Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Mursyid Tareqat Naqsyabandiyah

Sheikh Abdul Azhim al-Manduri Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah




APABILA membicarakan sejarah perkembangan Islam, kita tidak dapat menafikan bahawa tasauf dan berbagai-bagai jenis tarekatnya turut dibicarakan. Tarekat-tarekat itu menurut jumhur ulama ada yang mu'tabarah, iaitu tarekat yang dianggap benar-benar menurut ajaran Islam yang boleh diamalkan. Namun ada pula beberapa tarekat yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Tarekat-tarekat mu'tabarah di dunia Melayu telah diajarkan serentak dengan kemasukan Islam itu sendiri di rantau ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penulisan-penulisan ulama-ulama kita sejak abad ke 16-17 Masihi, baik ulama-ulama yang muncul di Aceh mahu pun di Patani dan termasuk ulama-ulama yang berasal dari Arab.

Penyebaran tarekat-tarekat tasauf itu sangat rancak sejak dulu hingga ke penghujung abad ke-19 Masihi atau awal abad ke 20 Masihi telah mulai terjadi pembaharuan. Sehingga ada segelintir para intelektual Islam di dunia Melayu sering memandang sesat yang membidaahkan ajaran tarekat dan berbagai-bagai disiplin ilmu Islami yang tidak mereka setujui.

Ulama-ulama tasauf telah membela tarekat-tarekat itu dengan hujah-hujah mereka yang tak akan terkalahkan baik di forum debat mahu pun dengan polemik berupa risalah atau kitab. Intelektual tarekat akan muncul setiap waktu mempertahankannya apabila diserang oleh orang-orang yang anti terhadap ajaran mereka.

Di antara kitab yang pernah menyenaraikan nama-nama tarekat dalam bahasa Melayu yang agak awal ialah Asrar al-Suluk ila Malail Muluk karangan Sheikh Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi (Aceh) disebutkan bahawa asal tarekah tasauf Islami dalam dunia ada empat belas, ialah:

lTarekat Thaifuriyah pengetuanya Abu Yazid al-Bisthami.

lTarekat Jistiyah pengetuanya Abu Ahmad Badruddin

lTarekat Qadiriyah pengetuanya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani

lTarekat Syahruriyah pengetuanya Sheikh Syihabuddin

lTarekat Kubrawiyah pengetuanya Sheikh Najmuddin Kubra

lTarekat 'Asyiqiyah dan Syathariyah pengetuanya Sheikh Abdullah asy-Syathari. Makna syathariyah ialah sangat pantas perjalanan dan dahulu sampai kepada Allah.

lTarekat Madariyah pengetuanya Sheikh Madar

lTarekat Jahariyah pengetuanya Sheikh Hujjah Ahmad Syawi

lTarekat Naqsyabandiyah pengetuanya Sheikh Abdul Khaliq Ajruni, kemudian maka Sheikh Bahauddin Naqsyabandi

lTarekat Khalwatiyah pengetuanya Sheikh Muhammad Khalwati

lTarekat Ni'matiyah pengetuanya Sheikh Syah Ni'matullah

lTarekat Jaidariyah pengetuanya Sheikh Syah Jaidar anak Juj Saiyidina Ali

lTarekat Jalaliyah pengetuanya Saiyid Jalal an-Najjari

lTarekat Qalandariyah pengetuanya Sheikh Syarfuddin Qalandar

Maksud 'pengetua' bagi setiap tarekat tersebut adalah orang pertama sebagai tokoh yang terkenal dalam sesuatu tarekat, bukan bererti sebagai 'pengasas'.

Di antara tarekat-tarekat yang tersebut di atas, antara yang tersebar secara meluas di dunia Melayu sejak dulu hingga sekarang adalah Syathariyah, Qadiriyah, Rifa'iyah, Naqsyabandiyah, Sammaniyah, Khalwatiyah, Ahmadiyah dan lain-lain.

Semua ulama dunia Melayu yang dipercayai benar ilmunya mengajarkan tarekat, di antaranya adalah Sheikh Nuruddin ar-Raniri, Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Sheikh Wan Ali Kutan al-Kalantani dan ramai lagi.

Perkembangan tarekat-tarekat serta ulama tersebut telah penulis bicarakan sebelum ini, namun terdapat seorang ulama Tarekat Naqsyabandiyah yang belum dibicarakan lagi, iaitu Sheikh Abdul Azhim al-Manduri.

Sheikh Abdul Azhim Al-Manduri (Madura)

Ulama yang dibicarakan ini merupakan salah seorang murid Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi yang sangat terkenal berasal dari Madura dan pernah mengajar di Mekah (wafat tahun 1335 H/1916 M). Salasilah beliau dalam Tarekat Naqsyabandiyah adalah berikut:

lSheikh Abdul Azhim al-Manduri (Madura) belajar kepada dua Mursyid, iaitu:

lSaiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (1246 H/1830 M-1308 H/1890 M) dan Sheikh Abdul Hamid ad-Daghitstani al-Muzhhari, belajar kepada

lSheikh Muhammad Muzhhar al-Ahmadi (wafat 1301 H/1883 M di Madinah), beliau inilah yang dianggap sebagai Mujaddid Tarekat Naqsyabandiyah pada aliran ini, belajar kepada

lSheikh Ahmad Sa'id al-Ahmadi (wafat 1277 H/1860 M di Madinah) belajar kepada

lSheikh Abu Ahmad Sa'id al-Ahmadi (wafat 1250 H/1835 M di Madinah) belajar kepada

lSheikh Abdullah ad-Dihlawi (1158 H/1735 M12 Safar 1240 H/1824 M). Mulai dari sini hingga ke penghujung salasilah adalah sama dengan Salasilah Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah Syeikh Ismail Minangkabau.

