Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Pahlawan Neraka


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Sumber: Halaqah.net

Syurga Nabi Adam



Syurga Nabi Adam - Syurga dunia atau akhirat?
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


AL-IMAM as-Syaukani di dalam tafsirnya, al-Fath al-Qadir meriwayatkan hadis daripada Anas, sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan Adam supaya bersujud, lantas ia sujud, kemudian dikatakan bagi kamu syurga dan sesiapa yang sujud daripada keturunanmu, dan diperintahkan iblis supaya bersujud tetapi iblis enggan untuk bersujud, lantas dikatakan bagi kamu neraka dan sesiapa yang enggan daripada keturunanmu untuk sujud. Semoga Allah menjadikan kita golongan orang yang bersujud kepada-Nya.

Di antara nikmat kurniaan Allah kepada Adam selepas itu, ialah dimasukkan sebagai penghuni syurga bersama isterinya Hawa. Ini dijelaskan seperti ayat berikut, firman Allah yang bermaksud :

DAN KAMI BERFIRMAN: ``WAHAI ADAM! TINGGALLAH KAMU DAN ISTERIMU DI DALAM SYURGA INI, DAN MAKANLAH MAKANANNYA SEPUAS-PUASNYA APA SAHAJA YANG KAMU BERDUA SUKA, DAN JANGANLAH KAMU HAMPIRI POKOK INI; (JIKA KAMU MENGHAMPIRINYA) MAKA KAMU AKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG ZALIM. (Surah al-Baqarah Ayat 35 )

Allah menegaskan : `Dan Kami berfirman: ``Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga', iaitu menetaplah kamu di dalam syurga yang kekal bersama isterimu, Hawa. Ibn Jarir at-Thabari berkata dalam tafsirnya, bahawa ayat ini menjadi dalil yang terang di atas kebenaran siapa yang berkata, sesungguhnya iblis dikeluarkan dari syurga selepas takbur enggan bersujud kepada Adam, dan Adam menetap di dalam syurga sebelum iblis di turunkan ke bumi.

Ibn Jauzi dalam kitabnya, Zad al-Masir menulis, terdapat dua pendapat di kalangan ulama tentang syurga yang dihuni oleh Nabi Adam : Pertama, Jannah al-adn. Kedua, Jannah al-Khuld. Imam an-Nasafi berkata, ia disediakan bagi orang yang bertakwa, berdasarkan kepada nukilan yang masyhur, kerana `lam' pada `al-Jannah' adalah untuk takrif, iaitu pengenalan.

Al-Imam al-Fakhru ar-Razi dalam kitabnya, at-Tafsir al-Kabir berkata, ulama telah khilaf tentang syurga yang dinyatakan dalam ayat ini, sama ada di bumi atau di langit, dan kalau ditakdirkan di langit, adakah ia syurga sebagai tempat balasan pahala, atau syurga al-Khuld atau syurga lain ? Abu al-Qasim al-Bakhi dan Abu Muslim al-Asfahani berpendapat, bahawa ia syurga di dunia, dengan menanggung kalimah turun bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 

Kalimah

Imam Rashid Ridha melalui tafsirnya, al-Manar menaqalkan pendapat Imam Abu Mansur al-Maturidi daripada tafsirnya yang bernama at-Ta'wilat berkata, kami beriktikad bahawa syurga ini merupakan kebun dari kebun-kebun di mana Adam dan isterinya mendapat nikmat padanya, dan tidak wajib ke atas kamu menentukannya serta mengkaji di mana letaknya. Inilah Mazhab Salaf dan tiada dalil khusus yang menentukan tempatnya.

As-Syeikh as-Sya'rawi menegaskan bahawa syurga yang didiami Adam selepas kejadiannya, bukan merupakan syurga kekal. Beliau berhujah dengan banyak dalil, sama ada berdasarkan dalil naqli atau aqli, di antaranya ia bukan syurga balasan kerana syurga balasan tidak dimasuki oleh manusia kecuali selepas hisab yang membabitkan pahala. 

Syeikh al-Maghari dalam tafsirnya, Tafsir al-Maghari menaqalkan hujah al-Imam al-Alusi dalam tafsirnya, Ruhu al-Ma'ani yang menyokong pendapat bahawa syurga Adam bukan syurga akhirat nanti, di antara hujahnya ialah : Pertama, bahawa Allah menciptakan Adam di bumi untuk menjadi khalifah di dalamnya, begitu juga zuriat keturunannya. Tidak harus dikatakan bahawa kewujudan Adam di dunia serta zuriatnya merupakan pembalasan hukuman daripada Tuhan.

