan rohani, kesan daripada pencarian dalaman yang akhirnya membawa kepada pemikiran yang meletakkan al-Quran sebagai sumber panduan hidup yang sebenar dan bebas daripada pengaruh falsafah pemikiran manusia. Di sini bermulanya satu kisah yang penting dalam sejarah hidup Said Nursi kerana ia kemudiannya membawa kepada penulisan Risale-i Nur. Pada musim luruh 1922, Said Nursi kembali ke Ankara selepas jemputan para pemimpin di sana selepas kemenangan Perang Kemerdekaan pada penghujung September.

Pada 1 November 1922, telah berlangsungnya Perhimpunan Nasional, yang menjatuhkan kesulatanan di Turki, 3 Mac 1924, jatuhnya khalifah islam, 1925 tertutupnya kubur-kubur sufi dan arahan-arahan sufi dimansuhkan, 1 Januari 1926, Kod Sivil Swiss dipakai guna di Turki, 3 November 1928, penggunaan bahasa arab diharamkan dan bahasa latin digunakan, Januari 1932, azan bahasa arab diharamkan. Semua ini berlaku di sekitar pemerintahan Mustaffa Kemal. Ketika itu, Said Nursi menerima pelbagai tawaran untuk menjadi pegawai dalam kerajaan, mengharapkan pemikirannya akan berubah. Di dalam pemerintahan Turki punyai dominasi oleh mereka yang mahukan sekulariti dan westernization. Said Nursi mengetahui bahwa ia akan hanya membawa kepada kejatuhan dan kehancuran, maka baliau ke Van pada 17 April 1923, meninggalkan Ankara kembali. Namun sebelum baliau kembali, beliau sempat meyakinkan para politikus untuk membina universiti yang diusulkannya dan diberi peruntukan sebanyak 150,000 lira. Akan tetapi, langkah itu dilihat sebagai menghidupkan islam di dalam masyarakat dan seterusnya pembinaannya dihentikan.

Di Van, Nursi mengeluarkan diri dari arena politik dan sosial, mengasingkan diri bersama beberapa orang muridnya dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kini bermulanya kehidupan baru Said Nursi, memasuki fasa kedua kehidupannya bagi yang memerhatikan perubahannya itu. Pada February 1925, beliau dibuang daerah ke barat Anatolia. Beliau dihantar ke Burdur, di mana pengajarannya mendapat sambutan dan sekali lagi beliau diasingkan. Kali ini ke Barla. Di sini bermulanya penulisan Risale-i Nur, February 1926. Hasil penulisannya yang pertama bertajuk Hari Kiamat dan Akhirat siap pada musim bunga 1926. Pada 1934, beliau dihantar kembali ke Isparta, kerana penulisannya yang bertambah dan berjaya menarik lebih ramai murid. Di Isparta, beliau di kawal dengan ketat, pergerakannya terbatas namun beliau terus menulis.

Penjara Eskisehir, April 1935. Said Nursi bersama 120 pelajarnya ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan menentang pembentukan kerajaan baru dan menjadi ahli persatuan rahsia yang mampu mengganggu gugat keamanan awam. Said Nursi di tuduh juga menggunakan agama sebagai bahan berpolitik dan meyampaikan arahan dalam konteks Sufism yang ketika itu diharamkan di Turki. Pada 1936, 96 pelajarnya dibebaskan tetapi Said Nursi dan yang lainnya dipenjarakan selama 11 bulan atas tuduhan menulis penerangan lengkap berkaitan pemakaian islam sebelum pengenalan kod sivil yang baru. Setelah dibebaskan, beliau dihantar ke Pergunungan Ilgaz, selatan Laut Hitam, di kawasan Kastamonu. Di sini, Syed Nursi diletakkan di dalam balai polis selama 3 bulan sebelum dipindahkan ke sebuah rumah yang berhadapan dengan balai polis tersebut. Namun di dalam rumah itu, beliau menerima kawalan yang amat ketat dengan kehadiran dua atau tiga pegawai polis di dalam rumah tersebut bersama-samanya dan beberapa orang pelajarnya. Di sini juga Syed Nursi menyambung penulisan Risale-i Nurnya dan pada ketika ini, penulisannya adalah masih secara rahsia. Pelajar-pelajarnya yang setia kerap datang untuk menyampaikan pesanannya kepada pelajar-pelajarnya yang berada di Isparta serta membimbing mereka dalam menyampaikan risalahnya. Penyebaran Risale-i Nur berjalan secara sulit dan dihantar oleh posmen Nur. Di sini, antara 1936-1940, beliau selesai menulis Risale-I Nur Ketiga hingga Kesembilan, yakni bahagian-bahagian dalam Risale-i Nur dan bahagian ketujuh, Tanda Yang Agung (The Supreme Sign - Ayetul-Kubra) juga selesai ditulis di sini. Bahagian ketujuh ini merupakan bahagian yang penting kerana menggambarkan pemikiran Said Nursi terhadap alam yang diperhatikannya selama 20 tahun, semenjak dari sebelum perubahannya ke dalam fasa kedua kehidupannya ini lagi.

Setelah perkembangan penentangan dilihat semakin ketara oleh pihak berkuasa Turki, mereka sekali lagi menahan Syed Nursi pada 27 September 1943. Beliau dihantar ke Penjara Denizli. Di sini, seramai 126 pelajarnya juga turut ditahan bersamanya, atas dakwaan yang sama seperti di Eskisehir; percubaan merancang penentangan pembentukan kerajaan Turki baru dan penglibatan dengan organisasi rahsia. Di penjara ini, beliau menulis Buah-Buah Keimanan(Fruits of Belief) yang mana banyak memotivasikan pelajar-pelajarnya yang turut ditahan bersamanya. Malah penulisannya juga banyak membentuk banduan-banduan yang lain di penjara itu. Pada Jun 1944, beliau dibebaskan dari Penjara Denizli tetapi terus berada di bandar Denizli sehingga datang arahan untuk beliau dihantar ke Emirdag, utara Afyon. Pihak berkuasa Turki sedaya upaya ingin meletakkan beliau di tempat-tempat yang terpancil di mana pergerakannya tidak mendapat sambutan seperti tempat-tempat yang pernah didudukinya. Beliau tetap berada di Afyon sehingga penangkapan besar-besaran ketiga ke atas pelajar-pelajarnya pada Januari 1948. Beliau sekali lagi menulis bagi memotivasikan pelajar-pelajarnya dan di sini juga beliau siap menulis Risale-I Nur. Beliau mengumpulkan koleksi Risale-I Nur dan seperti sebelumnya, pelajar-pelajarnya menyalin dengan tangan semua salinan Risale-I Nur untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar yang lain. Sehingga pada 1947, barulah mereka mencetak menggunakan mesin pencetak.

Pada tahun 1947 juga, beliau menulis surat kepada Hilmi Uran, bekas menteri dalaman Turki, memberi amaran tentang bahaya komunisma dan ideologi-ideologi sekular yang lain serta menunjukkan bahawa hanya kehidupan berlandaskan al-Quran sahaja yang akan memberikan kejayaan dan mampu menghalang perkembangan pergerakan-pergerakan itu.

Selama 20 bulan beliau ditahan di Penjara Afyon, yang mana beliau pada umur lebih 70 tahun terpaksa ditahan di dalam penjara dan terpaksa menghadapi hukuman buang negeri di merata-rata tempat yang beliau duduki. Beliau mengalami tekanan yang hebat daripada pihak berkuasa Turki pada ketika ini dan seperti biasa, beliau diasingkan daripada banduan yang lain. Antara tahun 1948-49, 50 pelajarnya ditahan lai di penjara yang sama dengan tuduhan seperti di Denizli. Walaupun keputusan Mahkamah Afyon telah dibatalkan melalui Mahkamah Rayuan, namun, pihak berkuasa Turki melakukan penangguhan pembebasan sehingga cukup tempoh hukuman yang telah dibatalkan itu. Akhirnya pada 20 September 1949, beliau telah dibebaskan dan beliau menetap di sebuah rumah sewa di Afyon bersama 3 orang pelajarnya.

