Important Announcement

Assalamualaikum.

Insya Allah, blog K19 akan dinaiktaraf sebelum menjelangnya ulangtahun pertama penerbitan blog ini, dan juga sebagai meraikan pelatih-pelatih baru yang akan mendaftar nanti. Sehubungan itu, blog ini tidak akan dapat diakses dalam suatu tempoh yang akan diberitahu kelak. Kerjasama anda juga amat saya harapkan untuk kelangsungan blog ini. 

Antara plan yang dirancang:

  • template baru
  • ruangan baru
  • lebih banyak link blog-blog yang menarik

Majulah asatizah untuk agama.


K19's Kalam Jama'ei












Arabian Night

Bismillahirrohmanirrohim....

Pada 26 April yang lalu, unit bahasa arab telah menganjurkan karnival Bahasa Arab bertempat di Dewan Seri Tanjung Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Ana rasa, tak perlu nak tulis panjang-panjang, kita biarkan gambar berbicara.




Sementara menunggu untuk membuat video klip.




Tak cukup orang lagi nih....




Bina piramid untuk persiapan dewan.



Raptai persembahan gabungan.



Sesi bergambar selepas program.

How to Solve Rubic Cube



Cubalah! =)


Pengumuman Penting

Assalamualaikum.

Pesanan penting dari saya. Esok, 15 April 2011 insya Allah akan diadakan sesi servis laptop dan kelas literasi komputer, merangkumi tips untuk assignment, penjagaan laptop dan penambahbaikan. Ini adalah kali terakhir saya akan mengadakan kelas sedemikian, memandangkan sebelum ini telah diadakan, dan hanya dihadiri oleh warga kelas K18. Sebarang servis laptop, dan khidmat pertanyaan berkaitan hal yang akan saya kongsikan selepas esok TIDAK AKAN saya layan lagi, memandangkan anda dari kelas K19. Kepada yang hendak format laptop, sila backup siap-siap. Saya berkongsi, terpulang pada anda untuk mendapatkannya. Memandangkan ada yang menghantar laptop dan sesuka hati menetapkan dateline, membuat sesuatu tanpa bertanya dan bila rosak baru nak bising-bising kepada saya serta sebagainya, hal tersebut sangat-sangat mendatangkan kesukaran kepada saya. Harap maklum. Terima kasih.

Karnival Bahasa Arab

Pengumuman...

Pada 25 APril 2011, Unit Bahasa Arab akan menganjurkan Karnival Bahasa Arab... Semua pelatih, para pensyarah dan staf IPGKI dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut... Segala maklumat mengenai program tersebut adalah seperti dibawah...





Jom sama-sama kita memeriahkan lagi karnival Bahasa Arab........

Ponteng Sekolah

Gambar ini hanyalah hiasan semata-mata ^^





Al Kisah di suatu subuh yang bening.... Dalam sebuah rumah banglo..


Aminnnnnnnnn! Jerit seorang ibu tua dari dapur..


Anak tunggal kesayangan tidak menjwab.. ia masih nyenyak tidur dibuai mimpi (mungkin).


Aminnn bangun! Hari dah nak pagi! Nanti lewat ke sekolah.. ulang ibu tua itu lagi...(Kali ini nadanya lebih kuat lagi, agar anaknya cepat bangun).


Namun Amin masih tidak bangun.


Sebenarnya Amin sudah lama sedar, dia sudah lama menunai solat subuh. Tetapi dia tidur balik, ia merasa hilang keinginan ke sekolah. Sebelum ini Amin tidak pernah perasaan seperti itu. Dia memang dedikasi dan tegas.


Ibu Amin merasa risau atas perubahan sikap Amin yang sudah tidak suka ke sekolah, lalu dia ke bilik Amin sambil memujuk untuk Amin ke Sekolah.


"Amin! Kenapa tak bangun lagi?" kata ibu sambil menggoyangkan kaki anak kesayangannya. "Nanti lewat ke sekolah" ulang ibu.


"Amin tak nak ke sekolah la ibu" Balas Amin sambil memeluk bantal dengan erat lagi.


"Kenapa" Tanya ibu.


"Di sekolah semua pelajar takut pada Amin dan tidak mahu berkawan dengan Amin. Cikgu-cikgu kat sekolah Amin pula sering mengelak diri bila bertembung dengan Amin. Amin tak suka" Jawab Amin dengan jujur. Amin sememang anak yang baik dan tidak pernah berbohong terhadap ibunya. Bagi Amin berbohong pada ibu seperti berbohong pada diri sendiri.


"Amin, Amin" kata ibu sambil tersenyum.


"kenapa ibu? Tanya Amin. Amin merasa risau jugak, mana tahu kalau-kalau ibunya marah nanti.


"Aminkan dah besar umur pun dah 50 tahun, lagi pun Aminkan pengetua sekolah memang la cikgu dan pelajar takut" Jawab ibu.


Tanpa berfikir panjang lagi Amin terus menyiapkan diri untuk ke sekolah...

Cuti Yang Bermanfaat


-Kepada mahasiswa Unit K19, kita ada kerja lain untuk dilaksanakan.


1) Please go to

http://www.classmarker.com/

-sign in using your user ID and password
-click at my test
-click start test
-finish the test
-send me a message with the date that you had sat for the test


2) I have uploaded 5 files in the folder named Dialogue. Click files, then dialogue, then each one of the 5 files, download, print and memorise the scripts...You will work in groups of 4 or 5 and you will perform after the one week break...

Thank you...have a nice holiday...

Puan Zalilah....

Sila ambil perhatian terhadap tugas-tugas di atas. Jangan lupa kerja Madam Rosidah sekali...(^^,)...

Selamat Hari Lahir


Warga K19 ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saudara kami,MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMED SALLEH atas ulangtahun kelahirannya yang ke-19.. Semoga sentiasa diberkati Allah selalu dan semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan...

Selamat Hari Lahir


Seluruh keluarga K19 ingin mengucap selamat hari lahir kepada Saudara kami,

NADIA ATYLIA BINTI RAMLI atas ulang tahun kelahirannya yang ke-19. Semoga berada dalam rahmat dan naungan Allah selalu....