Silibus Usul Tafsir & Ulum Al-Quran sem 2

Bismillahirrohmanirrohim...

Dibawah ana sertakan silibus bagi usul tafsir...

  1. pengenalan ilmu usul tafsir - definisi, objektif karya2 utama dalam usul tafsir, syarat dan adab mufassir.
  2. sejarah pengajian usul tafsir- zaman rasulullah saw, sahabat, tabi`in dan selepas tabi`in.
  3. tafsir bi al-ma`thur- definisi/pengenalan, syarat penafsiran, sumber & karya.
  4. tafsir bi al-ra`yi- definisi/pengenalan, syarat penafsiran, sumber, kedudukan & karya.
  5. tafsir al-isyari- definisi, kedudukan, syarat penerimaan & karya...

p/s: silibus sebagai checklist tajuk yang perlu dibaca.... moga membantu...


bagi yang belum mendapat silibus ulum Al-Quran, ini silibusnya...


TAJUK

JAM INTERAKSI (SEMINGGU)

CATATAN

Pengenalan Ulum al-Quran

Definisi/Pengenalan al-Quran/Nama-nama lain bagi al-Quran/Dalil-dalil

2


Pengenalan Ulum al-Quran

Perbandingan al-Quran dengan kitab samawi yang lain

2


Penurunan al-Quran

Cara-cara al-Quran diturunkan

Hikmah diturunkan al-Quran secara beransur-ansur

2


Ayat-ayat Makki & Madani

Ciri-ciri ayat Makki

Ciri-ciri ayat Madani

2


Ayat-ayat Makki & Madani

Implikasi ayat makki dan Madani terhadap perintah Allah

2


Pengumpulan al-Quran

Sejarah pengumpulan & Pembukuan al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w. & Sahabat

2


CUTI TAHUN BARU CINA

Pengumpulan al-Quran

Sejarah pengumpulan al-Quran di zaman Tabi;in & Tabi’ Tabi’in

2


Nasakh & Mansukh

Pengertian Nasakh & Mansukh

Bahagian Nasakh

-Nasakh ayat dengan Ayat

-Nasakh ayat dengan Hadis

2


Nasakh & Mansukh

Nasakh ayat dan hokum

Nasakh hukum sahaja

Nasakh ayat hukum sahaja

2


CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

I’jaz al-Quran

Kepentingan I’jaz al-Quran

Ciri-ciri I’jaz al-Quran

Keajaiban pengkaji al-Quran

2


I’jaz al-Quran

Tidak jemu membaca/Tidak mampu dicipta/Hukumnya lengkap/Interaksi Allahj kepada manusia/Bahasa yang mengandungi unsur estatika

2


Asbabun Nuzul

Kepentingan Asbabun Nuzul

2


Asbabun Nuzul

Contoh Asbabun Nuzul

2


Dhabtul Quran

Definisi/Sejarah Dhabtul Quran & Kelebihannya

2


Dhabtul Quran

Jenis-jenis Dhabtul Quran

2

1 Mei (Jumaat) Cuti Hari Pekerja



Blog Baru

Assalamualaikum.

Apa khabar iman? Semoga semua dilimpahi rahmat dan inayah-Nya. Berhubung dengan penambahbaikan blog ini, saya merasa terpanggil untuk berkongsi cadangan yang baru saya terfikirkan baru-baru ini. Insya Allah, jika semua setuju dan menyokong, saya ingin menerbitkan satu lagi blog, iaitu sub blog di bawah blog kelas ini. Justeru, apa isi kandungannya? Insya Allah daam blog berkenaan, saya hanya akan mengumpulkan links blog-blog menarik, download, tutorial komputer, photoshop, graphic designs dan juga 1001 links yang saya rasakan amat menarik untuk dikongsikan bersama. Sila tunggu juga satu lagi blog yang akan saya terbitkan untuk anda mengikuti perkembangan blog kelas, dan sebagai preview template baru blog kelas. Oleh itu, memandangkan button like tidak dimasukkan dalam blog kelas ini, sila like di bahagian comment dan juga utarakan pendapat anda untuk info tambahan. Siapa setuju, sila angkat tangan macam saya~


hm... apa lagi ya?

juga sekadar hiasan. saja nak bagi post ni nampak kiut miut


p/s: teruja dengan wifi ipg yang dapat mengakses kesemua laman web tanpa sekatan. ada yang nak link donwload drama dan movie? =)

Baby Laughs Hysterically


p/s: sekadar untuk release tension pada minggu exam ni. juga percubaan pertama saya untuk memasukkan video tanpa disekat oleh wifi ipg. beralihlah kepada gumuu =)

The Modern School Teacher



GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Selamat Hari Guru




Dulu DIA pegang rotan kau kata DIA garang...
Bila DIA lambat masuk kelas kau kata DIA malas...
Bila DIA marah-marah kau kata DIA singa...
Bila DIA beri nasihat kau kata DIA mak nenek...
KINI... Kau adalah DIA...

SELAMAT HARI GURU

K19's Members



Ada Apa Dengan Hari Ini?




Istilah nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestin (يوم النكبة - Hari al-Nakbah) pula merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,''Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya.

Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

sumber: Studiokini

Pikom PC Fair



PIKOM PC Fair 2011
20-22 May 2011
Indera Mulia Stadium, Ipoh


click to enlarge


booth location

Register now for mystery gift during the event: http://cv2.com.my/pikom/Web/Web/php/Reg.php