Kedua, Allah tidak menyatakan selepas penciptaan Adam di bumi, dinaikkannya ke langit. Sekiranya ia berlaku, sudah pasti ia akan disebut dan merupakan perkara yang besar. Ketiga, bahawa syurga yang dijanjikan dengannya pada Hari Akhirat, tidak akan dimasuki kecuali oleh orang-orang yang bertakwa lagi beriman. Bagaimana mungkin syaitan yang kafir dapat masuk dan melakukan was-was kepada Adam.

Keempat, syurga bersifat negeri yang penuh nikmat dan tempat berehat, bukan negeri taklif seperti mana telah ditaklifkan Adam dan isterinya supaya jangan memakan buah dari pohon kayu tersebut. Kelima, bahawa tidak ditegah kepada penghuni syurga untuk merasai segala kenikmatan dan melakukan apa sahaja. Keenam, bahawa tidak berlaku di dalam syurga sebarang maksiat dan kesalahan kerana ia negeri suci, bukan negeri kotor dan najis.

Berdasarkan kepada senarai ini, maka segala keterangan yang telah disifatkan dengannya berhubung dengan syurga yang dijanjikan, dan kurniaan tanpa henti dan terputus, sudah tentu tidak sesuai dan tidak menepati syurga yang didiami oleh Adam tersebut.

Kemudian Allah menyebut : `Dan makanlah makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka', iaitu kamu berdua bebas memakan apa sahaja buah-buahan yang ada di dalam syurga, tetapi Allah menyebut : `Dan janganlah kamu hampiri pokok ini', yang bermaksud jangan sekali-kali kamu menghampiri pokok ini. 

Tumbuhan 

Syeikh Abdur Rahman as-Sa'di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim berpendapat, bahawa larangan kepada kedua-duanya supaya tidak menghampiri pohon tersebut, sama ada ia merupakan ujian, bala atau hikmah yang tidak kita ketahui. Ibn Abbas menafsirkan sebagai pokok anggur. Sementara itu terdapat enam pandangan daripada para ulama berhubung dengan pohon yang dimaksudkan itu:

Pertama, Ia sejenis tumbuhan yang wangi, iaitu pendapat Ibn Abbas, Abdullah bin Sallam, Ka'ab al-Ahbar, Wahab bin Munabbih, Katadah, A'tiah al-'Aufi, Muarith bin Dathar dan Muqatil.

Kedua, iaitu pohon anggur, sebagaimana riwayat Ibn Ma'id, Ibn Abas, Said bin Jubair dan Ja'dah bin Khabirah.

Ketiga, pokok tin, seperti riwayat al-Hasan, A'ta' bin Abi Rabah dan Ibn Juraij.

Keempat, ia pokok yang dikenali sebagai pokok ilmu, seperti yang dikatakan oleh Abu Soleh daripada Ibn Abbas.

Kelima, Pokok Kafur, seperti yang dinaqalkan oleh Ali bin Abi Talib.

Keenam, Pokok Kurma, seperti riwayat Abi Malik al-Ashja'ie.

Adapun pendapat yang menyatakan ia dikenali sebagai Pokok Kekal, seperti yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih, ini tidak dikira kerana Allah menamakannya sebagai Pokok Kekal, mengikut kaedah kalam daripada jenisnya, kerana (jika kamu menghampirinya) `maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim'. Ertinya, jika kamu memakannya nescaya jadilah kamu berdua termasuk dalam golongan orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, dengan terperangkap dalam maksiat kepada Allah. 

Al-Mawardi dalam tafsirnya an-Nukat Wa al-'Uyun mengemukakan dua pendapat:

Pertama, ia termasuk dalam golongan yang melampau dengan sebab memakan benda yang tidak diharuskan baginya.

Kedua, ia termasuk dalam golongan orang yang menzalimi diri mereka sendiri dengan sebab memakan bahan-bahan yang dilarang Allah.

- DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

No Doubt!!!


At an educational institution: Professing to be wise, they became fools ....

"LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."

The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand.