Pada tahun 1950, bermulalah kehidupan Syed nursi dalam fasa ketiga. Yang mana beliau sekali lagi menampakkan perubahan pada dirinya apabila bermulanya kenaikan kuasa sekular di Turki. Pilihanraya tahun 1950 berpihak kepada parti demokrat menewaskan parti republikan rakyat yang telah memegang tampuk pemerintahan selama 25 tahun. Sebulan selepas 14 May, iaitu pada 16 Jun 1950, pihak berkuasa baru membatalakan secara sah akan pengharaman azan di dalam bahasa arab. Pada 14 Julai 1950 pula, telah diadakan pengampunan umum, di mana Syed Nursi telah turut sama dibebaskan daripada hukuman-hukuman dan ikatan-ikatan yang telah lama diletakkan ke atasnya. Dengan parti demokrat mengetuai politik Turki, kebebasan aktiviti keagamaan diberikan oleh pihak berkuasa dan parti demokrat dengan jelas menampakkan stigma penentangan terhadap komunism. Ini telah memberikan Syed Nursi peluang untuk mengikut langkah-langkah politk Turki dengan lebih teliti serta memberikan nasihat serta pandangannya di dalam pemerintahan Turki yang baru itu. Perubahan sikapnya terhadap politik inilah yang dikatakan sebagai fasa ketiga kehidupannya yang mana sebelum ini, beliau tidak menggalakan penglibatan anak muridnya di dalam politik sama sekali. Namun begitu, beliau tetap tegas di dalam aspek pengeksploitasian unsur-unsur agama di dalam berpolitik buat para pelajarnya.

Tahun 1951 melihatkan sokongan Syed Nursi kepada kerajaan Turki di dalam menghantar askar ke Korea untuk menentang komunism dan turut menghantar seorang pelajarnya ke sana. Pada Februari 1951, beliau menerima surat terima kasih daripada Vatican atas penghantaran Risale Zulfikar kepada mereka. Pada 4 Ogos 1951 juga, Presiden Celal Bayar mengumumkan pembinaan sebuah unversiti di Van yang mana Syed Nursi melihatnya sebagai pengganti universiti yang dicadangkannya dahulu. Setelah 27 tahun tidak ke Istanbul, akhirnya beliau kembali ke sana untuk memberikan jawapan ke atas pertuduhan yang diterimanya atas buku tulisan pelajarnya yang bertajuk Panduan Buat Pemuda. Namun beliau didapati tidak bersalah atas tuduhan itu. Dalam lawatannya selama 3 bulan itu juga, beliau telah melawat Partriach Greek Ortodoks Istanbul yang mana beliau inginkan kesatuan dengan orang-orang Kristian agar bersama menentang arus atheism yang semakin laju.

Pada Februari 1955, beliau menulis surat kepada Perdana Menteri dan presiden Turki atas penandatanganan Baghdad Pact sebagai langkah awal dalam mencapai keamanan di rantau itu. Tahun berikutnya, Risale-I Nur telah dibenarkan untuk diedar secara umum dan atas kebenarannya, anak muridnya mencetak koleksi Risale-I Nur. Pada ketika ini, beliau menamakannya sebagai ‘festival Risale-I Nur’.

Dari tahun 1957 sehingga 1960, beliau banyak melawat pelajar-pelajarnya yang berada di sekitar Turki. Namun kesihatan beliau semakin merosot dan ia merupakan detik-detik terakhir beliau menemui pelajar-pelajarnya untuk memberikan peringatan terakhir. Pada 23 Mac 1960, beliau meninggal dunia di Urfa dan peninggalannya hanyalah seutas jam, jubah dan beberapa alatan asas namun pelajarnya sudah mencecah ratusan ribu ketika itu dan perjuangannya memberikan lebih daripada harta-harta yang mampu dunia berikan.

Pada 27 May 1960, pemberontakan militan telah merampas kuasa dari parti demokrat dan pada 12 Julai 1960 telah memusnahkan kubur Syed Nursi. Mayat beliau kemudian di bawa ke tempat yang tidak diketahui dan ditanam semula.

Di Sebalik Jeriji Besi


Saya bantah dan nafikan ketiga-tiga tuduhan terhadap saya.Ini kerana tuduhan tersebut adalah tidak benar dan direka-reka.Tuduhan itu menghinakan nama baik perjuangan saya selama ini.

Sebelum saya menerangkan bantahan dan penafian saya, saya hendak menerangkan cara pihak polis menbuat tuduhan itu. Dari pagi 29 Januari 1965 saya telah mula disoal siasat setiap hari pada waktu-waktu pagi, petang dan malam. Paginya bermula dari jam 9 pagi dan malamnya berakhir pada jam 12 malam atau lebih.

Setiap hari sekurang-kurangnya saya digari sebanyak enam kali. Bilik kurungan lokap itu tidak cukup angin menyebabkan saya susah hendak bernafas. Kelemasan menyebabkan saya sakit dada dan bersin-bersin. Saya terasa panas pada kembuluhan nafas dan paru-paru saya. Sepanjang ditahan hingga berbelas kali saya diserang penyakit lelah. Apabila saya dibenarkan mengambil angin di luar bilik tahanan, barulah lega sedikit sesak nafas saya itu.

Doktor datang tiga hari sekali. Ia menolong supaya diganti lokap untuk saya. Bila ditukar cuma tukar tempat saya tinggal. Jenis lokapnya serupa sahaja. Kemelaratan saya terus berlaku.Suatu hari doktor memberitahu bahawa tubuh saya kekurangan air. Air liur saya pekat dan mulut kekeringan kerana saya hanya diberi minum secawan the pagi, secawan air panas masa makan tengah hari dan malam. Doktor juga pertahankan agar mereka beri saya air panas.

Kira-kira tiga hari setelah saya ditahan saya mengidap sakit gatal di celah kelangkang dan kedua belah tangan saya berkudis-kudis. Saya minta seluar dan baju baru yang tidak berganti-ganti. Saya telah terkena jangkitan kudis-kudis dari seluar yang kotor. Doktor kemudian meminta tukar seluar baju saya. Seluar dan baju itu juga hendaklah dijaga kebersihannya.

Seperkara yang mengazabkan saya adalah susah hendak buang air besar dan buang air kecil. Kadang-kadang sampai berjam-jam kena tunggu hendak buang air kecil atau buang air besar. Kerana terpaksa menunggu lama itu saya dapat sakit payah kencing, iaitu kencing tidak lawas. Bila doktor memeriksa saya, didapati saya mengidap penyakit prostatitis. Sekarang ini pun saya masih lagi menghidap penyakit ini.

Saya tidak diberi memakai kaca mata padahal dari umur 15 tahun saya telah berkaca mata,Saya tidak diberi sabun, saya tidak diberi berus gigi, Saya tidak dibenarkan membaca Quran. Malam-malam nyamuk tidak terkira banyaknya menyerang sukar sekali untuk saya tidur. Tambah lagi rasa lemas dan cemas serta sesak dada. Saya tidak dibenarkan berselipar di atas lantai simen. Tilam yang diberikan mereka kepada saya kotor dan berhabuk menyebabkan selalu saya terbersin serta pula berbau busuk dan hapak.