Selain belajar kepada Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (1246 H/1830 M-1308 H/1890 M), beliau juga belajar kepada Saiyid Abdul Karim Daghitstani (wafat akhir Syaaban 1338 H/1909 M), Saiyid Umar asy-Syami (1245 H/1829 M-Syawal 1313 H/1895 M).

Sheikh Abdul Azhim al-Manduri mempunyai murid yang sangat ramai, kebanyakannya menyebarkan Tarekat Naqsyabandiyah itu. Salah seorang di antara mereka ialah Kiai Haji Zainal Abidin Kwanyar, Bangkalan, Madura (wafat 1358 H/1939 M), yang berbiras dengan Sheikh Abdul Azhim al-Manduri. Murid Sheikh Abdul Azhim al-Manduri yang sangat terkenal pula ialah Kiai Khalil al-Bankalani (wafat 1344 H/1925 M).

Salah seorang keturunan muridnya ialah Kiai Fathul Bari, berasal dari Sampang dan wafat di Peniraman, Kalimantan Barat tahun 1960 M. Murid beliau ini sangat ramai di Madura, Jawa Timur dan Kalimantan Barat. Setelah beliau wafat, muncul pula murid beliau Saiyid Muhsin al-Hinduan, ulama yang mempunyai murid yang sangat ramai di Kalimantan Barat, Jawa dan Sulawesi. Beliau meninggal dunia di Pontianak, pada 1980 M, jenazahnya diterbangkan ke Sumenep, Madura.

Karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri tersebut yang telah diketemukan hanya sebuah, iaitu Kaifiyat Berzikir Atas Thariqat Naqsyabandiyah, cetakan pertama Matba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1308 H/1890 M. Walaupun risalah tersebut kecil, namun mendapat pengaruh yang besar di kalangan pengamal-pengamal Tarekat Naqsyabandiyah di dunia Melayu.

Petikan kata-kata Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan

Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan, seorang Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah, pernah datang ke rumah Al-Ustaz Haji Abdur Rani Mahmud, membicarakan persoalan pada tahun itu akan diadakan Haul Imam Rabbani di Masjid Jami' Al-Falah, Sungai Jawi Dalam, Pontianak.

Ustaz Haji Abdur Rani Mahmud menjelaskan bahawa pedoman beliau untuk memberikan ceramah tentang haul dan lain-lain, yang beliau diberikan kepercayaan oleh Al-Ustaz Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan, yang paling penting sebagai pedoman beliau ialah karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri tersebut.

Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan pernah merakamkan peristiwa yang diceritakan oleh gurunya yang beliau tulis dalam risalah kecil berjudul Rantai Mas. Di sini penulis menyalin semula yang termaktub pada halaman 72, menurut beliau adalah berikut:

"K. H. Zainal Abidin Kwanyar Bangkalan Madura adalah seorang Alim Besar, soleh serta warak. Beliau ini adalah saudara misanan daripada Sheikh Abdul Azhim (meninggal di Bangkalan tahun 1335 H/1916 M) pembawa Tarekat Naqsyabandiyah Muzhariyah ke daerah Madura, dan sejak kecilnya memanglah dalam asuhannya. Beliau dibawa ke Mekah oleh saudaranya itu dan lama tinggal di sana menuntut berbagai-bagai ilmu kepada alim ulama Mekah.

Pernah beliau menceritakan kepada beberapa orang muridnya, bagaimana asal mulanya beliau menganut Tarekat Naqsyabandiyah, katanya:

"Lama benar saya tinggal di Mekah dalam asuhan kakandaku Sheikh Abdul Azhim, seorang Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah yang tak ada bandingannya di masa itu. Beliau tersohor sebagai Wali Allah yang istimewa, yang tidak sedikit murid-muridnya.

Di sana saya menuntut berbagai-bagai ilmu kepada alim ulama yang besar-besar, seperti Tuan Sheikh Umar Bajunaid, Tuan Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau dan lain-lainnya. Dalam hatiku memang sudah terkandung hasrat yang besar untuk mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah, namun setiap kali saya memberitahu akan hal itu kepada sang Guru Besar Tuan Sheikh Ahmad Khathib, sentiasa beliau mencegah dan melarang saya seraya katanya, "Tarekat Naqsyabandiyah itu tidaklah berasal daripada agama sedikit pun juga, melainkan hanya buatan manusia. Pokoknya Tarekat Naqsyabandiyah itu tidak lebih daripada bidaah dhalalah.

Akan tetapi dengan kehendak Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, ketika pada suatu hari saya sedang mentelaah kitab yang saya kaji, sekonyong-konyong datanglah kakandaku Sheikh Abdul Azhim ke tempatku seraya katanya: "Hai Zainal Abidin, mengapakah tidak engkau segera mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah, padahal aku sendiri di sini sebagai seorang Mursyid dan Guru dari tarekat tersebut? Ketahuilah bahasa yang dikatakan orang yang kamil itu, bukanlah hanya orang yang pandai membaca kitab yang beraneka warna akan tetapi orang yang sebenar-benarnya kamil ialah orang yang tidak kunjung, putus perhubungan batinnya dengan Allah sedikitpun juga, walaupun orang itu hanya berilmu sekadar cukup dipakai saja".

Dan katanya pula: "Sekalipun sampai di mana ilmu pengetahuan mu dan ibadah zahir yang engkau kerjakan itu, namun tetaplah tak akan diterima Allah bila tidak disertakan hati yang bersih, tulus ikhlas serta senantiasa ingat akan Allah. Kerana kehodohan hati kepada Allah itulah yang disebut Ruhul Ibadah. Ada pun setiap amal ibadah apa pun juga yang tidak disertakan perhubungan batin maka yang demikian itu adalah ibarat bangkai yang tak bernyawa lagi atau kata lebih tegas, "Bangkai ibadah namanya".