"You're a Muslim, aren't you, son?"
"Yes, sir."
"So you believe in God?"
"Absolutely."
"Is God good?"
"Sure! God's good."
"Is God all-powerful? Can God do anything?"
"Yes."

The professor grins knowingly and considers for a moment.

"Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?"
"Yes sir, I would."
"So you're good...!"
"I wouldn't say that."
"Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't."

[No answer]

"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good? Hmmm? Can you answer that one?"

[No answer]

The elderly man is sympathetic.
"No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones. Let's start again, young fella."
"Is God good?"
"Er... Yes."
"Is Satan good?"
"No."
"Where does Satan come from?" The student falters.
"From... God..."
"That's right. God made Satan, didn't he?"

The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.

"I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."

He turns back to the Muslim.

"Tell me, son. Is there evil in this world?"
"Yes, sir."
"Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?"
"Yes."
"Who created evil?"
[No answer]
"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"

The student squirms on his feet.

"Yes."
"Who created them? "
[No answer]

The professor suddenly shouts at his student.

"WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"

The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice:
"God created all evil, didn't He, son?"
[No answer]

The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails.Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther.The class is mesmerised.

"Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?"

The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world.

"All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture,all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"
[No answer]
"Don't you see it all over the place? Huh?"

Pause.

"Don't you?"
The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"
[No answer]
"Do you believe in God, son?"

The student's voice betrays him and cracks.

"Yes, professor. I do."

The old man shakes his head sadly.

"Science says you have five sensesyou use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?
"No, sir. I've never seen Him."
"Then tell us if you've ever heard your God?"
"No, sir. I have not."
"Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God...in fact,do you have any sensory perception of your God whatsoever?"
[No answer]
"Answer me, please."
"No, sir, I'm afraid I haven't."
"You're AFRAID... you haven't?"
"No, sir."
"Yet you still believe in him?"
"...yes..."
"That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling.According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol,science says your God doesn't exist. What do you say to that, son? Where is your God now?"
[The student doesn't answer]
"Sit down, please."

The Muslim sits...Defeated. Another Muslim raises his hand.

"Professor, may I address the class?"

The professor turns and smiles.
"Ah, another Muslim in the vanguard!Come,come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering."

The Muslim looks around the room.

"Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you.
"Is there such thing as heat?"
"Yes," the professor replies.
"There's heat."
"Is there such a thing as cold?"
"Yes, son, there's cold too."
"No, sir, there isn't."

The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues.

"You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat,white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold,otherwise we would be able to go colder than 458 - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold."
"Heat we can measure in thermal units because heat is energy.Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."

Silence. A pin drops somewhere in the classroom.

"Is there such a thing as darkness, professor?"
"That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness?What are you getting at...?
"So you say there is such a thing as darkness?"
"Yes..."
"You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you...give me a jar of darker darkness,professor?"

Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him.This will indeed be a good semester.

"Would you mind telling us what your point is, young man?"
"Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."
"The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!"
"Sir, may I explain what I mean?"

The class is all ears.

"Explain... oh, explain..."

The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself.He waves his hand to silence the class, for the student to continue.

"You are working on the premise of duality," the Muslim explains."That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought.It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fullyunderstood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life, merely the absence of it."

The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.

"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts,professor. Is there such a thing as immorality?"
"Of course there is, now look..."
"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No. Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?"

The Muslim pauses.

"Isn't evil the absence of good?"

The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.

The Muslim continues.

"If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is
accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will,choose good over evil."

The professor bridles.

"As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable."
"I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies.
"Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolvedfrom a monkey?"
"If you are referring to the natural evolutionary process,youngman, yes,of course I do."
"Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"

The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.

"Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour,are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist,but a priest?"
"I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses.
"So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"
"I believe in what is - that's science!"
"Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.
"Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed..."
"SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters.

The class is in uproar.The Muslim remains standing until the commotion has subsided.

"To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"

The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room.

"Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen,molecules, atoms, the professor's brain?"

The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.

"Is there anyone here who has ever heard the professor's brain...felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"

No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly.

"It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable,demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain! As we can't feel it, we can't touch it, we can't ever smell it using our sense.

NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD, ABOUT THE PURPOSE OF EXISTENCE OF CREATION AND LIFE, ABOUT THE MESSENGERS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT.