Selama empat hari dan empat malam saya ditanya dengan berbagai-berbagai pertanyaan dan tuduhan yang mencemarkan saya sebagai seorang pemimpin.Saya tersangat hairan dan kebingungan kerana tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan dan tidak selayaknya dituduhan kepada saya seorang ahli politik yang telah lama di gelanggang politik dan berjuang cara Perlembagaan dari 1937 lagi. Tidak pernah saya lakukan dan berniat melakukan perkara-perkara di luar Perlembagaan, peraturan kemanusiaan, Human Right dan piagam-piagam bangsa-bangsa bersatu. Segala tuduhan itu saya jawab bahawa saya tidak tahu dan mana yang patut saya nafikan saya nafikan.

Saya terperanjat mendengar pertanyaan polis bahawa saya termasuk bersama merancang exile government. Sedangkan ianya adalah suatu perkara yang tidak terlintas pun pada fikiran saya. Pertanyaan-pertanyaan itu saya kira adalah perkara yang bukan-bukan. Ia tidak sepatutnya ditanyakan kepada saya sebagai seorang tokoh politik dan ketua antara parti terbesar di Malaya. Saya telah minta kepada polis supaya beritahu secara terang dan bertulis apakah tuduhan ke atas saya. Tuduhan-tuduhan bertulis ini boleh saya jawab atau bawa saya ke mahkamah. Kadang-kadang saya disoal dengan berdiri berjam-jam dan disuruh membuka baju dan seluar.

Demikianlah soal jawab ke atas saya yang sebentar berkeras dan sebetar berlembut. Tuduhan-tuduhan yang tidak berasas semuanya saya tolak dan nafikan. Mana-mana yang saya tahu secara terus terang saya nyatakan. Soal-siasat seperti ini berjalan selama kira-kira 14 hari. Semakin hari semakin mereka menekan saya untuk mengaku bahawasaya tahu dan turut serta bersubahat dengan Dato’Raja, Ishak Haji Mohamad dan Aziz Ishak.

Saya menafikan ada hubungan selain daripada perkara-perkara pergerakan biasa dan urusan politik biasa. Demikian juga bermacam soalan dan tekanan cross examination dilakukan untuk memerangkap saya supaya membenarkan soal exile government itu .

Jika tidak silap pada 14 Januari saya diperdengarkan ucapan radio Dato’Raja dan Ishak Hj Mohamad. Dan masa itu orang yang menyoal saya terus telah bertukar-tukar dengan orang-orang yang baru pula. Mereka itu menyoal dengan berlembut.

Soal-siasat mereka meleret-leret dan mengenai bermacam-macam perkara dengan soalan-soalan cross examination. Soalan itu saya rasa berakhir pada 13 Mac. Ada kenyataan (statement) yang telah dibuat berkenaan saya. Apa yang ada saya tulis sendiri ialah menerangkan pernentangan saya bukan atas kerajaan dan kedaulatan Malaysia tetapi saya menentang Perikatan dan segala kezaliman. Semua perkara ini timbul dari salah politik perikatan terhadap rakyat dan Negara. Itupun hanya baca selepas saya berikan bangkangan terbuka ke atas mereka.

Tentang tekanan-tekanan dan keadaan-keadaan yang mengganggu saya dan penyakit-penyakit yang saya tanggung dalam lokap itu saya berkeadaan dalam bimbang. Saya sentiasa cemas dengan tekanan yang semakin dahsyat yang tidak sepatutnya dan selayaknya dilakukan ke atas saya sebagai seorang tahanan politik. Hingga 27 Mac saya dipindahkan ke Batu Gajah.

Saya merasakan dan mengira bahawa tekanan ke atas saya dengan segala tuduhan yang tidak betul adalah direka-reka semata-mata. Polis telah melakukan salah guna undang-undang Keselamatan Dalam Negeri. Perikatan dalam ketakutan dan kebimbangan disebabkan bangkangan oleh saya.

Burhanuddin Al-Helmy

Sumber: Hafez Sabri

Mursyid Tareqat Naqsyabandiyah

Sheikh Abdul Azhim al-Manduri Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah




APABILA membicarakan sejarah perkembangan Islam, kita tidak dapat menafikan bahawa tasauf dan berbagai-bagai jenis tarekatnya turut dibicarakan. Tarekat-tarekat itu menurut jumhur ulama ada yang mu'tabarah, iaitu tarekat yang dianggap benar-benar menurut ajaran Islam yang boleh diamalkan. Namun ada pula beberapa tarekat yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Tarekat-tarekat mu'tabarah di dunia Melayu telah diajarkan serentak dengan kemasukan Islam itu sendiri di rantau ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penulisan-penulisan ulama-ulama kita sejak abad ke 16-17 Masihi, baik ulama-ulama yang muncul di Aceh mahu pun di Patani dan termasuk ulama-ulama yang berasal dari Arab.

Penyebaran tarekat-tarekat tasauf itu sangat rancak sejak dulu hingga ke penghujung abad ke-19 Masihi atau awal abad ke 20 Masihi telah mulai terjadi pembaharuan. Sehingga ada segelintir para intelektual Islam di dunia Melayu sering memandang sesat yang membidaahkan ajaran tarekat dan berbagai-bagai disiplin ilmu Islami yang tidak mereka setujui.

Ulama-ulama tasauf telah membela tarekat-tarekat itu dengan hujah-hujah mereka yang tak akan terkalahkan baik di forum debat mahu pun dengan polemik berupa risalah atau kitab. Intelektual tarekat akan muncul setiap waktu mempertahankannya apabila diserang oleh orang-orang yang anti terhadap ajaran mereka.

Di antara kitab yang pernah menyenaraikan nama-nama tarekat dalam bahasa Melayu yang agak awal ialah Asrar al-Suluk ila Malail Muluk karangan Sheikh Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi (Aceh) disebutkan bahawa asal tarekah tasauf Islami dalam dunia ada empat belas, ialah:

lTarekat Thaifuriyah pengetuanya Abu Yazid al-Bisthami.

lTarekat Jistiyah pengetuanya Abu Ahmad Badruddin

lTarekat Qadiriyah pengetuanya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani

lTarekat Syahruriyah pengetuanya Sheikh Syihabuddin

lTarekat Kubrawiyah pengetuanya Sheikh Najmuddin Kubra

lTarekat 'Asyiqiyah dan Syathariyah pengetuanya Sheikh Abdullah asy-Syathari. Makna syathariyah ialah sangat pantas perjalanan dan dahulu sampai kepada Allah.

lTarekat Madariyah pengetuanya Sheikh Madar

lTarekat Jahariyah pengetuanya Sheikh Hujjah Ahmad Syawi

lTarekat Naqsyabandiyah pengetuanya Sheikh Abdul Khaliq Ajruni, kemudian maka Sheikh Bahauddin Naqsyabandi

lTarekat Khalwatiyah pengetuanya Sheikh Muhammad Khalwati

lTarekat Ni'matiyah pengetuanya Sheikh Syah Ni'matullah

lTarekat Jaidariyah pengetuanya Sheikh Syah Jaidar anak Juj Saiyidina Ali

lTarekat Jalaliyah pengetuanya Saiyid Jalal an-Najjari

lTarekat Qalandariyah pengetuanya Sheikh Syarfuddin Qalandar

Maksud 'pengetua' bagi setiap tarekat tersebut adalah orang pertama sebagai tokoh yang terkenal dalam sesuatu tarekat, bukan bererti sebagai 'pengasas'.

Di antara tarekat-tarekat yang tersebut di atas, antara yang tersebar secara meluas di dunia Melayu sejak dulu hingga sekarang adalah Syathariyah, Qadiriyah, Rifa'iyah, Naqsyabandiyah, Sammaniyah, Khalwatiyah, Ahmadiyah dan lain-lain.

