Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari



Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
(17/3/1710 – 13/10/1812)




Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari dilahirkan pada 15 Safar 1122 Hijrah bersamaan 17 Mac 1710 Masihi di Kampung Lok Gabang, Martapura, Banjarmasin. Bapanya Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700 1734M). Bapanya bukan asal orang Banjar, tetapi datang dari India, mengembara untuk menyebarkan dakwah. Beliau seorang ahli seni ukiran kayu.

Beberapa penulis biografi Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari, antara lain Mufti Kerajaan Indragiri Abdurrahman Siddiq, berpendapat bahwa beliau adalah keturunan Alawiyyin melalui jalur Sultan Abdurrasyid Mindanao.

Jalur nasabnya ialah Maulana Muhammad Arsyad Al Banjari bin Abdullah bin Abu Bakar bin Sultan Abdurrasyid Mindanao bin Abdullah bin Abu Bakar Al Hindi bin Ahmad Ash Shalaibiyyah bin Husein bin Abdullah bin Syaikh bin Abdullah Al Idrus Al Akbar (datuk seluruh keluarga Al Aidrus) bin Abu Bakar As Sakran bin Abdurrahman As Saqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali Maula Ad Dark bin Alwi Al Ghoyyur bin Muhammad Al Faqih Muqaddam bin Ali Faqih Nuruddin bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khaliqul Qassam bin Alwi bin Muhammad Maula Shama’ah bin Alawi Abi Sadah bin Ubaidillah bin Imam Ahmad Al Muhajir bin Imam Isa Ar Rumi bin Al Imam Muhammad An Naqib bin Al Imam Ali Uraidhy bin Al Imam Ja’far As Shadiq bin Al Imam Muhammad Al Baqir bin Al Imam Ali Zainal Abidin bin Al Imam Sayyidina Husein bin Al Imam Amirul Mu’minin Ali Karamallah wajhah wa Sayyidah Fatimah Az Zahra binti Rasulullah SAW.

Semasa ibunya hamil, kedua ibu bapanya sering berdoa agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah lahir, ibu bapanya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yang dinanti nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul Husna, di samping berdoa kepada Allah. Setelah itu diberi pendidikan Al Quran kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya iaitu 'Abidin, Zainal Abidin, Nurmein, dan Nurul Amien.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Semasa Kecil

Sejak kecil, Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari kelihatan cergas dan cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni lukis dan seni tulis, sehingga sesiapa sahaja yang melihat karyanya akan berasa kagum dan terpukau.

Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan ke kampung kampung. Apabila baginda sultan sampai ke kampung Lok Gabang, baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. Justeru, sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun.

Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari mendapat pendidikan penuh di istana sehingga usianya mencapai 30 tahun. Kemudian, beliau dikahwinkan dengan seorang perempuan yang solehah bernama Tuan Bajut. Hasil perkahwinan, beliau memperoleh seorang puteri yang diberi nama Syarifah.

Syeikh Muhammad Arsyad telah meneruskan pengembaraan ilmunya di Makkah dan Madinah. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Tamjidillah (1745 1778M) dan pengganti baginda Sultan Tahmidillah (1778 1808M). Selama belajar di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad tinggal di sebuah rumah yang dibeli oleh Sultan Banjar yang terletak di kampung Samiyyah iaitu dikenali sebagai Barhat Banjar.

Syeikh Muhammad Arsyad AI Banjari Semasa Di Makkah Dan Madinah

Semasa di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad belajar dengan tekun di Masjidil Haram dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau berguru dengan ulama' ulama' terkenal pada masa itu seperti Syeikh Ataillah Bin Ahmad al Misriy, Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al Kurdiy, Syeikh Muhammad Bin Abd Karim al Qadiri, Syeikh Ahmad Bin Abd Mun'im al Damanhuri, Syeikh Hasan Bin Ahmad 'Akisy al Yamani, Sheikh Salim Bin Abdullah al¬Basri, dan banyak lagi.

Sahabat sahabat Syeikh Muhammad Arsyad merupakan golongan pencinta kepada ilmu pengetahuan sehingga setiap perternuan yang merupakan majlis ilmu, mereka saling bermuzakarah bersama-sama. Antara sahabat beliau ialah: Syeikh Abdul Samad al Falimbani, Syeikh Abdul Rahman Mesri, Syeikh Daud bin Abdullah al Fatani (pengarang kitab Munyatul Musolli), Syeikh Abdul Wahab Sadengreng (Bugis), dan Syeikh Muhammad Salih bin Umar al Samarani atau 'Semarang'.