Allah says in the His Holy Book:

There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing 2:256

Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve,their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness...(257)"


The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!
********************************************
~This is a must-read articles for moslems who are about to study abroad or even in local higher institution because it is the islam's enemy strategy to impose such thing in higher institution to shaken our faith toward the Almighty; Allah. It is about the time as well, we wake up from being 'bullied' by the non-believers, not to fight physically against them, but to convince and help them to see the rightest path way. in order to do that, we as moslem, should, by any means, have to show the best in islam, practicing values that the Prophet Muhammad SAW had thought us to.~
Rasulullah (SAW) said: “Seeking knowledge is a religious obligation for every Muslim (male or female).” (Ibn Majah)
source: iluvislam.com

Lobak, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru. Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi.

Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?".

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.

"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau... Apakah anda adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan, anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi, anda menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau anda adalah serbuk kopi? Serbuk kopi yang merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Ketika keadaan menjadi semakin buruk, anda akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar anda juga menjadi semakin baik.

Secawan Kopi

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.

Kemudian, Dr. Izwan bertanya,

"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?".

Para pelajarnya menjawab,

"Ya, balang kaca itu sudah penuh".

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut.

Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?".

"Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut.

Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?".

"Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika.

Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?.

Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh".

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?".

Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah prioriti".


Sunber: iluvislam.com

5 Syarat Nak Buat Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Cara Rasulullah SAW Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. Mengelak dan Menyembuhkan penyakit. (Disusun oleh: Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN:
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN:
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR:
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI:
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI:
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN:
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buahyang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

p/s : Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179).

Sama-samalah kita perbaiki diri kita. Perbetulkan apa yang salah. Perelokkan apa yang dah betul. Mari kita manfaatkan cuti semester kita kali ini dengan perkara yang berfaedah. Banyakkan pembacaan, kurangkan perkara-perkara yang melalaikan, sama-sama kita muhasabah diri.

Jaga Diri, Kuatkan Hati, Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi!
Gembira Bersama K19~~

Seindah Bidadari Syurga

Sahabat-sahabat semua..sama-sama kita hayati kisah ini "Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"Wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tidak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan

lemah, tapi senjata."

Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi... "Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud; "Wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu". Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya.

Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun... wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."

Adik masih tak puas hati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Aduh, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

Adik menggaru kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang 'term' solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pada persepsi wara’ dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi.

Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada 'stage' yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. Bila mana dia menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golongan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai-pandailah dikau menilai... antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yang tak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yang tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia,kan? Tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah-buah epalnya yang kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini.Wahai adikku... Sungguh tulus bersih jiwamu... Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam....

Indahnya Matematik...

Indah tak matematik???

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E O-F-G-O-D


12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top....

Bersalam Tak Hina Wanita

 
Kaum feminisme menganggap bahawa amalan bersalaman (antara suami dan isteri) adalah bukti penghinaan terhadap perempuan. Mengapa isteri mesti meraih dan mencium tangan suaminya? Mengapa tidak sebaliknya? Bukankah itu tanda perempuan lebih rendah dari lelaki?

"Assalamu'alaikum...," ucap Muhsin mengakhiri rakaat terakhirnya. Dibelakangnya Hasanah isterinya mengucap lafaz yang sama menandakan solat jemaah telah selesai. Seperti biasanya, sejak dia berkahwin dengan Muhsin maka Hasanah meraih tangan suaminya lalu disalami dan diciumnya.

"Bang..., bolehkah saya bertanya?" ujarnya setelah keduanya selesai berzikir.
"Tentu saja, masalah apa?"
"Tentang masalah bersalaman...."
"Bersalaman? Ada apa? .....Bagaimana?...Mengapa?
"Kaum feminisme menganggap bahawa amalan bersalaman seperti tadi adalah bukti penghinaan terhadap perempuan. Mengapa isteri mesti meraih dan mencium tangan suaminya? Mengapa tidak sebaliknya? Bukankah itu tanda perempuan lebih rendah dari lelaki? Bagaimana tanggapan Abang?"

"Oh, itu yang dimaksudkan. Apakah Abang pernah memerintahkan Adik berbuat demikian?"
"Tidak."
"Atau menganjurkan?"
"Tidak."
"Mengapa Adik melakukannya?"
"Umm... mengapa ya? ....... Mungkin pertama, saya sering melihat ibu melakukan hal yang demikian kepada bapa. Kedua, naluri saya sebagai isteri memerintahkan saya berbuat demikian. Ketiga, saya melihat Abang senang menerimanya. Saya bahagia jika suami merasa gembira dengan sesuatu yang saya perbuat."