Semua ulama dunia Melayu yang dipercayai benar ilmunya mengajarkan tarekat, di antaranya adalah Sheikh Nuruddin ar-Raniri, Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Sheikh Wan Ali Kutan al-Kalantani dan ramai lagi.

Perkembangan tarekat-tarekat serta ulama tersebut telah penulis bicarakan sebelum ini, namun terdapat seorang ulama Tarekat Naqsyabandiyah yang belum dibicarakan lagi, iaitu Sheikh Abdul Azhim al-Manduri.

Sheikh Abdul Azhim Al-Manduri (Madura)

Ulama yang dibicarakan ini merupakan salah seorang murid Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi yang sangat terkenal berasal dari Madura dan pernah mengajar di Mekah (wafat tahun 1335 H/1916 M). Salasilah beliau dalam Tarekat Naqsyabandiyah adalah berikut:

lSheikh Abdul Azhim al-Manduri (Madura) belajar kepada dua Mursyid, iaitu:

lSaiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (1246 H/1830 M-1308 H/1890 M) dan Sheikh Abdul Hamid ad-Daghitstani al-Muzhhari, belajar kepada

lSheikh Muhammad Muzhhar al-Ahmadi (wafat 1301 H/1883 M di Madinah), beliau inilah yang dianggap sebagai Mujaddid Tarekat Naqsyabandiyah pada aliran ini, belajar kepada

lSheikh Ahmad Sa'id al-Ahmadi (wafat 1277 H/1860 M di Madinah) belajar kepada

lSheikh Abu Ahmad Sa'id al-Ahmadi (wafat 1250 H/1835 M di Madinah) belajar kepada

lSheikh Abdullah ad-Dihlawi (1158 H/1735 M12 Safar 1240 H/1824 M). Mulai dari sini hingga ke penghujung salasilah adalah sama dengan Salasilah Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah Syeikh Ismail Minangkabau.

Selain belajar kepada Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (1246 H/1830 M-1308 H/1890 M), beliau juga belajar kepada Saiyid Abdul Karim Daghitstani (wafat akhir Syaaban 1338 H/1909 M), Saiyid Umar asy-Syami (1245 H/1829 M-Syawal 1313 H/1895 M).

Sheikh Abdul Azhim al-Manduri mempunyai murid yang sangat ramai, kebanyakannya menyebarkan Tarekat Naqsyabandiyah itu. Salah seorang di antara mereka ialah Kiai Haji Zainal Abidin Kwanyar, Bangkalan, Madura (wafat 1358 H/1939 M), yang berbiras dengan Sheikh Abdul Azhim al-Manduri. Murid Sheikh Abdul Azhim al-Manduri yang sangat terkenal pula ialah Kiai Khalil al-Bankalani (wafat 1344 H/1925 M).

Salah seorang keturunan muridnya ialah Kiai Fathul Bari, berasal dari Sampang dan wafat di Peniraman, Kalimantan Barat tahun 1960 M. Murid beliau ini sangat ramai di Madura, Jawa Timur dan Kalimantan Barat. Setelah beliau wafat, muncul pula murid beliau Saiyid Muhsin al-Hinduan, ulama yang mempunyai murid yang sangat ramai di Kalimantan Barat, Jawa dan Sulawesi. Beliau meninggal dunia di Pontianak, pada 1980 M, jenazahnya diterbangkan ke Sumenep, Madura.

Karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri tersebut yang telah diketemukan hanya sebuah, iaitu Kaifiyat Berzikir Atas Thariqat Naqsyabandiyah, cetakan pertama Matba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1308 H/1890 M. Walaupun risalah tersebut kecil, namun mendapat pengaruh yang besar di kalangan pengamal-pengamal Tarekat Naqsyabandiyah di dunia Melayu.

Petikan kata-kata Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan

Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan, seorang Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah, pernah datang ke rumah Al-Ustaz Haji Abdur Rani Mahmud, membicarakan persoalan pada tahun itu akan diadakan Haul Imam Rabbani di Masjid Jami' Al-Falah, Sungai Jawi Dalam, Pontianak.

Ustaz Haji Abdur Rani Mahmud menjelaskan bahawa pedoman beliau untuk memberikan ceramah tentang haul dan lain-lain, yang beliau diberikan kepercayaan oleh Al-Ustaz Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan, yang paling penting sebagai pedoman beliau ialah karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri tersebut.

Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan pernah merakamkan peristiwa yang diceritakan oleh gurunya yang beliau tulis dalam risalah kecil berjudul Rantai Mas. Di sini penulis menyalin semula yang termaktub pada halaman 72, menurut beliau adalah berikut:

"K. H. Zainal Abidin Kwanyar Bangkalan Madura adalah seorang Alim Besar, soleh serta warak. Beliau ini adalah saudara misanan daripada Sheikh Abdul Azhim (meninggal di Bangkalan tahun 1335 H/1916 M) pembawa Tarekat Naqsyabandiyah Muzhariyah ke daerah Madura, dan sejak kecilnya memanglah dalam asuhannya. Beliau dibawa ke Mekah oleh saudaranya itu dan lama tinggal di sana menuntut berbagai-bagai ilmu kepada alim ulama Mekah.

Pernah beliau menceritakan kepada beberapa orang muridnya, bagaimana asal mulanya beliau menganut Tarekat Naqsyabandiyah, katanya:

"Lama benar saya tinggal di Mekah dalam asuhan kakandaku Sheikh Abdul Azhim, seorang Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah yang tak ada bandingannya di masa itu. Beliau tersohor sebagai Wali Allah yang istimewa, yang tidak sedikit murid-muridnya.

Di sana saya menuntut berbagai-bagai ilmu kepada alim ulama yang besar-besar, seperti Tuan Sheikh Umar Bajunaid, Tuan Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau dan lain-lainnya. Dalam hatiku memang sudah terkandung hasrat yang besar untuk mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah, namun setiap kali saya memberitahu akan hal itu kepada sang Guru Besar Tuan Sheikh Ahmad Khathib, sentiasa beliau mencegah dan melarang saya seraya katanya, "Tarekat Naqsyabandiyah itu tidaklah berasal daripada agama sedikit pun juga, melainkan hanya buatan manusia. Pokoknya Tarekat Naqsyabandiyah itu tidak lebih daripada bidaah dhalalah.

Akan tetapi dengan kehendak Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, ketika pada suatu hari saya sedang mentelaah kitab yang saya kaji, sekonyong-konyong datanglah kakandaku Sheikh Abdul Azhim ke tempatku seraya katanya: "Hai Zainal Abidin, mengapakah tidak engkau segera mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah, padahal aku sendiri di sini sebagai seorang Mursyid dan Guru dari tarekat tersebut? Ketahuilah bahasa yang dikatakan orang yang kamil itu, bukanlah hanya orang yang pandai membaca kitab yang beraneka warna akan tetapi orang yang sebenar-benarnya kamil ialah orang yang tidak kunjung, putus perhubungan batinnya dengan Allah sedikitpun juga, walaupun orang itu hanya berilmu sekadar cukup dipakai saja".

Dan katanya pula: "Sekalipun sampai di mana ilmu pengetahuan mu dan ibadah zahir yang engkau kerjakan itu, namun tetaplah tak akan diterima Allah bila tidak disertakan hati yang bersih, tulus ikhlas serta senantiasa ingat akan Allah. Kerana kehodohan hati kepada Allah itulah yang disebut Ruhul Ibadah. Ada pun setiap amal ibadah apa pun juga yang tidak disertakan perhubungan batin maka yang demikian itu adalah ibarat bangkai yang tak bernyawa lagi atau kata lebih tegas, "Bangkai ibadah namanya".