Perkataan kandaku serasa menusuk jantungku, sehingga menyebabkan saya berani menghadap sang Guru Sheikh Ahmad Khathib meminta izin sekali lagi daripadanya untuk mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah kepada kekanda Sheikh Abdul Azhim.

"Telah berulang-ulang saya terangkan kepadamu bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu adalah bidaah dhalalah," katanya dengan muka marah. "Saya ingin tahu yang sebenarnya," kataku. "Kerana penentangan yang tidak disertakan dengan penyelidikan yang saksama salahlah hukumnya."

Lalu katanya: "Baiklah, boleh engkau masuk Tarekat Naqsyabandiyah itu dengan maksud dan niat yang demikian namun engkau harus berhati-hatilah, jangan sampai tertipu atau terpengaruh oleh ajaran-ajarannya. Kerana tidaklah sedikit orang orang yang telah terjebak dalam perangkap mereka padahal mereka itu adalah dari alim ulama yang ternama." "Tidak khuatir. Insya-Allah," jawabku.

Pada malam hari itu juga saya datang menemui kekanda Sheikh Abdul Azhim di majlisnya dan kebetulan beliau sedang dikerumuni oleh murid-muridnya yang ramai. Mereka sama duduk menghadap beliau dengan penuh hormat, khidmat dan takzim kepada beliau.

Saya terus duduk di samping beliau dan menyampaikan keinginan yang telah lama terkandung dalam hatiku, iaitu minta ditalqinkan zikir Tarekat Naqsyabandiyah. Dengan pandangan yang tajam beliau menatap muka saya seraya katanya: "Engkau akan berbai'at dalam Tarekat Naqsyabandiyah?" "Ya", jawabku.

Kata beliau lagi, "Ketahuilah bahasa Tarekat Naqsyabandiyah yang kita amalkan ini adalah satu-satunya tarekat yang memang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Dan engkau harus yakin dalam hatimu akan yang demikian itu. Jangan masih ada terselit dalam hatimu pendapat orang-orang yang sesat yang mengatakan bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu tidaklah daripada ajaran Islam sedikit pun juga. Kerana orang yang suka mengatakan demikian itu tidaklah lain, kecuali mereka yang hampa hati sanubarinya dari 'Nur Ilahi', yakni hanya berisi hawa nafsu dan syaitan belaka. Mereka tidaklah pernah merasakan 'isyq (rindu) kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya, bahkan mereka tidak mengerti apa yang dikatakan rindu kepada Allah itu. Ibadah yang mereka kerjakan itu tidaklah lebih daripada Tazyinuz Zahir (Perhiasan zahir) sedang isi hatinya bertentangan dengan apa yang diperbuatnya".

Dan katanya pula: "Hai anakku Zainal Abidin, marilah engkau memasuki Tarekat Naqsyabandiyah ini dengan niat yang suci murni, iaitu tidak lain hanya menuntut keredaan Allah SWT. Bukan dengan niat menyelidiki atau hanya ingin mengetahuinya saja. Dan kelak setelah engkau mengamalkannya, tentulah engkau tahu, apakah benar orang-orang yang mengatakan bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu bidaah dan sebagainya".

Kata K.H. Zainal Abidin lagi: "Setelah saya mendengar keterangan yang beliau terangkan itu, gemetarlah hati dan tubuh saya, serta dilangsungkannya bai'at pada malam itu juga, dan ditawajjuhlah batinku dengan zikrullah. Allahu Akbar! Pada tawajjuh yang pertama kali itu dapatlah saya rasakan nikmat dan lazat zikrullah yang belum pernah saya rasakan selama hidup, serta tersingkaplah tirai batin yang menyelubungi saya dan dibukakan-Nya kepada saya beberapa pemandangan yang indah-indah yang sukar bagiku untuk menceritakannya dengan lidah zahir ini.

Pada keesokan hari itu jua datanglah saya ke tempat Guru Besar Sheikh Ahmad Khathib, kemudian dengan tegas saya nyatakan kepada beliau, bahasa Tarekat Naqsyabandiyah adalah satu-satunya jalan yang baik bagi umat Islam, untuk mencapai tingkat tauhid yang setinggi-tingginya. Mendengar yang demikian itu beliau terkejut dan hairan seraya katanya dengan muka yang sangat merah: "Kalau sudah demikian pendapat engkau, nyatalah bahasa racun Tarekat Naqsyabandiyah itu telah mengenai dirimu."

"Memang," kataku, "dan saya yakin dengan sepenuh-penuhnya bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu adalah memang ajaran agama Islam yang sebenarnya. Dan keyakinan yang demikian itu, selain disebabkan Tarekat Naqsyabandiyah memang berdasarkan al-Quran dan hadis Rasullullah SAW pun juga disebabkan pengalaman dan zauq yang telah saya peroleh." Demikian menurut Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan dalam bukunya berjudul Rantai Mas.

Penutup

Sebagaimana telah disebutkan bahawa sebuah karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri yang berpengaruh mengenai Tarekat Naqsyabandiyah di dunia Melayu/Asia Tenggara ialah Kaifiyat Berzikir Atas Tariqat Naqsyabandiyah. Karya itu jika kita ringkaskan maka natijahnya adalah sebagai yang berikut:

Sheikh Abdul Azhim al-Manduri sebelum memasuki perkara-perkara lainnya, beliau menganjurkan supaya menjaga adab salasilah. Kata beliau, "Dan sayugia lagi baginya bahawa tiada meninggalkan ia akan membaca salasilah sekurang-kurangnya setiap delapan hari sekali atau dua kali. Dan jika dibaca sehari semalam satu kali, iaitu terlebih bagus. Bermula jika dibaca pada malam dan lepas sembahyang tahajud, iaitu terlebih afdal.