"Adik merasa direndahkan?"
"Tidak."
"Sebenarnya kesimpulan daripada yang adik tanyakan tentang masalah bersalaman. Walaupun
bersalaman pada mulanya dilakukan penduduk Yaman namun Rasulullah saw mentradisikannya di kalangan kaum Muslimin. Bahkan baginda pernah menyatakan, 'Tiada dua orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum berpisah.' Bersalaman adalah lambang perdamaian dan kedamaian. Bersalaman tidak dilakukan oleh dua orang yang bermusuhan dan bendendam."
"Mencium tangan?"
"Itu dilakukan para sahabat kepada Nabi saw."
"Jadi bersalaman adalah sebuah tradisi kebaikan?"
"Ya! Rasulullah saw mengingatkan kaum Muslimin untuk tidak meremehkan suatu kebaikan walaupun sekadar menghadapi teman dengan muka yang manis. Apa lagi menghadapi suami dan isteri."

"Itukah alasan abang menerima huluran tangan saya?"
"Benar! Bukan atas rasa kebanggaan diri sebagai suami, saya menyambut huluran tangan itu. Tidak juga kerana saya merasa lebih baik dari Adik. Abang sedar bahawa ketaqwaanlah yang menjadikan kemuliaan seseorang.
Sedangkan taqwa dan iman itu boleh naik dan boleh turun. Suatu saat boleh jadi keadaan Abang lebih baik dari Adik. Pada saat yang lain, barangkali Abanglah yang memerlukan dorongan dan nasihat dari Adik. Apa dan bagaimanapun kedudukan keimanan kita pada suatu saat, yang jelas bersalaman akan membawa kepada kedamaian. Ini kebaikan yang harus dihargai."

"Apakah feminisme merasakan suasana ini?"
"Wallahua'lam.
Mereka selalu berpikir dari sisi pandangan perbezaan lelaki dan perempuan. Tidak dari sisi yang utuh sebagai manusia hidup saling melengkapi. Jika seorang lelaki pembantu umum di perusahaan menghidangkan minuman kepada seorang pelanggan termasuk perempuan, maka hal itu adalah sebuah fenomena biasa di tempat kerja bukannya penghinaan kepada lelaki. Namun jika seorang isteri menghidangkan minuman kepada suaminya yang baru pulang kerja, maka golongan itu menganggap sebagai suatu penghinaan terhadap martabat perempuan. Padahal Allah telah menentukan keluarga sebagai sebuah struktur organisasi masyarakat dengan sebuah model kepemimpinan yang digariskan berdasarkan pertimbangan seluruh aspek kemanusiaan lelaki dan perempuan."

"Abang adalah pemimpin saya. Sayalah yang perlu meraih dan menciumi tangan Abang. Ini antara kebaikan yang saya mampu lakukan."
"Jazakillahi khoiron. Sesungguhnya lurusnya jalan saya sebagai suami serta ketaatan Adik sebagai isterilah yang menjadi tulang belakang kepada berhasilnya kepemimpinan keluarga ini. Mengenai bersalaman tak ada salahnya jika suatu saat saya yang meraih dan mencium tangan Adik.
Namun kenyataannya Adiklah yang selalu mendahului saya."
"Saya Redha......"

Berapa Harga Wanita? Subhanallah…


Pada abad ketiga hijrah, Musa bin Ishak, seorang hakim dari daerah Riyi dan Ahwaz, sedang bersidang untuk memutuskan perkara-perkara yang sedang diajukan kepadanya. Di antara perkara yang dibicarakan ialah tentang seorang wanita yang telah mendakwa suaminya, berhutang sebanyak 500 dinar sebagai maskahwin yang belum dilunaskan lagi. Si suami menolak dakwaan itu, seraya menyatakan bahawa dia tidak berhutang apapun kepada isterinya. Berkata hakim kepada si suami, “Bawalah saksi-saksi anda,” Jawab si suami, “Saya ada saksi.” Maka Tuan Hakim pun memanggil salah seorang saksi tersebut seraya berkata kepadanya, “Sekarang lihatlah wajah isteri orang itu untuk membuktikan dalam penyaksianmu nanti.”