Untuk menambah ilmu, Syeikh Muhammad Arsyad bersama sahabatnya ingin merantau pula ke Mesir. Namun, setelah bersiap untuk berangkat, mereka mendapat khabar bahawa ulama' besar Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al-Kurdie datang ke Madinah. Lantas beliau bersama sahabat pergi ke Madinah untuk berguru dengan syeikh tersebut.

Pulang Ke Tanah Air

Setelah berada selama 30 tahun di Makkah dan lima tahun di Madinah, Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari pulang ke tanah air untuk menyebarkan Islam. Setibanya beliau ke kampung halaman, beliau membuka pusat pusat pengajian untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, Syeikh Muhammad Arsyad turut membiasakan diri bersama orang kampong berkebun, bersawah, dan bertani.

Di samping aktif mengajar dan mendidik masyarakat Islam yang datang dari pelbagai pelosok daerah, beliau turut turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan pembesar dan bangsawan.

Dalam menyampaikan dakwah, Syeikh Muhammad Arsyad menggunakan pelbagai kaedah pendekatan iaitu Dakwah bil Hal (dakwah yang menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau), Dakwah bil Lisan (dakwah dengan menggunakan pendekatan lidah iaitu mengajak dan menyeru) dan Dakwah bil Kitabah (dakwah dengan menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah).

Karya karya Syeikh Muhammad Arsyad AI Banjari
  1. Kitab Usuluddin   Ditulis pada 1188H (1774 M), ditulis dalam bahasa Melayu, yang memuatkan masalah tauhid dan keimanan. Risalah ini belum pernah dicetak.
  2. Luqthatul 'AjIan fi Bayan Haid wa istihadhati wa nifas al Niswan   Iaitu kitab yang mengupas mengenai masalah haid, istihadhah, dan nifas. Isi kitab ini terdiri daripada muqaddimah, 15 fasal, dan penutup. Dicetak pada tahun 1992 di Indonesia. Dalam kitab ini dinyatakan bahawa wajib hukumnya bagi perempuan belajar masalah haid, istihadhah, dan nifas. Jika suami orang berilmu, dia wajib mengajar isterinya; jika sebaliknya, dia wajib memberi keizinan kepada isterinya untuk belajar mengenainya.
  3. Kitab Tuhfat al Raghibin   Ditulis pada 1188H (1774M). Pernah diterbitkan di Mesir pada 1353H. Kitab ini membincangkan masalah tauhid iaitu penjelasan tentang hakikat iman, perkara¬-perkara yang boleh merosakkan iman, tanda seseorang menjadi murtad, dan sebagainya. Kitab ini terdiri daripada muqaddimah, tiga fasal, dan penutup.
  4. Kitab al Qawl al Mukhtasar fi 'Alamat al¬Mahdi al Muntazar   Kitab ini mula dikarang pada tahun 1196H. Mengandungi perbahasan tentang tanda tanda kiamat seperti Imam Mahdi, Dajjal, turunnya Nabi Isa, terbit matahari sebelah barat. Ditulis dalarn tulisan jawi dan pernah dicetak di Singapura tahun 1356H (1937M).
  5. Kitab Ilmu Falak   Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Penulisannya mernuatkan kaedah bila terjadinya gerhana matahari dan bulan. Walau bagaimanapun kitab ini belum sempat dicetak.
  6. Kitab al Nikah   Kitab ini menerangkan tentang pengertian wali dan kaedah melaksanakan akad nikah berdasarkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kitab ini pernah diterbitkan di Istanbul pada 1304H.
  7. Kitab Kanzul Ma'rifah   Kitab ini berkaitan dengan ilmu tasawuf serta penjelasan mengenai hakikat mengenal diri untuk mencapai makrifat kepada Allah. Isi kandungannya ditulis dalam bahasa Melayu dan belum dicetak.
  8. Kitab Sabil al Muhtadin   Inilah kitab beliau yang paling masyhur. Kemasyhuran kitab ini akhirnya menjadi khazanah di beberapa perpustakaan besar iaitu di Makkah, Mesir, Turki, dan Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, dan Brunei. Karya Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari yang paling terkenal ini merupakan kitab fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh alam Melayu. Terdapat di dalam dua jilid, jilid pertama mempunyai 252 halaman dan jilid kedua 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini meliputi persoalan ibadah yang menyentuh thaharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang halal dan haram serta sembelihan. Kitab ini ditulis atas permintaan Sultan Tahmidillah Bin Sultan Tamjidillah. Penulisannya mengambil masa selama dua tahun iaitu dimulai pada 1193H/1779M dan selesai pada 27 Rabiul Akhir 1195H. Kitab ini pertama kali dicetak di Istanbul pada tahun 1300H/1882M kemudian diulang cetak di Kaherah dan Makkah.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia pada malam Selasa iaitu di antara waktu Maghrib dan Isyak, pada 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan 13 Oktober 1812 Masihi. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat Islam di Nusantara.

Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau. Antaranya ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al Banjari dan Masjid Raya Sabilal Muhtadin.

Sumber: 
Dewan Agama, Mei 2005, ms46-47
Wikipedia Indonesia
Utusan Online: Bicara Agama

File Update 22 Januari 2011


Mulai minggu ini dan seterusnya, insya Allah bahan-bahan bacaan yang berguna akan dimuat naik dalam Gumuu sebagai bahan perkongsian bersama. Merangkumi pelbagai topik meliputi pokok agama iaitu tauhid, feqah, tasawwuf dan lain-lain, dokumen akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebagai ahli unit K19 anda hanya perlu daftar masuk menggunakan kata nama dan kata laluan yang telah dibekalkan. Harap maklum.

Topik: Tasawwuf* (Perhatian: Sila bertanyakan pada yang ahli jika anda tidak memahami istilah-istilah yang digunakan dalam dokumen-dokumen ini untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham)
  1. Ad-Din an-Nasihah
  2. Bahrul Lahut
  3. Tinjauan Terhadap Persoalan Tareqat
  4. Tinjauan Amalan Tariqat
  5. Tasawwuf Ikatan Aqidah dan Syariah
  6. Sufi dan Relevensi Moden
  7. Dakwah Sufi antara Keaslian dan Bidaah

Anda dilarang sama sekali print out dalam bentuk hard copy atau menyebarkannya untuk sebaran umum tanpa kebenaran kerana kebanyakan dokumen yang dimuat naik adalah hak cipta terpelihara. Hanya untuk simpanan peribadi dalam bentuk soft copy. Kerjasama anda amatlah diharapkan. Terima kasih.


Knowledge is Power
Membaca Meluaskan Pengetahuan
القراءة مفتاح العلم

Imam an-Nawawi


Imam an-Nawawi (atau lebih dikenali dengan Imam Nawawi oleh masyakat Malaysia) merupakan pengarang/penulis beberapa kitab yang masyhur yang dipelajari oleh umat Islam di seluruh dunia iaitu;

1. Himpunan Hadis 40 (yang masyhur dengan nama al-Arba’in an-Nawawiyah)
2. Riyadhus-Salihin (kitab himpunan hadis-hadis yang menyentuh tentang Tazkiyah an-Nafs (penyucian jiwa. Terdapat lebih 2 ribu hadis dalam kitab ini)
3. Matan Minhaj at-Thalibin (iaitu kitab matan Fiqh dalam mazhab Syafi’ie yang banyak disyarahkan oleh ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie yang muncul selepasnya).

Nama asal beliau ialah Abu Zakaria Yahya bin Syaraf. Gelaran an-Nawawi yang menjadi panggilan yang masyhur bagi beliau adalah bersempena tempat kelahirannya iaitu perkampungan Nawa yang terletak di Daerah Hauran, selatan Dimasyq (Negara Syiria sekarang).

Dilahirkan pada tahun 631 hijrah dan meninggal dalam usia yang muda (45 tahun) pada tahun 676 hijrah. Walaupun mati dalam usia yang begitu muda, namun beliau telah meninggalkan khazanah penulisan yang cukup banyak (ada yang berjilid-jilid) yang mengkagumkan semua orang yang membaca biodata beliau. Antara tulisan beliau (selain di atas);

1. Syarah Soheh Muslim; Dalam kitab ini beliau mensyarahkan keseluruhan hadis yang ada dalam Soheh Imam Muslim yang berjumlah lebih 7000 hadis. Kitab ini terdiri dari 9 jilid yang merangkumi 18 juzuk di dalamnya.

2. Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab; al-Muhazzab ialah kitab Fiqh dalam mazhab Imam as-Syafi’ie yang ditulis oleh Imam Abi Ishaq Ibrahim bin as-Syairazi (lahir tahun 393 Hijrah, meninggal tahun 476 Hijrah). Imam an-Nawawi mensyarahkan kitab ini dengan begitu menyeluruh meliputi semua bidang ilmu merangkumi huraian bahasa, takhrij dan tashih hadis, masalah-masalah Fiqh, perbandingan mazhab dan melakukan tarjih. Namun sayangnya beliau tidak sempat menghabiskan kitab beliau ini kerana dijemput oleh Allah terlebih dahulu. Beliau hanya sempat menulis hingga pertengahan bab ar-Riba (iaitu jilid ke 10). Seorang penganalisis kitab-kitab ulamak silam Syeikh Dr. Abdul-Karim bin Abdullah al-Khudhair pernah berkata; “Jika Imam an-Nawawi sempat menghabiskan kitab beliau ini nescaya umat Islam yang hidup hari ini tidak perlu lagi kepada kitab Fiqh yang lain”. Selepas kewafatan beliau, kitab tersebut disambung pula oleh seorang ulamak mazhab Syafi’ie terkenal iaitu Imam Taqiyyuddin Ali bin ‘Abdul-Kafi as-Subki (lahir tahun 683 hijrah, meninggal tahun 756 Hijrah). Ia menyambungnya dalam tiga bab iaitu tambahan sekitar tiga jilid. Setelah Imam as-Subki tidak ada lagi orang yang menyambungnya hinggalah pada zaman mutakhir ini ia disambung dan disudahkan oleh seorang ulamak al-Azhar Mesir Syeikh Muhammad Najib al-Muti’ie () bermula dari bab al-Murabahah hingga akhir kitab).

3. Raudhah at-Thalibin; Kitab ini terdiri dari 8 jilid. Merupakan antara kitab Fiqh yang muktamad dalam mazhab Syafi’ie. Asalnya ialah dari kitab al-‘Aziz yang ditulis oleh Imam ar-Rafi’ie sebagai syarah kepada kitab al-Wajib karya Imam al-Ghazali, kemudian diringkaskan oleh Imam an-Nawawi dan diberi nama Raudhah at-Thalibin.

4. Al-Azkar; Iaitu kitab yang menghimpunkan zikir-zikir, doa-doa dan ibadah-ibadah yang warid dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

5. Al-Idhah Fi al-Manasik; Iaitu kitab yang mengupas tentang hukum-hakam ibadah haji dan umrah.

6. At-Tibyan Fi Adabi Hamalatil-Quran; Kitab yang mengupas tentang adab-adab pembaca dan penghafaz al-Quran.

7. Banyak lagi kitab-kitab beliau yang tidak dapat kita sebutkan dalam tulisan ringkas ini.

Kemampuan menghasilkan penulisan yang begitu banyak dan hebat sudah tentu menunjukkan kepada kita bahawa Imam an-Nawawi adalah seorang manusia yang tidak pernah mensia-siakan waktunya walaupun seketika. Memang itulah realitinya apabila kita membaca cerita tentang beliau dari orang-orang yang pernah hidup sezaman dengannya terutama dari anak-anak murid beliau. Masa-masa beliau hanya dipenuhi dengan aktiviti ilmu dan ibadah. Semasa tempoh pengajian, setiap hari beliau menekuni 12 matapelajaran dari guru-gurunya merangkumi ilmu Fiqh, Usul, Hadis, Bahasa Arab, Nahu, Tarajum (biodata ulamak) dan sebagainya. Menurut cerita salah seorang anak murid beliau –iaitu Ibnu al-‘Attar-; “Syeikh kami (yakni Imam an-Nawawi) pernah menceritakan bahawa beliau tidak pernah sedikitpun mensia-siakan waktu sama ada di waktu siang mahupun malam. Semuanya disibukkan dengan tugas menuntut ilmu. Malah ketika di jalanan pun beliau akan menggunakan masanya untuk mengulangkaji ilmu”.

Setelah tamat belajar beliau menumpukan pula kepada kegiatan penulisan dan pengajaran. Penulisan beliau bukan hanya bersifat menceduk daripada tulisan-tulisan dan hasil-hasil ilmiah ulamak-ulamak sebelumnya, akan tetapi beliau juga menganalisis, menyemak dan membuat pembetulan, pengesahan dan pentarjihan. Kerana itu, kitab-kitab beliau menjadi rujukan para ulamak dan umat Islam selepas beliau untuk memperolehi pandangan dan pendapat yang soheh atau yang rajih dalam sesuatu masalah terutamanya dalam mazhab as-Syafi’ie.

Dalam bidang pengajaran, beliau mencapai kemuncaknya apabila diserahkan mandat untuk memimpin pengajian di Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah iaitu sebuah pusat pengajian hadis terkenal di Syam yang hanya dipimpin oleh ulamak-ulamak hadis termasyur pada sesuatu zaman yang menguasai ilmu hadis dirayah dan riwayah. Imam an-Nawawi mula memimpinnya pada tahun 665 hijrah dan berterusan hingga tahun kematiannya. Sebelum beliau pengajian di Dar al-Hadis itu dipimpin oleh Imam Abi Syamah. Di antara tokoh yang pernah memimpinnya ialah; Imam Ibnu Solah, Imam al-Mizzi dan Imam Ibnu Kathir.

Dalam ibadah pula, beliau terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah. Ini diakui oleh semua orang yang menulis tentangnya. Berkata Ibnu al-‘Attar (salah seorang murid beliau); “Imam an-Nawawi merupakan seorang yang banyak membaca al-Quran dan banyak berzikir kepada Allah”. Dalam kitab al-Bidayah wa an-Nihayah, Imam Ibnu Kathir menulis; “Imam an-Nawawi berpuasa setiap hari”. Imam Al-Yafi’ie menceritakan; “Imam an-Nawawi banyak berjaga malam untuk ibadah, membaca dan menulis”. Berkata Imam az-Zahabi; “Imam an-Nawawi sentiasa sibuk dengan ilmu dan penulisan yang dilakukannya hanya untuk mencari redha Allah di samping ibadah, puasa, tahajjud, zikir, wirid-wirid, menjaga sekelian anggota, mencela diri dan bersabar dengan kehidupan yang susah (tidak selesa)”.

Rujukan;

1. Siyar A’lami an-Nubala’, Imam az-Zahabi (ditahqiq oleh Syeikh Hassan ‘Abdul-Mannan).
2. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Imam an-Nawawi, as-Subki dan Syeikh Najib al-Muti’ie.
3. Thabaqaat as-Syafi’iyyah, Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin Ibnu Qadhi Syuhbah (meninggal 851 hijrah).
4. Imam an-Nawawi, karya; Syeikh Ahmad Farid.

Sumber: Ulama-Amilin

IDuL MiLAd sA'Id..^^



~Hari bersejarah itu menjelma lagi dalam dirimu,

Membawa senyuman meniti di bibir dalam tawa syahdu,

Kerana kau tahu...

Semakin jauh jambatan kehidupan kau susuri,

Semakin kau hampir dengan destinasi tetapan Ilahi..,

Lalu muhasabahlah dirimu,berhenti sebentar & pandanglah kebelakang..

Apakah makna umur ini jika 1 umur pun tidak dipandang Ilahi?

Apakah makna umur ini jika segala kudrat & nikmat yang dipinjamkan lebur tanpa membuahkan saham untukmu diakhirat nanti?

Sedangkan sejarah Islam menunjukkan bahawa dalam lingkungan umurmu ini,terciptanya syabab dan fatayat yang hebat,

Muhammad Al Fateh menawan Kota Konstantinopel & menjadikannya kota yang tunduk kepada ALLAH pada usianya 23 tahun..

Jadi tetapkan matlamat hidupmu yang nyata...

Berbekalkan garis panduan Ilahi..,

Ubahlah mentaliti yang basi,tajdidkan hati...

Agar dapat kau mencium manisnya perjuangan yang dijulang oleh para mujahid Islam...

"Warga K19 dengan ini mengucapkan SeLAMAT HARI LAHIR yang ke-20 buat saudara ABDUL MUTTAQIN BIN SAHAROM.Semoga panjang umur dalam keredhoanNYA..murah rezeki yang diberkati olehNYA..berjaya didunia dan diakhirat..

~ Ya ALLAH..,

Panjangkanlah usia saudara kami,ABDUL MUTTAQIN BIN SAHAROM agar lebih lama dapat mentaatiMU...

Jadikanlah kehidupannya ini sebagai ladang untuknya menanam amal kebajikan...

Agar di akhirat kelak dapat beliau mengutip hasilnya...

Ya ALLAH..,

Tambahkanlah amalannya di saat bertambah usianya...

Hadirkanlah cahayaMU yang bersinar menyinari jalan kehidupannya...

Jadikan rehatnya adalan rantaian zikir..

Sebagai tanda cintanya padaMU...

Ya ALLAH..,

Kuatkan hatinya untuk berjihad dijalanMU...

Untuk mencari haruman syurga ciptaanMU...

Tempat rehat & nikmat abadi...

Amiin...~"

Baitul Muslim

Segala puji bagi Allah Yang Mengurniakan segala-galanya. Yang Melindungi kami, Yang Mengasihi kami sehingga tamat dan sempurna majlis pernikahan kami. Walaupun walimah tercemar dengan karaoke dan penyanyi-penyanyi yang hadir atas miscommunication antara keluarga saya dan pihak katering, kami tetap bersyukur atas segalanya dan meyakini setiap yang berlaku adalah atas kehendak Dia dan ada yang Dia mahu kami pelajari.

Mengimbau perjalanan sebelum nikah: sekadar sebuah perkongsian, moga-moga ada manfaat buat yang membaca.

Ya, saya dan yang terhormat (suami) adalah classmate sewaktu di bangku sekolah menengah.

Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Australia dan mendapat tarbiyyah di sana, dan yang terhormat melanjutkan pelajaran dan mendapat tarbiyyah di Russia.

Sepanjang tempoh kami belajar di tempat masing-masing, kami amat jarang berhubung, kalau ada pun masa awal-awal first year, sekadar ex-classmate bertanya khabar masing-masing, lagipun masa tu kami sama-sama masih baru dalam tarbiyyah, belum mengerti dan memahami Islam. Selepas mengenali tarbiyyah bertanya khabar pun makin kurang, dari tahun 3 terus terputus tanpa khabar berita.

Subhanallah, dalam tempoh itu langsung tidak terbayang satu hari nanti saya akan menjadi isteri kepada yang terhormat. Sejak dari awal lagi semenjak mengenali tarbiyyah dan mengetahui kepentingan baitul muslim saya sudah mengamalkan doa memohon kepada Allah dikurniakan seorang suami yang juga seorang ikhwah, seorang yang terbaik untuk diri saya, seorang yang mencintai dakwah, dan seorang yang akan memimpin saya ke syurga, tapi wajah yang terhormat tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

Semasa bulan Ramadhan di hujung tahun 4, saya memanjangkan lagi doa dan harapan supaya Allah memudahkan urusan baitul muslim ini untuk saya. Mungkin kerana umur semakin bertambah, dan terasa diri terlalu terumbang-ambing dan memerlukan seseorang untuk sentiasa menasihati. Pada setiap tahajjud di bulan Ramadhan itu saya sungguh-sungguh berdoa meminta kepada Allah.

Dalam bulan Ramadhan itu juga naqibah saya menyampaikan pertanyaan dari yang terhormat dari Russia. Subhanallah, terus saya terfikir apakah ini jawapan kepada doa-doa saya?

Tetapi saya tidak mahu terburu-buru. Lalu solat malam saya, saya tambahi dengan solat istikharah, mohon sungguh-sungguh dari Allah menunjukkan saya jalan terbaik untuk diputuskan, dan memohon agar diberi kekuatan dan ketenangan. Alhamdulillah, istikharah saya semakin hari menjadikan saya semakin tenang, tidak ada rasa berat dalam diri untuk menerima. Juga saya tidak punya sebab untuk menolak.

Mengenali yang terhormat semasa di sekolah, segala buruk dan baik dia saya terima seadanya.

Maka, begitulah mudahnya saya menerima yang terhormat untuk menjadi suami saya. Mengapa yang terhormat memilih saya menjadi isterinya, biarlah dia menyimpannya. Ini kisah saya, kisah Australia.