"Istimewa pula apabila ada barang yang dikehendaki daripada Allah SWT. Kerana dengan berkat mereka itu tiada tertolak oleh hajat, Insya-Allah SWT, sama ada perkara dunia atau perkara akhirat."

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Pahlawan Neraka


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Sumber: Halaqah.net

DOs and DON'Ts

Realiti Universiti dan 'Primitifnya' IPG

Wujud sesuatu yang merunsingkan apabila dua sarjana tempatan 'menulis' tentang 'kompetensi' universiti di Malaysia baru-baru ini. Pertamanya adalah Prof. A. Murad Merican (Profesor Ilmu Kemanusiaan) Universiti Teknologi Petronas melalui artikel bertajuk 'Universiti kita ketandusan idea' tersiar di Utusan Malaysia (4 Oktober 2010); seterusnya disambut pula oleh Prof. Dr. Dzulkifli Abd. Razak (Naib Canselor) USM sendiri, juga di Utusan Malaysia (12 Oktober 2010) dengan tajuk 'Pendidikan: mencari kebenaran'.

Kedua tulisan di atas kemudiannya dikomen oleh saudara Amin Ahmad melalui nota Facebook-nya bertarikh 15 Oktober 2010. Tulisan ini juga adalah respon terhadap ketiga-tiga tulisan tersebut yang menurut saya, perlu dibaca bersama dengan entri dibawah.

Universiti dan IPG

Sebagai seorang graduan sulung IPG (Institut Pendidikan Guru) Malaysia yang kini berjumlah 27 buah semuanya seluruh negara, wujud keperluan yang mendesak untuk saya menjelaskan betapa perlunya 'kilang' yang memproduksikan jaringan guru-guru Malaysia ini untuk berubah dari sisi intelektual dan budaya pemikiran mereka.

Betapa kami dulunya menyambut baik usaha kerajaan menaiktaraf maktab-maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang kemudiannya mampu mengeluarkan graduan sendiri dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (sebelumnya di peringkat Diploma sahaja). Namun yang demikian kerapkali saya nyatakan proses penaiktarafan ini jangan hanya bersifat artifisial yakni di peringkat dasar dan penjenamaan semula sahaja.

Yang lebih besar dari itu, penaiktarafan tersebut haruslah disertai keinginan dan iltizam Kementerian Pelajaran untuk menyediakan kesemua IPG sekurang-kurangnya berada hampir dengan status universiti di negara ini. Maka timbulnya persoalan; status universiti yang bagaimanakah perlu menjadi penanda aras (benchmark) kepada IPG tersebut?

Sehingga lahirnya graduan sulung (majlis konvokesyen sekitar Mac 2010), perubahan besar yang dilalui oleh IPG kebanyakannya hanyalah bersifat fizikal dan terlalu artifisial. Penjenamaan semula ini tidak menggalakkan perubahan budaya  kerja warga kampus IPG dan sikap administrasinya. Mahasiswanya jarang 'peka' dengan isu setempat, lagikan pula untuk kita mendengar mereka sensitif dengan isu luar negara; sikap mereka terhadap Palestin misalnya.

Berbelas tahun digeluti budaya pembelajaran gaya 'diploma', warga pendidik dan staf administrasinya juga gagal keluar dari 'kepompong selesa' - 'playsafe'. Pernah sekali saya ditegur kerana mengkritik 'Jawatankuasa Perwakilan Pelajar' kerana gagal menjadi sentral dalam menangani isu atau sekurangnya 'independen', jawapan yang saya terima dari pihak berwajib iaitu Hal Ehwal Pelajar adalah; "ini maktab, bukan universiti...".

Melihat hanya dari sisi 'gerakan mahasiswanya' yang lemah sahaja sudah cukup untuk kita nilai di sini bahawa; wujud jurang yang sangat jauh di antara 'kilang' guru yakni, pusat pengeluaran guru terbesar di negara ini dengan status universiti tempatan. Adalah sangat menyedihkan melihat perkara ini berlaku kerana IPG sepatutnya menjadi tulang belakang bidang pendidikan, menjadi ruang kepada para pensyarah menjuarai teori pedagogi mahupun penyelidikan dan yang lebih penting sebagaimana menurut Prof. Dr. Dzulkifli, universiti seharusnya menjadi tempat mencari kebenaran!

Boleh bawa kenderaan atau tidak?

Adalah sesuatu yang sukar saya fahami apabila timbulnya isu seorang pelajar IPG Kampus Ipoh menulis di sebuah akhbar tabloid mengenai kesusah-payahannya kerana tidak dibenarkan membawa kenderaan. Maka hebohlah di laman sosial 'Facebook' abang-abang 'senior' yang mengecam pelajar berkenaan kerana didakwa telah memalukan IPG tersebut.

Permasalahan utama yang sukar saya fahami adalah mengapa perlu wujud tindakan bersifat 'kecaman' terhadap pelajar berkenaan? Soalnya remeh, ya saya juga faham di mana-mana universiti sekalipun di dunia ini kebanyakannya tidak membenarkan 'freshies' membawa kenderaan.

Sebaliknya fungsi utama sesebuah institusi pendidikan iaitu 'mencari kebenaran' sudah ditenggelami budaya 'jangan-soal'! Para pelajar sudah tidak dibenarkan untuk menyoal jika gagal menemui kebenaran yang dikehendakinya! Kalaupun insiden ini terpencil atau kecil impaknya, sudah cukup membuktikan bahawa larangan 'speak-out' bukan sahaja dianuti oleh staf administrasi tetapi juga menjadi pegangan para pelajarnya sendiri!

'Freedom of speech' yang menjadi kebanggan mahasiswa mana-mana universiti sekalipun tidak dibudayakan di IPG! Maka kerunsingan yang jauh lebih besar sepatutnya dihalakan oleh para sarjana tempatan terhadap 'status' IPG itu sendiri sebagai medium pembentuk para guru di negara ini!

Jabatan Falsafah dan Mencari Kebenaran

Perkara yang paling menarik dalam tulisan Prof. A. Murad  adalah kerisauannya terhadap ketiadaan Jabatan Falsafah di universiti tempatan. Menurutnya sepuluh universiti terbaik di dunia, semuanya mempunyai Jabatan atau Fakulti Falsafah yang mantap!

Selari dengan perkara tersebut, Prof. Dr Dzulkifli kemudiannya menekankan fungsi utama sesebuah universiti adalah mencari kebenaran. Ini dikomen saudara Amin kemudian menambah, Prof. Awang Had Salleh 15 tahun yang lalu pernah menyuarakan dua fungsi klasik universiti iaitu mencari kebenaran serta mempersoal kembali kebenaran yang sudah mantap.

Sebab itu apabila memperkatakan tentang falsafah (philein - menyintai; sophos - hikmah; 'menyintai hikmah' dalam bahasa Greek) atau menurut Plato ialah 'kajian terhadap sesuatu yang benar' atau menurut Aristotle; anak murid Plato ialah 'kajian tentang zat sesuatu (being as being) serta penyebab utama (first principles)', dapatlah kita simpulkan betapa pentingnya kaitan mempunyai sebuah 'asas' atau 'foundation' iaitu sebuah Jabatan atau Fakulti yang dapat membimbing (guide) para pelajarnya untuk 'mencari kebenaran'.

Malangnya apa yang terjadi di Malaysia, sebaliknya. Selain sistem pendidikan yang sejak dari kecil diorientasikan kepada pencapaian (exam oriented); budaya ini dilegasikan dengan bangga oleh warga universiti melalui KPI (Key Perfomance Index) yang kononnya perlu dipenuhi oleh mereka! Maka wujudlah sebuah kilang yang operatornya (para pensyarah) sibuk memenuhi piawai KPI yang telah disusun atur oleh mandur (Ketua Jabatan); bertentangan dengan fungsi sebuah institusi pendidikan iaitu memberi bimbingan (guidance) kepada para pelajar untuk mencari kebenaran!

Kemahiran 'mencari kebenaran' inilah yang tidak diajarkan kepada para pelajar di negara kita. Tidak hairan jika mahasiswa tempatan tidak kenal dengan 'Thus Spoke Zarasthura' Nietzche, atau 'Fenomenologi-Hermeneutik' Heidegger, atau 'Deconstruction' Derrida, jauh lagi mengenal 'Discourse' Foucoult dan 'Le Morele' Descartes.

Sedangkan penubuhan universiti di Eropah terilham akibat kebanjiran ilmu dari Islam seperti kata Guillaume; "Sarjana dari Eropah melawat Sepanyol Islam untuk mempelajari falsafah, matematik, astronomi dan perubatan. Universiti tertua Eropah banyak berhutang kepada ilmu pengetahuan dari universiti di Arab".

Tetapi sebagai sebuah negara Islam,kita bukan sahaja anti-gerakan mencari kebenaran, sebaliknya menggunapakai teori-teori Barat yang sudah tentu berasal dari ilmu Islam tanpa usul periksa - sudahlah tidak berusaha mencari kebenaran, tidak pula berusaha untuk mempersoal kebenaran yang sudah dianggap benar!

Budaya Imitasi dan Sindrom Minda Tertawan

Betapa kroniknya sistem pendidikan kita; oleh kerana tidak dibenarkan (digalakkan) bersoal jawab untuk mencari kebenaran atau mempersoal kebenaran, semakin ke hadapan golongan mahasiswa dan ahli akademik universiti akhirnya menghidap penyakit 'Minda Tertawan' (captive mind) sebagaimana yang digelar Prof A. Murad.

Saya lebih suka menggunapakai perkataan 'ignorance state', iaitu keadaan di mana mahasiswa kita mahupun ahli akademik tidak lagi peduli kepada tujuan utama pendidikan iaitu untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dan memperbaiki masalah masyarakat, sebaliknya bermazhabkan teori 'untung-rugi' ekonomi.

Krisis pemikiran ini menurut Taha Jabir al-Alwani menjadikan kaum Muslimin tidak lebih dari sebuah ternakan (lembu) yang diawasi tuannya (Barat). Mahasiswa sehingga dipersoal jika mengemukakan pendapat sendiri; 'siapa kamu jika ingin berpendapat sedemikian?' di dalam tesisnya, malah kajiannya dianggap 'jahat' jika tidak disandarkan kepada rujukan sebelumnya. Sedangkan sebuah pengkajian sifatnya bukan harus bersifat deskriptif semata, sebaliknya analisa kritikal juga memainkan peranan yang penting.

Maka apa yang terjadi kini adalah budaya 'imitasi'; mahasiswa lebih cenderung 'meniru' dari 'mempersoal',  'mengambil apa yang ada' daripada 'mencari' serta 'menurut' daripada 'bertanya'.

Di penghujungnya, mahasiswa terkurung dan terperuk dengan 'ke-superior-an' korpus ilmu Barat yang diterapkan kepadanya, larangan bertanya serta kelemahan dirinya sendiri untuk mencari kebenaran mengakibatkan mindanya tertawan!

Ignorance State

Kita runsing apabila membaca dua artikel sarjana di atas. Ya, universiti kita sudahlah tidak tersenarai sebagai 200 universiti terbaik, jauh dari itu budayanya juga lansung tidak lansung menggambarkan sebagai sebuah institusi pendidikan yang ikhlas untuk mendidik fungsinya.