Si saksi pun pergilah kepada isteri orang itu, seraya berkata kepadanya, “Marilah ke sini, aku hendak melihat wajahmu.” Sang suami berkata, “Apa yang kau hendak daripada isteriku itu?” Hakim berkata, “Si saksi ini mesti melihat wajah isterimu yang bertutup muka ini supaya dia kenal wajahnya.” Rupa-rupanya si suami tidak mahu isterinya dibukakan mukanya untuk dilihat oleh para saksi di hadapan orang ramai. Dia lalu bangun dan bersuara kepada hakim, “Biarlahlah saya mengaku berhutang maskahwin yang dituntut oleh isteriku itu asalkan dia tidak membuka wajahnya di hadapan orang ramai.”

Apabila si isteri mendengar kata-kata suaminya yang tidak redha wajahnya dilihat oleh para saksi dan suaminya mengambil berat tentang dirinya, dia berasa amat terharu seraya berkata kepada hakim, “Wahai Tuan Hakim! Saksikanlah bahawa saya telah maafkan maskahwin itu dari suamiku, dan saya bebaskannya dari membayar maskahwin itu dunia dan akhirat.”

p/s : “Catatkanlah peristiwa ini di dalam ingatan kamu mengenai budi pekerti yang luhur. Kasih sayang itu sangat berharga. Carilah kasih sayang yang kekal abadi yang boleh mendorong kita memperoleh kasih sayang yang lain. Sayangilah Allah, Rasulullah dan Ibu Bapa kamu sebelum kamu mengasihi orang lain yang belum pasti lagi menjadi milik kamu."

Apabila Al-Quran Mampu Bersuara




First time post dekat blog K19 ni...
Mintak tunjuk ajar dari abang TaQqIn...


BILA AL-QURAN MULA BERBICARA:-

Waktu engkau masih kanak-kanak...
Kau laksana kawan sejati ku...
Dengan wudhuk aku kau sentuh dalam keadaan suci...
Aku kau pegang, aku kau junjung dan kau pelajari...
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari...
Setelah selesai engkau menciumku mesra...

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah???
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...
Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan...
Aku sudah engkau anggap hanya pengisi stormu...

Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa...
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan...
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan bersendirian, kesepian...
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan...
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman...
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama teman mu di surau...

Sekarang... seawal pagi sambil minum kopi... engkau baca surat khabar dahulu...
Waktu lapang engkau baca karangan manusia...
Sedangkan aku ayat-ayat yang datang dari Allah Azza wajalla...
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang kala engkau lupa baca pembuka surah2 ku...
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi...
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu...
Sepanjang perjalanan, radio mu selalu tertuju ke stesyen radio kegemaranmu...
Mengasyikkan...

Di meja stadimu tidak ada aku untuk kau baca sebelum mulai kerja...
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu...
Jarang sekali kau putar ayat-ayat ku...
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan...
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu...
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku...

Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV...
Menonton siaran televisyen...
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk...
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah...
Waktu pun cepat berlalu...
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu...
Mengumpul debu atau mungkin di makan hama...

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali...
Itupun, hanya beberapa lembar dariku...
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu...
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku...
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu...

Bila engkau di kubur sendirian menunggu kiamat tiba...
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya...
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu???
Yang pasti ayat-ayat Allah S.W.T yang ada padaku menolong mu...
Itu janji Tuhanmu, Allah S.W.T...

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan Akhirnya...
Kubur yang setia menunggu mu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhan Mu...

Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti...
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan...
Yang akan membantu engkau membela diri...
Dalam perjalanan ke alam akhirat...
Dan akulah "Al-Quran”, kitab suci mu...
Yang sentiasa setia menemani dan melindungi mu...

Peganglah aku kembali... bacalah aku kembali setiap hari...
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci...
Yang berasal dari Allah Azza wajalla...
Tuhan yang Maha Pengasih Dan Maha Pemurah...
Yang disampaikan oleh Jibril Melalui Rasulmu...
Keluarkanlah aku segera dari almari, laci mu...
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu...
Agar engkau sentiasa mengingati Tuhanmu...
Sentuhilah aku kembali...

Baca dan pelajari Aku...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat...
Seperti dulu... waktu engkau masih kecil...
Di surau kecil kampungmu yang damai...
Jangan aku engkau biarkan sendiri...
Dalam bisu dan sepi...
Maha Suci Allah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana...