Showing posts with label awwalul kalam. Show all posts

Happy First Anniversary

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali. Bermula 16 Julai, blog telah beroperasi seperti biasa. Mungkin anda tidak biasa dengan blog yang 'kosong' ini, tapi sukacita saya maklumkan proses upgrade masih berjalan. Jadi diharapkan anda bersabar dengan perubahan ini buat sementara waktu, sementara saya masih memerlukan alternatif seperti talian internet yang amat laju untuk meneruskan proses naik taraf blog ini. Mungkin selepas ini anda akan dapat melihat perubahannya yang ketara dari segi headline, kelajuan loading dan features yang baru. Stay tune for more cool stuff. 

SELAMAT ULANG TAHUN BLOG YANG PERTAMA.

p/s: tarikh hari ini jatuh pada permulaan Hijrah. 

Pendahuluan...

Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim...  

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.  Alhamdulillah, dengan limpah dan rahmat kurnianya, akhirnya blog edisi sulung untuk pelatih-pelatih guru opsyen Pendidikan Islam berjaya dilancarkan dengan jayanya. Dikendalikan oleh pelatih-pelatih guru unit K19, yakni Pendidikan Islam sjkc, adalah dengan ini diharapkan agar blog ini dapat menjadi wadah untuk kita saling berkongsi maklumat dan berhubung dalam suasana ukhwahfillah yang diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. Modus operandinya, blog ini juga dilancarkan dalam menyahut cabaran dunia globalisasi masa kini yang memerlukan setiap mahasiswa untuk lebih 'celik IT' dan berdaya saing dalam memajukan dunia maya ini. Akhirul kalam, diharapkan agar semua pelatih guru opsyen Pendidikan Islam khususnya dan seluruh pelatih Institut Pendidikan Guru Ipoh amnya dapat mengambil sedikit sebanyak 'ibrah dan manfaat untuk kebaikan kita bersama. Tidak dilupa juga, selamat datang, welcome, ahlan wasahlan, diucapkan kepada semua ke bumi waqafan ini, bumi berkah dan rahmah (insya Allah), dan selamat belajar.

Sekian.

Jazakumullahu Khairan Kasiran
-dari pena penerbit