Tetapi lebih dahsyat dari itu, IPG - sebuah institusi rekaan kerajaan yang kononnya ala-universiti; tempat merekrut para guru dan pendidik yang fungsinya nanti sebagai 'frontline' sistem pendidikan, jauh lebih primitif dari sisi budaya ilmu, penyelidikan dan pemikirannya.

Kita akan berdepan krisis modal insan (human capital) tidak lama lagi jika tidak berbincang secara serius tentang masalah ini sekarang. Atau sebagaimana yang saya nyatakan di atas, kita memang sudah dijangkiti penyakit 'ignorance'?

Penulis adalah graduan Bachelor of Teachership (Pendidikan Jasmani) dari IPG Kampus Ipoh (2009).


p/s: apa pendapat anda?

Orang yang Didoakan oleh Malaikat


1.
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469) 3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada saf-saf terdepan”
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf–saf”
(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang–orang yang berinfak.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil’”
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur”
(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang sehingga petang dan di waktu malam sehingga subuh”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Baitul Muslim

Segala puji bagi Allah Yang Mengurniakan segala-galanya. Yang Melindungi kami, Yang Mengasihi kami sehingga tamat dan sempurna majlis pernikahan kami. Walaupun walimah tercemar dengan karaoke dan penyanyi-penyanyi yang hadir atas miscommunication antara keluarga saya dan pihak katering, kami tetap bersyukur atas segalanya dan meyakini setiap yang berlaku adalah atas kehendak Dia dan ada yang Dia mahu kami pelajari.

Mengimbau perjalanan sebelum nikah: sekadar sebuah perkongsian, moga-moga ada manfaat buat yang membaca.

Ya, saya dan yang terhormat (suami) adalah classmate sewaktu di bangku sekolah menengah.

Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Australia dan mendapat tarbiyyah di sana, dan yang terhormat melanjutkan pelajaran dan mendapat tarbiyyah di Russia.

Sepanjang tempoh kami belajar di tempat masing-masing, kami amat jarang berhubung, kalau ada pun masa awal-awal first year, sekadar ex-classmate bertanya khabar masing-masing, lagipun masa tu kami sama-sama masih baru dalam tarbiyyah, belum mengerti dan memahami Islam. Selepas mengenali tarbiyyah bertanya khabar pun makin kurang, dari tahun 3 terus terputus tanpa khabar berita.

Subhanallah, dalam tempoh itu langsung tidak terbayang satu hari nanti saya akan menjadi isteri kepada yang terhormat. Sejak dari awal lagi semenjak mengenali tarbiyyah dan mengetahui kepentingan baitul muslim saya sudah mengamalkan doa memohon kepada Allah dikurniakan seorang suami yang juga seorang ikhwah, seorang yang terbaik untuk diri saya, seorang yang mencintai dakwah, dan seorang yang akan memimpin saya ke syurga, tapi wajah yang terhormat tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

Semasa bulan Ramadhan di hujung tahun 4, saya memanjangkan lagi doa dan harapan supaya Allah memudahkan urusan baitul muslim ini untuk saya. Mungkin kerana umur semakin bertambah, dan terasa diri terlalu terumbang-ambing dan memerlukan seseorang untuk sentiasa menasihati. Pada setiap tahajjud di bulan Ramadhan itu saya sungguh-sungguh berdoa meminta kepada Allah.

Dalam bulan Ramadhan itu juga naqibah saya menyampaikan pertanyaan dari yang terhormat dari Russia. Subhanallah, terus saya terfikir apakah ini jawapan kepada doa-doa saya?

Tetapi saya tidak mahu terburu-buru. Lalu solat malam saya, saya tambahi dengan solat istikharah, mohon sungguh-sungguh dari Allah menunjukkan saya jalan terbaik untuk diputuskan, dan memohon agar diberi kekuatan dan ketenangan. Alhamdulillah, istikharah saya semakin hari menjadikan saya semakin tenang, tidak ada rasa berat dalam diri untuk menerima. Juga saya tidak punya sebab untuk menolak.

Mengenali yang terhormat semasa di sekolah, segala buruk dan baik dia saya terima seadanya.

Maka, begitulah mudahnya saya menerima yang terhormat untuk menjadi suami saya. Mengapa yang terhormat memilih saya menjadi isterinya, biarlah dia menyimpannya. Ini kisah saya, kisah Australia.

Kemudian kami bertunang selama setahun. Adakah hati saya benar-benar bersih sepanjang setahun pertunangan itu? Biarlah Allah saja yang tahu dan menentukan. Yang boleh saya ceritakan, memang banyak dugaan dan bisikan-bisikan yang meruntuhkan keimanan menyerang sepanjang tempoh itu. Semoga Allah ampunkan segala dosa. Oleh itu saya cuba sedaya upaya untuk tidak banyak berurusan dengan yang terhormat, dan syukur jarak yang jauh banyak membantu. Segala perbincangan kami adalah melalui email yang di-cc kan kepada naqib-naqibah masing-masing, pun begitu saya sering rasa tidak selesa. Syukur menjelang dekatnya pernikahan yang terhormat banyak berurusan terus dengan ibu bapa saya tanpa melibatkan saya, and I was very happy for that.

Alhamdulillah, kini saya adalah isteri, zaujah kepada yang terhormat. Masih terlalu baru, masih terlalu banyak untuk dipelajari.

Maka, masih tidak layak untuk memberikan nasihat dalam urusan baitul muslim, cuma sekadar ingin berkongsi dari pengalaman setakat ini.

Cukuplah Allah sahaja.