Kemudian kami bertunang selama setahun. Adakah hati saya benar-benar bersih sepanjang setahun pertunangan itu? Biarlah Allah saja yang tahu dan menentukan. Yang boleh saya ceritakan, memang banyak dugaan dan bisikan-bisikan yang meruntuhkan keimanan menyerang sepanjang tempoh itu. Semoga Allah ampunkan segala dosa. Oleh itu saya cuba sedaya upaya untuk tidak banyak berurusan dengan yang terhormat, dan syukur jarak yang jauh banyak membantu. Segala perbincangan kami adalah melalui email yang di-cc kan kepada naqib-naqibah masing-masing, pun begitu saya sering rasa tidak selesa. Syukur menjelang dekatnya pernikahan yang terhormat banyak berurusan terus dengan ibu bapa saya tanpa melibatkan saya, and I was very happy for that.

Alhamdulillah, kini saya adalah isteri, zaujah kepada yang terhormat. Masih terlalu baru, masih terlalu banyak untuk dipelajari.

Maka, masih tidak layak untuk memberikan nasihat dalam urusan baitul muslim, cuma sekadar ingin berkongsi dari pengalaman setakat ini.

Cukuplah Allah sahaja.

Mohonlah banyak-banyak dan sungguh-sungguh kepada Allah. Jangan sekali-kali berputus-asa. Anda tak akan tahu doa yang mana yang Allah akan berkenan untuk kabulkan. Mintalah setulus hati agar dimudahkan urusan baitul muslim ini. Pasti Allah akan membukakan jalan dari arah yang paling tidak disangka-sangka.

Dan cukuplah Allah sahaja sebagai sandaran untuk beroleh bahagia. Ketika orang lain meletakkan berbagai-bagai kriteria untuk menjamin kebahagiaan dalam berumah tangga, marilah kita meletakkan Allah semata-mata. Bukan sedikit orang yang bertanya dan memberikan nasihat kepada saya supaya benar-benar mengenali yang terhormat, sekurang-kurangnya sebelum bernikah, tapi apakan daya, hati saya sudah tetap. Janganlah sekali-kali meletakkan bahaya dunia sebagai penjamin kebahagiaan; rupa, harta dan jawatan, lebih-lebih lagi trend yang paling berbahaya; iaitu harus benar-benar mengenali hati budi pasangan sebelum memutuskan. Mengapa? Anda takut nanti anda tidak mendapat cinta dan bahagia? Dengarlah, cinta itu hadiah automatis saat anda rela menjadi suami-isteri.

Hadiah yang automatis.

Sungguh saya tak layak memberikan nasihat, maka cukuplah setakat ini di sini. Cuma saya pinta kepada semua yang mengenali diri dan yang terhormat, janganlah diungkit-ungkit kisah hitam yang lalu. Memang saya punya sejarah yang buruk dan ternoda dengan dosa dan maksiat lama sebelum mengenali Allah dan islam, tetapi hormatilah hak saya, dan jagalah hati suami saya, perkara yang lepas tu biarkanlah berlalu.

Terima kasih Allah. Terima kasih ibu, ayah dan keluarga yang terlalu banyak berkorban. Terima kasih naqibah saya. Terima kasih semua teman-teman dan saudara-mara.

Dan terima kasih yang terhormat. Sungguh, seluruh tulisan ini hanyalah elaboration kepada: I LOVE YOU

Warkah Adam buat Hawa



Hawa,
Keindahan mu itu bukanlah barang jualan untuk diperdagangkan,bukan juga bahan pameran untuk ditayangkan, tapi adalah anugerah untuk kau pelihara dan syukuri,kecantikan merupakan satu rahsia,bilamana rahsia terbuka ianya menjadi soal biasa yang tidak menimbulkan rasa,daya dan gaya. Setelah itu, dimana lagi keistimewaan golongan yang bernama wanita.

Aduhai Hawa,
Usahlah lupa,wanita pernah diperhamba dan maruahmu pernah diperjaja.Ketika itu,dimana martabatmu dan dimana harga harga keindahan tubuhmu dicelahan kegelapan itu,Islam hadir menyirna kejahilan,membawa hijab menutupi keayuanmu, dan membawa keimanan memartabat maruah.

Mengapa Hawa?
Tika dalam zaman gelita kau diperkosa namun setelah hadirnya cahaya kau menjadi lupa.Mengapa kini kau tanggalkan pakaian islam yang telah memartabatkanmu, dan kini mengapa kau tinggalkan keimanan yang telah memuliakanmu.Apakah dikau inginkan kehinaan terus menghiasi insan yang bergelar Hawa.?

Renungkanlah Hawa,
Cukuplah fitnahmu menggegar dunia,cukuplah kecantikanmu menggelorakan jiwa,dan cukuplah lenggokmu mencairkan takwa.Usahlah kau peragakan lagi kejelitaanmu sekadar mencari kasih yang fana. Selubungilah jiwamu dengan takwa agar keabadian cintaNya hadir membahagiakanmu.Tiada erti kasih manusia tanpa rahmat dan redhaNya.

Sedarlah Hawa,
Harga dirimu terlalu tinggi.Namun mengapa dikau sanggup menjajanya.Dikaulah perhiasan dunia yang berharga.Tanpamu tiadalah seri yang menghiasi darul fana ini. Kembalilah sinar keimanan Maryam di dalam dirimu. Semailah ketabahan Hajar di sanubarimu. Tanamlah ketaqwaan Rabiatul Adawiyah di dalam jiwamu agar kesuraman dunia akan tersirna. Sesungguhnya Adam tidak mampu berdiri teguh tanpa insan yang bergelar Hawa.


~"Dirimu terhias sebagai seindah hiasan dunia...
Maka jadikanlah dirimu NISA' yang boleh menjadi MUJAHIDAH,berjihad di jalan ALLAH...
Jadikanlah dirimu antara FATAYAT yang dijulang,cantik dipandang tetapi susah dipegang...
Jadikanlah dirimu MUKMINAH yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam...
Biar nafsumu hidup dalam TARBIYYAH di jalan dakwah bertintakan air mata perjuangan,dititip di atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk jihad menuju MARDHOTILLAH...
Ya ALLAH..,berilah kekuatan kepada mereka dalam menempuh segala onak dan duri kehidupan..
Tika mereka berada di dalam kekeliruan,KAU tunjukkanlan jalan penyelesaiannya YA ROBBI..
Agar hidup mereka sentiasa mendapat hidayahMU.."~


ADAM



Eidul Milad Sa'id


EIDUL MILAD SA'ID ^^


Hari ini hari lahirmu,

Hari ini bertambah lagi usiamu,

Hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu,

Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang, dek ujian yang akan mendatang,

Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri,

Hari ini ALLAH telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya,

Semakin berkurang tempoh untuk beramal,

Semakin kubur mempersiap tempat untukmu,

Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,

Semakin dekat masa amalan diperhitung

Dan semakin hampir haruman Firdausi atau azabnya Jahannam...


"K19 dengan ini berbesar hati mengisytiharkan bahawa Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan telah mencapai umur 19 tahun.Kami semua mendoakan semoga beliau sentiasa di bawah lindungan ALLAH. Amiin^^"


Tidur Yang Terlarang

Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat. Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.
Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit dengan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.

Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:
  1. Akal menjadi lemah
  2. Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
  3. Otak cepat dungu/bebal
  4. Tubuh badan menjadi lemah
  5. Suburnya sikap pemalas
  6. Tiada adab

Jika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.

Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.
Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.Antara tidur yang dilarang adalah:

  1. Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
  2. Tidur selepas Asar.
  3. Tidur selepas Maghrib
  4. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
  5. Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
  6. Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
  7. Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
  8. Tidur yang terlalu banyak.

Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Tips kurangkan tidur - KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!


p/s: Asif tidak menyatakan sumber kerana ana tidak pasti artikel ini dari mana.....sedar2 dah ada dalam lap top...

Selamat Kembali

Selamat kembali kepada semua warga IPG Kampus Ipoh daripada cuti semester yang telah berlangsung selama 1 bulan 13 hari... Semoga semester ini lebih baik daripada semester yang sebelumnya...

Selamat menuntut ilmu, mendidik hati, dan mentarbiah jiwa daripada kami, Warga K19.....

Salam Takziah

Kami, Warga K19 mengucapkan takziah kepada Puan Wan Maznah Binti Wan Ismail, Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral(JAPEIM), Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, atas pemergian suami tercinta ke rahmatullah semalam. Semoga Puan dan keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran olehNya dalam menempuh ujian ini. Kami doakan semoga roh allayarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh... Amin...
Al-Fatihah...