Perkataan kandaku serasa menusuk jantungku, sehingga menyebabkan saya berani menghadap sang Guru Sheikh Ahmad Khathib meminta izin sekali lagi daripadanya untuk mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah kepada kekanda Sheikh Abdul Azhim.

"Telah berulang-ulang saya terangkan kepadamu bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu adalah bidaah dhalalah," katanya dengan muka marah. "Saya ingin tahu yang sebenarnya," kataku. "Kerana penentangan yang tidak disertakan dengan penyelidikan yang saksama salahlah hukumnya."

Lalu katanya: "Baiklah, boleh engkau masuk Tarekat Naqsyabandiyah itu dengan maksud dan niat yang demikian namun engkau harus berhati-hatilah, jangan sampai tertipu atau terpengaruh oleh ajaran-ajarannya. Kerana tidaklah sedikit orang orang yang telah terjebak dalam perangkap mereka padahal mereka itu adalah dari alim ulama yang ternama." "Tidak khuatir. Insya-Allah," jawabku.

Pada malam hari itu juga saya datang menemui kekanda Sheikh Abdul Azhim di majlisnya dan kebetulan beliau sedang dikerumuni oleh murid-muridnya yang ramai. Mereka sama duduk menghadap beliau dengan penuh hormat, khidmat dan takzim kepada beliau.

Saya terus duduk di samping beliau dan menyampaikan keinginan yang telah lama terkandung dalam hatiku, iaitu minta ditalqinkan zikir Tarekat Naqsyabandiyah. Dengan pandangan yang tajam beliau menatap muka saya seraya katanya: "Engkau akan berbai'at dalam Tarekat Naqsyabandiyah?" "Ya", jawabku.

Kata beliau lagi, "Ketahuilah bahasa Tarekat Naqsyabandiyah yang kita amalkan ini adalah satu-satunya tarekat yang memang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Dan engkau harus yakin dalam hatimu akan yang demikian itu. Jangan masih ada terselit dalam hatimu pendapat orang-orang yang sesat yang mengatakan bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu tidaklah daripada ajaran Islam sedikit pun juga. Kerana orang yang suka mengatakan demikian itu tidaklah lain, kecuali mereka yang hampa hati sanubarinya dari 'Nur Ilahi', yakni hanya berisi hawa nafsu dan syaitan belaka. Mereka tidaklah pernah merasakan 'isyq (rindu) kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya, bahkan mereka tidak mengerti apa yang dikatakan rindu kepada Allah itu. Ibadah yang mereka kerjakan itu tidaklah lebih daripada Tazyinuz Zahir (Perhiasan zahir) sedang isi hatinya bertentangan dengan apa yang diperbuatnya".

Dan katanya pula: "Hai anakku Zainal Abidin, marilah engkau memasuki Tarekat Naqsyabandiyah ini dengan niat yang suci murni, iaitu tidak lain hanya menuntut keredaan Allah SWT. Bukan dengan niat menyelidiki atau hanya ingin mengetahuinya saja. Dan kelak setelah engkau mengamalkannya, tentulah engkau tahu, apakah benar orang-orang yang mengatakan bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu bidaah dan sebagainya".

Kata K.H. Zainal Abidin lagi: "Setelah saya mendengar keterangan yang beliau terangkan itu, gemetarlah hati dan tubuh saya, serta dilangsungkannya bai'at pada malam itu juga, dan ditawajjuhlah batinku dengan zikrullah. Allahu Akbar! Pada tawajjuh yang pertama kali itu dapatlah saya rasakan nikmat dan lazat zikrullah yang belum pernah saya rasakan selama hidup, serta tersingkaplah tirai batin yang menyelubungi saya dan dibukakan-Nya kepada saya beberapa pemandangan yang indah-indah yang sukar bagiku untuk menceritakannya dengan lidah zahir ini.

Pada keesokan hari itu jua datanglah saya ke tempat Guru Besar Sheikh Ahmad Khathib, kemudian dengan tegas saya nyatakan kepada beliau, bahasa Tarekat Naqsyabandiyah adalah satu-satunya jalan yang baik bagi umat Islam, untuk mencapai tingkat tauhid yang setinggi-tingginya. Mendengar yang demikian itu beliau terkejut dan hairan seraya katanya dengan muka yang sangat merah: "Kalau sudah demikian pendapat engkau, nyatalah bahasa racun Tarekat Naqsyabandiyah itu telah mengenai dirimu."

"Memang," kataku, "dan saya yakin dengan sepenuh-penuhnya bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu adalah memang ajaran agama Islam yang sebenarnya. Dan keyakinan yang demikian itu, selain disebabkan Tarekat Naqsyabandiyah memang berdasarkan al-Quran dan hadis Rasullullah SAW pun juga disebabkan pengalaman dan zauq yang telah saya peroleh." Demikian menurut Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan dalam bukunya berjudul Rantai Mas.

Penutup

Sebagaimana telah disebutkan bahawa sebuah karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri yang berpengaruh mengenai Tarekat Naqsyabandiyah di dunia Melayu/Asia Tenggara ialah Kaifiyat Berzikir Atas Tariqat Naqsyabandiyah. Karya itu jika kita ringkaskan maka natijahnya adalah sebagai yang berikut:

Sheikh Abdul Azhim al-Manduri sebelum memasuki perkara-perkara lainnya, beliau menganjurkan supaya menjaga adab salasilah. Kata beliau, "Dan sayugia lagi baginya bahawa tiada meninggalkan ia akan membaca salasilah sekurang-kurangnya setiap delapan hari sekali atau dua kali. Dan jika dibaca sehari semalam satu kali, iaitu terlebih bagus. Bermula jika dibaca pada malam dan lepas sembahyang tahajud, iaitu terlebih afdal.

"Istimewa pula apabila ada barang yang dikehendaki daripada Allah SWT. Kerana dengan berkat mereka itu tiada tertolak oleh hajat, Insya-Allah SWT, sama ada perkara dunia atau perkara akhirat."

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

The Four Imams on Tasawwuf

1. Imam Abu Hanifa

It was reported by Ibn Abidin in ad-Durr al-Mukhtar that Imam Abu Hanifa said: "If it were not for two years, I would have perished. For two years I accompanied Sayyidina Ja'far as-Sadiq and I acquired the spiritual knowledge that made me a gnostic in the Way" (Ad-Durr al-Mukhtar, vol. 1, p. 43). This was further explained by Ibn Abidin:

"Abu Ali Daqqaq [shaykh of Imam Qushayri] received his path from Abu al-Qasim al-Nasirabadi, who received it from ash-Shibli, who received it from as-Sirr as-Saqati who received it from al Ma'ruf al Karkhi, who received it from Dawud at Ta'i, who received the knowledge, both the external and the internal, from the Imam Abi Hanifa” (ibid.).

2. Imam Malik ibn Anas

"Whoever practices Tasawwuf without learning Shari'a corrupts his faith, while whoever learns Shari'a without practicing Tasawwuf corrupts himself. Only he who combines the two proves true."

It is related by the muhaddith Ahmad Zarruq (d. 899)[Qawa`id al-tasawwuf, Cairo, 1310], the hafiz Ali al-Qari al-Harawi (d. 1014)[Sharh `ayn al-`ilm wa-zayn al-hilm, Cairo: Maktabat al-Thaqafa al-Diniyya, 1989, vol. 1, p. 33], the muhaddiths Ali ibn Ahmad al `Adawi (d. 1190)[Hashiyat al `Adawi `ala sharh Abi al Hasan li risalat Ibn Abi Zayd al musammat kifayat al talib al rabbani li risalat Ibn Abi Zayd al Qayrawani fi madhhab Maalik, Beirut: Dar Ihya' al Kutub al `Arabiyah, n.d., vol. 2, p. 195], and Ibn `Ajiba (d. 1224)[Iqaz al himam fi sharh al hikam, Cairo: Halabi, 1392/1972, pp. 5-6.].

3. Imam as-Shafi'i

"Be both a faqih and a Sufi [sufiyyan]: do not be only one of them. Verily, by Allah's truth, I am advising you sincerely" (Imam as-Shafi'i, Diwan, pp. 47, 66).

"Three things in this world have been made lovely to me: avoiding affectation, treating people kindly, and following the way of tasawwuf" (Muhaddith al-'Ajluni, Kashf al-khafa wa muzil al-albas, vol. 1, p. 341, no. 1089).

“I accompanied the Sufis and received from them but three lessons: their statement that time is a sword: if you do not cut it, it cuts you; their statement that if you do not keep your ego busy with truth it will keep you busy with falsehood; their statement that deprivation is immunity” (ibid.; Imam Ibn Qayyim, Madarij al-Salikin, vol. 3, p. 128; and Imam as-Suyuti, Ta'yid al-haqiqa al-`aliyya, p. 15).

The Sufis are often accused of bid'a, but Imam as-Shafi'i refuted these individuals: "Anything which has a support (mustanad) from the shari'a is not bid'a, even if the early Muslims did not do it" (Quoted in Shaykh Ahmad al-Ghumari, Tashnif al-Adhan, Cairo: Maktaba al-Khanji, n.d., p. 133).

4. Imam Ahmad

It was related from Ibrahim ibn Abdullah al-Qalanasi that Imam Ahmad said about the Sufis: "I don't know people better than them" (Shaykh Muhammad ibn Ahmad al-Saffarini al-Hanbali, Ghidha' al-Albab li-Sharh Manzumat al-Adab, Cairo: Matba'at al-Najah, 1324/1906, vol. 1, p. 120).

Advising his son Abdullah, Imam Ahmad said: "O my son, you have to sit with the People of Tasawwuf, because they are like a fountain of knowledge and they keep the Remembrance of Allah in their hearts. They are the ascetics and they have the most spiritual power" (Shaykh Amin al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, p. 405).

Sumber: Naqshabandiyyah

Kehebatan Ulama Melayu Ahli Sunnah Wal Jamaah

Koleksi tulisan ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

PERBICARAAN mengenai isu ini pernah dibentangkan penulis dalam satu seminar, yang mana penulis petik sedikit kalimat-kalimat dalam undangan tersebut yang ternyata sungguh mencabar dan prihatin, di antaranya, “Seminar ini dianjurkan antara lain untuk menangani gejala kekeliruan umat Islam yang terjadi akibat penyusupan masuk pelbagai fahaman yang menyeleweng daripada pegangan yang berasas kepada al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulama yang muktabar dan Al-Qiyas as-shahih.

Kekeliruan ini ditambah lagi dengan kecetekan ilmu setengah umat Islam sendiri yang akhirnya menjadi kehairanan tidak tahu untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan dan akhirnya terpengaruh dengan slogan-slogan indah yang dibawa oleh pelbagai puak yang berkepentingan.”

Mengenai istilah al-Quran, as-sunnah, Ijmak ulama yang muktabar dan al-Qiyas as-Shahih yang tersebut dalam kalimat secara umum di dunia Melayu, termasuk di Malaysia, pernah penulis bicarakan dalam ruangan ini dan juga diungkapkan dalam satu kertas kerja yang panjang yang dibentang dalam “SEMINAR baHAN RUJUKAN ISLAM NUSANTARA” yang dibentang di Brunei Darussalam.

Petikan ringkas dapat penulis rakamkan di sini, “Ulama silam Nusantara, termasuk ulama silam Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah al-Quran dan hadis. Namun mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan berbagai-bagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam.

Oleh itu, mereka mengukuhkan istilah pegangan iaitu al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas as-Shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata.”

Sebenarnya ulama-ulama besar kita di dunia Melayu sejak lama sudah mempersiapkan benteng yang kukuh, membendung umat Islam kawasan ini daripada pelbagai penyelewengan.

Ia dapat dibuktikan dengan karya-karya mereka dalam pelbagai keilmuan. Ulama-ulama dunia Melayu yang dianggap menguasai banyak bidang ilmu di antaranya orang Banjar meriwayatkan bahawa Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (1122 H/1710 M – 1227 H/1812 M) menguasai sekurang-kurangnya 35 bidang ilmu.

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272 H/1856 M – 1325 H/1908 M) pula dirakamkan dalam majalah Pengasuh sanggup mengarang dan mengajar sekurang-kurangnya 47 bidang ilmu. Dalam majalah Pengasuh terbitan yang sama juga disebutkan bahawa Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali, 1287 H/1871 M -1352 H/1933 M) memperoleh 24 bidang ilmu daripada gurunya, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Sungguhpun demikian yang sangat-sangat diberatkan atau ditekankan sebagai fardu ain adalah tiga bidang ilmu, ialah akidah, fiqh dan tasawuf. Ketiga-tiga jenis ilmu di atas inilah dianggap benteng pertahanan golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah di dunia Melayu.

Walau bagaimanapun, yang benar-benar bernama Ahlus Sunnah wal Jamaah itu menurut kebanyakan ulama ialah pegangan pada akidah, yang dalam hal ini terdapat dua tokoh imam besar. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy’ari (260 H/873 M – 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333 H/944 M).

Imam dalam fiqh pula sekurang-kurangnya banyak dibicaranya empat orang ialah: Imam Hanafi (80 H/699 M – 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H – 179 H), Imam Syafi’ie (150 H/768 M – 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H – 241 H). Imam dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910 M).

Karya-karya ulama Melayu sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah

Ilmu akidah di kalangan ulama dunia Melayu, bahkan secara keseluruhan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di seluruh dunia Islam dinamakan juga dengan ilmu tauhid, ilmu kalam, ilmu ushuliddin, dan lain-lain. Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Jumanatut Tauhid menyebut bahawa ilmu tauhid itu seumpama matahari, ilmu-ilmu selainnya ibarat seperti bintang-bintang saja.

Di dunia Melayu, termasuk Malaysia, disiplin ilmu tauhid adalah termasuk ilmu yang paling diutamakan. Ini dapat dibuktikan dengan sangat banyak kitab ataupun risalah mengenai ilmu itu ditulis oleh ulama-ulama kita.

Untuk menyenaraikan keseluruhan ulama-ulama yang mengarang ilmu ini adalah terlalu banyak.

l Karya ilmu tauhid/ akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang lengkap nama pengarang serta dengan tahunnya yang paling awal dihasilkan adalah ulama yang berasal dari Kedah. Beliau ialah Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah) dengan karya Ilmu Tauhid yang ditulis tahun 1032 H/1622 M.

l Kitab ilmu tauhid yang paling tebal pula ialah Warduz Zawahir (1245 H/1829 M) susunan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Diikuti kitab berjudul Aqidatun Najin fi Ushulid Din wa Tashauwufis Shaaffin (1308 H/1891 M) karya Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan Fat-hul ‘Alim (1324 H/1906 M) karya Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.

l Karya ilmu tauhid/akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang dikarang ulama dunia Melayu dalam bahasa Arab ialah Jumanatut Tauhid (1293 H/1876 M), Munjiyatul ‘Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam (1293 H/1876 M) dan Sabilus Salam fi Syarhi Hidayatil ‘Awam (1306 H/1888 M) yang ketiga-tiganya karangan Sheikh Ahmad al-Fathani.

l Antara kitab lain dalam bahasa Arab juga iaitu Fat-hul Majid fi Syarhid Duraril Farid fi ‘Ilmit Tauhid (1294 H/1877 M), Tijanud Darari fi Syarhi Risalatil Bajuri (1297 H/1880 M) dan Zari’atul Yaqin fi Syarhi Ummil Barahin atau Ad-Durratun Nadhra ‘alal ‘Aqidatish Shughra (1302 H/1885 M), ketiga-tiga karangan Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani.

l Kitab ilmu tauhid/akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang besar pengaruhnya di dunia Melayu pula ialah: Ad-Durrus Tsamin (1232 H/1816 M) karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid (1313 H/1895 M) karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Sirajul Huda (tanpa tarikh) karya Sheikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi dan ‘Aqidatun Najin (1308 H/1891 M) karya Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani.

Perhatian raja-raja Melayu

Jauh sebelum kemerdekaan Indonesia (17 Ogos 1945), hampir semua kerajaan dalam jajahan Belanda di dunia Melayu, termasuk di Semenanjung yang dijajah oleh Inggeris berpegang teguh dengan Mazhab Syafie dalam fiqh dan Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam akidah.

Perhatian raja-raja Melayu mengenai perkara yang tersebut sangat jelas, sebagai contoh tokoh Johor, bernama Dato’ Abdullah bin Abdur Rahman Muar dalam karya akidahnya berjudul Matnur Risalatit Tauhidiyah pada pendahuluan dicatatkan, “Dan lagi inilah satu daripada beberapa risalah dan kitab-kitab pelajaran yang dibawa balik ke Johor oleh Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Johor, iaitu pada masa Al-Marhum itu melawat negeri Mesir di dalam bulan Mac tahun 1893 [Masihi].”

Dimaksudkan ialah sebuah risalah tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berjudul Al-’Uqudud Durriyah karya ulama Mesir bernama Sheikh Hamzah Fathullah, pemeriksa sekolah-sekolah Arab di Mesir. Karya tersebut diterjemahkan oleh Dato’ Abdullah bin Abdur Rahman Muar ke dalam bahasa Melayu. Setelah menterjemahkan matan, Dato’ Abdullah bin Abdur Rahman Muar menulis pula syarah risalah itu yang diberi judul Syarhur Risalatit Tauhidiyah.

Haji Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathani adalah seorang ulama Patani yang menjadi guru Sultan Pahang, dalam karya akidahnya berjudul Najatul Ikhwan fima Yahshulu bihil Islam wal Iman (1337 H/1919 M).

Pada halaman muka dinyatakan, “Diterjemahkan ini kitab dengan titah Yang Maha Mulia al-Mu’tashim Billah as-Sulthan Abdullah al-Muzhaffar Syah ibni al-Marhum as-Sulthan Ahmad al-Mu’azhzham Syah Pahang …”.

Daripada kedua-dua maklumat di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa raja-raja Melayu silam mengambil perhatian berat tentang membentengi negeri-negeri di bawah naungan baginda dengan pegangan yang betul, itulah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Syeikh Abdullah Arif

SYEIKH ABDULLAH ARIF
Penyebar Islam Pertama di Aceh

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Negeri-negeri pertama di Nusantara atau dunia Melayu memeluk agama Islam ialah Aceh, Kedah dan Patani. Berbagai-bagai teori tentang kedatangan Islam di dunia Melayu. Ada sarjana berpendapat kedatangan Islam langsung dari tanah Arab.

Pendapat yang lain pula menyebut datang dari India, terutama dari Malabar dan Gujerat.

Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin menyebut ia juga diperanani oleh bangsa Arab-Andalus. Ada juga pendapat yang menyebut dari negeri China. Semua pendapat saya tinggalkan saja, yang dibicarakan di sini ialah bahawa daripada sekian ramai penyebar Islam yang datang di Aceh itu ialah Syeikh Abdullah Arif dan yang di Kedah pula Syeikh Abdullah al-Qumairi.

Kedua-dua ulama yang tersebut hidup sezaman dengan seorang Wali Allah yang sangat terkenal, ialah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Tokoh-tokoh Islam yang datang di dunia Melayu sebahagian besar adalah diperanani oleh ulama sufi. Sebagai bukti bahawa mereka lebih mengutamakan tasawuf sekurang-kurangnya dapat dibuktikan dengan sebuah karya tulis judul Bahr al-Lahut yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Arif.

Hingga abad yang ke-16, ajaran tasawuf masih mendominasi seluruh aspek dalam pendidikan Islam, persuratan, dan kehidupan masyarakat Melayu terutama di Aceh. Pada abad ke-16 hingga 17, hampir seluruh karya Syeikh Hamzah al-Fansuri adalah tentang tasawuf belaka. Bahkan kesan kekukuhan ajaran tasawuf masih dapat dirasakan hingga pada zaman ini.

Syeikh Abdullah Arif adalah seorang pendatang dari bumi Arab ke Aceh bersama sekian ramai mubaligh lainnya. Ada orang meriwayatkan bahawa di antara sahabat Syeikh Abdullah Arif ialah Syeikh Ismail Zaffi. Barangkali Syeikh Abdullah Arif ada hubungan atau pernah berkenalan atau pun menjadi murid seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (lahir 471 H/1079 M, wafat 561 H/1166 M).

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pernah sampai di Aceh, demikian menurut H.M. Zainuddin dalam buku Aceh dan Nusantara. Memperhatikan tahun wafat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani 561 H/1166 M dengan salah satu pendapat yang menyebut bahawa Syeikh Abdullah Arif tiba di Aceh tahun 560 H/ 1165 M (setahun sebelum kewafatan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani), bererti dapat dipastikan sekurang-kurangnya kedua-dua ulama itu hidup sezaman.

Tersebut dalam sebuah majalah ilmiah yang diterbitkan di Mekah al-Mukarramah Zulhijjah 1356 H bersamaan Februari 1938 M, an-Nida' al-Islami, bahawa yang mula-mula penyebar agama Islam bangsa asing datang ke Sumatera ialah seorang dari Mekah iaitu Syeikh Abdullah Arif pada abad ke-13 Masihi.

Pedagang Mekah

Syeikh itu seorang pedagang di antara beberapa pedagang Mekah. Kedatangannya itu membawa pelbagai barangan yang dihasilkan di negeri Hijaz, seperti pelbagai jenis kurma, kulit kambing dan lain-lain. Syeikh Abdullah Arif itu membawa barang-barangnya turun di Sumatera Utara (Aceh), dia diterima oleh masyarakat di sana.

Disebabkan rasa tanggungjawab untuk menyebarkan Islam, dan sebab yang lain penduduk Aceh zaman itu sangat mesra bergaul dengan orang-orang Arab, termasuk Syeikh Abdullah Arif, maka mereka saling rasa terhutang budi. Oleh hal yang demikian, Syeikh Abdullah Arif dan orang-orang Arab yang lain, tertutup hati mereka untuk kembali ke negeri mereka atau pun merantau ke tempat yang lainnya.

Diriwayatkan pula bahawa Syeikh Abdullah Arif mula memberi pendidikan kepada masyarakat, ramai yang masuk Islam dan ramai pula muridnya. Murid-murid Syeikh Abdullah Arif menyebarkan Islam di pantai Barat pulau Sumatera, daerah Minangkabau.

Di antara murid beliau yang terkenal ialah Syeikh Burhanuddin. Syeikh Burhanuddin adalah yang pertama menyebarkan Islam di Sumatera Barat (Minangkabau). Kuburnya dijumpai di Kuntu di tepi Sungai Kampar Kiri (tahun wafat 610 H/1214 M). Syeikh Burhanuddin murid Syeikh Abdullah Arif ini lain dari Syeikh Burhanuddin Ulakkan murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Dalam buku prosiding Risalah Seminar Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia, mencatatkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif itu, dinyatakan bahwa menurut hikayat yang bersumber kita sendiri seorang pengembang Arab bernama Syeikh Abdullah Arif sudah memulai pengembangan itu pada tahun Masihi 1177.

Dalam an-Nida’ al-Islami pula pula menyebut tahun 1170 M, berdasarkan penyelidikan seorang sarjana Jerman. Penyelidikan yang terkini ada pendapat lain tentang ketibaan Syeikh Abdullah Arif di Aceh, ialah tahun 506 H/1111 M dan tahun 560 H/1165 M. Tentang kubur Syeikh Abdullah Arif, H.M. Zainuddin menulis, bahawa “ada lagi satu kompleks kuburan yang bernama Jeurut Kling (Kuburan Keling). Di antara kuburan itu oleh seorang perempuan tua yang menyebut kubur Keling itu, namanya didengar dari orang-orang yang melepaskan nazar dulu disebut Abdullah Arif.”

Timur Sumatera

Di negeri-negeri di pantai timur pulau Sumatera pula Syeikh Abdullah Arif tidak mengirim murid-muridnya, kerana ketika itu telah ada seorang bernama Johan Syah yang diutus oleh Sultan Aceh sendiri. Setelah memeluk agama Islam, Johan Syah menukar namanya kepada Ali Mandayat.

Beliau mendapat pendidikan Islam di India. Ali Mandayat menerima rintangan yang banyak dari penduduk yang belum beragama dan ada juga yang beragama Hindu. Oleh itu beliau terpaksa menyebarkan Islam dengan jalan berpindah-randah dari satu kampung ke kampung. Ali Mandayat berhasil mengirim utusan belajar ke Mekah al-Mukarramah.

Akhirnya Raja Mekah mengirim Syeikh Ismail ke Sumatera di bahagian pantai timur itu. Dalam waktu yang relatif singkat dan cepat, hanya sekitar 50 tahun sesudah aktiviti Ali Mandayat itu, agama Islam tersebar hampir ke seluruh pulau Sumatera.

Syeikh Abdullah Arif barangkali termasuk salah seorang penulis berbagai-bagai kitab tentang sufi, tetapi yang baru diketahui hanya sebuah, iaitu karyanya yang berjudul Bahr al-Lahut. Kitab Bahr al-Lahut ditulis dengan bahasa Arab. Hanya sebuah naskhah atau manuskrip dalam bahasa Arab dijumpai manakala naskhah atau manuskrip yang diterjemah ke bahasa Melayu terdapat beberapa buah.

*Sebuah artikel khas tentang Bahr al-Lahut telah saya muat naik dalam gumuu

Naskhah bahasa Arab pernah dimiliki oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Berdasarkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif di dunia Melayu dapat disimpulkan bahawa Bahr al-Lahut adalah risalah yang pertama sekali ditulis di rantau ini.

Nur Muhammad

Manuskrip dalam bahasa Arab adalah salinan yang diusahakan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Secara umum kandungan Bahr al-Lahut adalah membicarakan akidah, tasawuf dan kejadian alam semesta. Dimulakan dengan kisah kejadian Nur Muhammad, dilanjutkan dengan kejadian alam semesta, tujuh petala langit, tujuh petala bumi, alam yang nyata dan alam yang ghaib.

Allah mengangkat darjat Nabi Muhammad s.a.w. pada sisi keagungan-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk Allah yang paling tinggi kedudukannya berbanding semua makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi yang awal pada kejadian Nur dan Nabi yang akhir pada kejadian sebagai utusan Allah di permukaan bumi.

Tiada Nabi yang lain sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Allah menjadikan itu sekeliannya daripada Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah. Bahawa Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah itu adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w.. Nur al-Wilayah itu tempatnya pada batin (tersembunyi) sedang Nur an-Nubuwah itu tempatnya pada zahir (nyata).

Sesungguhnya ada lagi yang dinamakan jauhar. Bahawa jauhar yang pertama dinamakan Alam al-Kabir (Alam Besar). Selain itu Allah menjadikan sekalian rangkaian susunan kejadian kosmos yang dinamakan Arasy, Kursi, Lauh al-Mahfuz, kalam, Samawat (Langit), al-Ardh (Bumi), an-Nujum (bintang-bintang), syurga dan neraka berserta sekelian penghuni dan isinya.

Segala kejadian itu adalah ajaib belaka. Ada pun bumi dihuni oleh sekalian bangsa manusia, haiwan, jin dan syaitan. Dari semua nama yang disebutkan itu, mulai Arasy dan seterusnya hanya bumi saja paling banyak digunakan manusia, kerana bumi adalah tempat kediaman mereka.

Walaupun ada usaha-usaha manusia mengharungi angkasa luar hingga berusaha melakukan penyelidikan ke bulan dan planet-planet lainnya, namun pencapaian yang dapat dijangkau oleh kebanyakan manusia hanyalah dalam bumi juga.

Manusia diberi akal oleh Allah s.w.t. untuk mencapai segala-galanya, dengan tidak menafikan kemampuan tentang dunia, namun pada hakikatnya pengetahuan manusia tentang keseluruhan yang ada pada bumi sendiri pun tidak akan habis-habisnya untuk diselidiki dan digarap untuk kepentingan manusia.

Pegangan akidah

Pegangan akidah Syeikh Abdullah Arif adalah sama dengan pegangan ulama-ulama Ahli Sunah wal Jamaah yang muktabar, tentang tiada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah s.w.t. Lalu beliau memetik pendapat yang beliau namakan ahlus sirri (maksudnya orang-orang yang dapat mengetahui perkara-perkara rahsia hakikat). Menurut Syeikh Abdullah Arif ahlus sirri berkata: “Ada pun Allah s.w.t itu melihat pada jauh dan melihat pada hampir sekeliannya.”

Pengertian Syeikh Abdullah Arif tentang syahadat pula beliau huraikan sebagai berikut: “Berkata ahli al-musyahadah, adapun tempat syahadat itu, bahawa melihat ia bagi dirinya, maka tiada dapat tiada segala orang yang Mukmin dipandang yang demikian itu, maka sahlah pandangannya seperti Allah dan Rasul-Nya.” Yakni diumpamakan seperti orang melihat sehari bulan dan melihat purnama bulan dengan penuhnya.

Maka telah berkata orang ahlul isyarah: “Ada pun sehari bulan itulah hendak menjadikan purnama bulan adanya.”

Selanjutnya dihuraikan pula tentang Islam, kata beliau, “ketahui olehmu bahawa Islam dan kamal al-Islam (kesempurnaan Islam) itu adalah dikukuhkan daripada kalimah syahadah.” Ada pun kamal al-Islam itu, maka memandang yang sebenar-benarnya, tulus dan ikhlasnya, iaitu mukmin dengan sebenar-benarnya kerana penglihatan itu seperti sabda Nabi s.a.w., Barang siapa berfikir dengan sekejap mata sekalipun, kerana memikirkan Allah Taala, maka terlebih baik daripada berbuat ibadat 1,000 tahun lamanya.

Syeikh Abdullah Arif membahas selanjutnya, Maka telah berkata orang ahl al-Muqabalah, “Jadikan dirimu dengan perintah tuhanmu dengan sempurna adamu dengan Qudrat tuhanmu. Maka dijadikan diri kamu itu sebagai tempat kenyataan kenal kepada tuhanmu.”

Untuk menguatkan pegangan Syeikh Abdullah Arif menggunakan dalil firman Allah, "Tiap-tiap sesuatu itu binasa jua, melainkan yang tiada binasa hanya Allah, bagi-Nya kekuasaan menentukan hukum, dan kepada-Nya kamu dikembalikan." (Al-Qasas: 88)

Sumber:
Ulama blogspot
Sufi Road