Mohonlah banyak-banyak dan sungguh-sungguh kepada Allah. Jangan sekali-kali berputus-asa. Anda tak akan tahu doa yang mana yang Allah akan berkenan untuk kabulkan. Mintalah setulus hati agar dimudahkan urusan baitul muslim ini. Pasti Allah akan membukakan jalan dari arah yang paling tidak disangka-sangka.

Dan cukuplah Allah sahaja sebagai sandaran untuk beroleh bahagia. Ketika orang lain meletakkan berbagai-bagai kriteria untuk menjamin kebahagiaan dalam berumah tangga, marilah kita meletakkan Allah semata-mata. Bukan sedikit orang yang bertanya dan memberikan nasihat kepada saya supaya benar-benar mengenali yang terhormat, sekurang-kurangnya sebelum bernikah, tapi apakan daya, hati saya sudah tetap. Janganlah sekali-kali meletakkan bahaya dunia sebagai penjamin kebahagiaan; rupa, harta dan jawatan, lebih-lebih lagi trend yang paling berbahaya; iaitu harus benar-benar mengenali hati budi pasangan sebelum memutuskan. Mengapa? Anda takut nanti anda tidak mendapat cinta dan bahagia? Dengarlah, cinta itu hadiah automatis saat anda rela menjadi suami-isteri.

Hadiah yang automatis.

Sungguh saya tak layak memberikan nasihat, maka cukuplah setakat ini di sini. Cuma saya pinta kepada semua yang mengenali diri dan yang terhormat, janganlah diungkit-ungkit kisah hitam yang lalu. Memang saya punya sejarah yang buruk dan ternoda dengan dosa dan maksiat lama sebelum mengenali Allah dan islam, tetapi hormatilah hak saya, dan jagalah hati suami saya, perkara yang lepas tu biarkanlah berlalu.

Terima kasih Allah. Terima kasih ibu, ayah dan keluarga yang terlalu banyak berkorban. Terima kasih naqibah saya. Terima kasih semua teman-teman dan saudara-mara.

Dan terima kasih yang terhormat. Sungguh, seluruh tulisan ini hanyalah elaboration kepada: I LOVE YOU

Warkah Adam buat Hawa



Hawa,
Keindahan mu itu bukanlah barang jualan untuk diperdagangkan,bukan juga bahan pameran untuk ditayangkan, tapi adalah anugerah untuk kau pelihara dan syukuri,kecantikan merupakan satu rahsia,bilamana rahsia terbuka ianya menjadi soal biasa yang tidak menimbulkan rasa,daya dan gaya. Setelah itu, dimana lagi keistimewaan golongan yang bernama wanita.

Aduhai Hawa,
Usahlah lupa,wanita pernah diperhamba dan maruahmu pernah diperjaja.Ketika itu,dimana martabatmu dan dimana harga harga keindahan tubuhmu dicelahan kegelapan itu,Islam hadir menyirna kejahilan,membawa hijab menutupi keayuanmu, dan membawa keimanan memartabat maruah.

Mengapa Hawa?
Tika dalam zaman gelita kau diperkosa namun setelah hadirnya cahaya kau menjadi lupa.Mengapa kini kau tanggalkan pakaian islam yang telah memartabatkanmu, dan kini mengapa kau tinggalkan keimanan yang telah memuliakanmu.Apakah dikau inginkan kehinaan terus menghiasi insan yang bergelar Hawa.?

Renungkanlah Hawa,
Cukuplah fitnahmu menggegar dunia,cukuplah kecantikanmu menggelorakan jiwa,dan cukuplah lenggokmu mencairkan takwa.Usahlah kau peragakan lagi kejelitaanmu sekadar mencari kasih yang fana. Selubungilah jiwamu dengan takwa agar keabadian cintaNya hadir membahagiakanmu.Tiada erti kasih manusia tanpa rahmat dan redhaNya.

Sedarlah Hawa,
Harga dirimu terlalu tinggi.Namun mengapa dikau sanggup menjajanya.Dikaulah perhiasan dunia yang berharga.Tanpamu tiadalah seri yang menghiasi darul fana ini. Kembalilah sinar keimanan Maryam di dalam dirimu. Semailah ketabahan Hajar di sanubarimu. Tanamlah ketaqwaan Rabiatul Adawiyah di dalam jiwamu agar kesuraman dunia akan tersirna. Sesungguhnya Adam tidak mampu berdiri teguh tanpa insan yang bergelar Hawa.


~"Dirimu terhias sebagai seindah hiasan dunia...
Maka jadikanlah dirimu NISA' yang boleh menjadi MUJAHIDAH,berjihad di jalan ALLAH...
Jadikanlah dirimu antara FATAYAT yang dijulang,cantik dipandang tetapi susah dipegang...
Jadikanlah dirimu MUKMINAH yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam...
Biar nafsumu hidup dalam TARBIYYAH di jalan dakwah bertintakan air mata perjuangan,dititip di atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk jihad menuju MARDHOTILLAH...
Ya ALLAH..,berilah kekuatan kepada mereka dalam menempuh segala onak dan duri kehidupan..
Tika mereka berada di dalam kekeliruan,KAU tunjukkanlan jalan penyelesaiannya YA ROBBI..
Agar hidup mereka sentiasa mendapat hidayahMU.."~


ADAM



No Doubt!!!


At an educational institution: Professing to be wise, they became fools ....

"LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."

The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand.

"You're a Muslim, aren't you, son?"
"Yes, sir."
"So you believe in God?"
"Absolutely."
"Is God good?"
"Sure! God's good."
"Is God all-powerful? Can God do anything?"
"Yes."

The professor grins knowingly and considers for a moment.

"Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?"
"Yes sir, I would."
"So you're good...!"
"I wouldn't say that."
"Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't."

[No answer]

"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good? Hmmm? Can you answer that one?"

[No answer]

The elderly man is sympathetic.
"No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones. Let's start again, young fella."
"Is God good?"
"Er... Yes."
"Is Satan good?"
"No."
"Where does Satan come from?" The student falters.
"From... God..."
"That's right. God made Satan, didn't he?"

The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.

"I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."

He turns back to the Muslim.

"Tell me, son. Is there evil in this world?"
"Yes, sir."
"Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?"
"Yes."
"Who created evil?"
[No answer]
"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"

The student squirms on his feet.

"Yes."
"Who created them? "
[No answer]

The professor suddenly shouts at his student.

"WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"

The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice:
"God created all evil, didn't He, son?"
[No answer]

The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails.Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther.The class is mesmerised.

"Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?"

The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world.

"All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture,all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"
[No answer]
"Don't you see it all over the place? Huh?"

Pause.

"Don't you?"
The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"
[No answer]
"Do you believe in God, son?"

The student's voice betrays him and cracks.

"Yes, professor. I do."

The old man shakes his head sadly.

"Science says you have five sensesyou use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?
"No, sir. I've never seen Him."
"Then tell us if you've ever heard your God?"
"No, sir. I have not."
"Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God...in fact,do you have any sensory perception of your God whatsoever?"
[No answer]
"Answer me, please."
"No, sir, I'm afraid I haven't."
"You're AFRAID... you haven't?"
"No, sir."
"Yet you still believe in him?"
"...yes..."
"That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling.According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol,science says your God doesn't exist. What do you say to that, son? Where is your God now?"
[The student doesn't answer]
"Sit down, please."

The Muslim sits...Defeated. Another Muslim raises his hand.

"Professor, may I address the class?"

The professor turns and smiles.
"Ah, another Muslim in the vanguard!Come,come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering."

The Muslim looks around the room.

"Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you.
"Is there such thing as heat?"
"Yes," the professor replies.
"There's heat."
"Is there such a thing as cold?"
"Yes, son, there's cold too."
"No, sir, there isn't."

The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues.

"You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat,white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold,otherwise we would be able to go colder than 458 - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold."
"Heat we can measure in thermal units because heat is energy.Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."

Silence. A pin drops somewhere in the classroom.

"Is there such a thing as darkness, professor?"
"That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness?What are you getting at...?
"So you say there is such a thing as darkness?"
"Yes..."
"You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you...give me a jar of darker darkness,professor?"

Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him.This will indeed be a good semester.

"Would you mind telling us what your point is, young man?"
"Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."
"The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!"
"Sir, may I explain what I mean?"

The class is all ears.

"Explain... oh, explain..."

The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself.He waves his hand to silence the class, for the student to continue.

"You are working on the premise of duality," the Muslim explains."That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought.It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fullyunderstood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life, merely the absence of it."

The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.

"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts,professor. Is there such a thing as immorality?"
"Of course there is, now look..."
"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No. Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?"

The Muslim pauses.

"Isn't evil the absence of good?"

The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.

The Muslim continues.

"If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is
accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will,choose good over evil."

The professor bridles.

"As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable."
"I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies.
"Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolvedfrom a monkey?"
"If you are referring to the natural evolutionary process,youngman, yes,of course I do."
"Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"

The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.

"Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour,are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist,but a priest?"
"I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses.
"So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"
"I believe in what is - that's science!"
"Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.
"Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed..."
"SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters.

The class is in uproar.The Muslim remains standing until the commotion has subsided.

"To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"

The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room.

"Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen,molecules, atoms, the professor's brain?"

The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.

"Is there anyone here who has ever heard the professor's brain...felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"

No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly.

"It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable,demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain! As we can't feel it, we can't touch it, we can't ever smell it using our sense.

NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD, ABOUT THE PURPOSE OF EXISTENCE OF CREATION AND LIFE, ABOUT THE MESSENGERS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT.

Allah says in the His Holy Book:

There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing 2:256

Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve,their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness...(257)"


The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!
********************************************
~This is a must-read articles for moslems who are about to study abroad or even in local higher institution because it is the islam's enemy strategy to impose such thing in higher institution to shaken our faith toward the Almighty; Allah. It is about the time as well, we wake up from being 'bullied' by the non-believers, not to fight physically against them, but to convince and help them to see the rightest path way. in order to do that, we as moslem, should, by any means, have to show the best in islam, practicing values that the Prophet Muhammad SAW had thought us to.~
Rasulullah (SAW) said: “Seeking knowledge is a religious obligation for every Muslim (male or female).” (Ibn Majah)
source: iluvislam.com

Lobak, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru. Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi.

Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?".

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.

"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau... Apakah anda adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan, anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi, anda menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau anda adalah serbuk kopi? Serbuk kopi yang merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Ketika keadaan menjadi semakin buruk, anda akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar anda juga menjadi semakin baik.

Secawan Kopi

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.

Kemudian, Dr. Izwan bertanya,

"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?".

Para pelajarnya menjawab,

"Ya, balang kaca itu sudah penuh".

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut.

Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?".

"Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut.

Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?".

"Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika.

Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?.

Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh".

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?".

Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah prioriti".


Sunber: iluvislam.com

5 Syarat Nak Buat Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Cara Rasulullah SAW Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. Mengelak dan Menyembuhkan penyakit. (Disusun oleh: Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN:
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN:
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR:
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI:
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI:
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN:
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buahyang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

p/s : Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179).

Sama-samalah kita perbaiki diri kita. Perbetulkan apa yang salah. Perelokkan apa yang dah betul. Mari kita manfaatkan cuti semester kita kali ini dengan perkara yang berfaedah. Banyakkan pembacaan, kurangkan perkara-perkara yang melalaikan, sama-sama kita muhasabah diri.

Jaga Diri, Kuatkan Hati, Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi!
Gembira Bersama K19~~